Support My Blog

Wednesday, April 29, 2020

KERACUNAN CENDAWAN LIAR - BAHAYA!

KERACUNAN CENDAWAN LIAR sering menjadi tajuk di beberapa akhbar tempatan apabila berlaku kes-kes tersebut di negara kita. Ini kerana orang kampong, orang Asli, orang yang sedang masuk hutan atau kebun yang tidak kenal akan cendawan busut dengan cendawan beracun selalu tersilap ambil dan memakan cendawan tersebut yang akhirnya telah mengakibatkan keracunan. Antara jenis cendawan liar yang selalu dipetik adalah seperti Cendawan jenis Chlorophyllum molybdites yang mereka sangka sebagai cendawan busut (Sila lihat foto diatas). Penulis blog merujuk laporan akhbar dan mendapati kes ini mungkin berlaku disebabkan mungkin ramai diantara mereka ini teruja apabila melihat cendawan yang tumbuh dengan subur diatas tanah disekitar hutan atau kebun mereka. Walau mereka yang ada pengalaman dan membuat rujukkan kepada orang lain atau melalui HP dalam internet akan tetapi masih ramai juga yang tertanya-tanya adakah cendawan yang tumbuh ini boleh dimakan dan ada juga yang bertanya sama ada cendawan tersebut adalah cendawan busut atau cendawan tahun. Rakan penulis blog yang pakar mengenai cendawan daripada Universiti Malaya Prof. Vickneswary pernah berbincang dengannya mengenai perkara ini. Katanya jenis cendawan yang sering tumbuh di permukaan tanah sama ada tumbuh bersendirian atau berpasangan dikawasan berumput ini lazimnya ialah sejenis cendawan beracun yang dikenali sebagai Chlorophyllum molybdites (G. Mey.) Massee. Walau ia masih memberikan sudut dari segi pandangan tepi dimana cendawan spesis Chlorophyllum molybdites yang beracun dimana ia sering disamakan dengan cendawan busut. Apabila dimakan ia akan mnyebabkan kesan keracunan yang mana boleh membawa kepada seteruk maut. Artikel malam Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai keracunan memakan cendawan liar yang memang berbahaya untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.


Pandangan atas cendawan Chlorophyllum molybdites yang tumbuh subur selalu akan mengelirukan mereka yang sering berada dilapangan (Sila anda lihat foto disebelah)Cendawan Chlorophyllum molybdites ini seringkali disamakan dengan sejenis cendawan busut liar yang turut ada muncul dari permukaan tanah dikawasan sama atau berhamiran atau kawasan lain. Cendawan busut dan beberapa cendawan lain banyak saya tulis dalam blog ini melebihi daripada 25 artikel menarik dibaca (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak artikel lagi. Biasanya cendawan beracun ini akan muncul dipermukaan tanah sekali atau dua kali sahaja setahun terutama selepas hujan lebat yang diikuti dengan petir. Cendawan busut ini akan tumbuh berhampiran dengan sarang anai-anai. Pada masa ini setelah saya belajar mengenai kulat, saya dapati cendawan busut ini terdapat lebih dari 60 spesis diseluruh dunia dimana hanya 18 spesis sahaja yang telah dibuat kajian dan pencirian oleh saintis. Cendawan busut adalah berkait rapat dengan anai-anai dimana ianya sering tumbuh dimana ada koloni anai-anai dan juga merupakan sumber makanan utama kepada koloni anai-anai. Jenis yang terdapat di Malaysia yang saya tahu ada dua yang boleh dimakan iaitu Termitomyces heimeii dan Termitomyces albuminosa. Beberapa perkara dan fakta mengenai marfologi cendawan busut yang penulis blog faham adalah tentang kewujudannya sering berlaku selepas hujan dalam cuaca agak lembab dan ada busut dari koloni anai-anai berdekatan. Lazim juga saya jumpa yang cendawan ini tumbuh diatas busut anai-anai atau sekitarnya dan menghasilkan bau atau aroma yang kuat. Cendawan ini tumbuh secara berkoloni atau berkelompok di suatu lokasi sahaja dan walau pun puas kita tinjau kawasan lain di kebun tidak pun akan jumpa. Selalunya semasa berjalan dibawah pokok getah untuk aktiviti menoreh getah, kalau ada cendawan busut boleh diketahui dengan bau yang kuat atau kita ternampak dengan mata sendiri.


Dalam pada itu penuli blog juga pernah berbincang dengan Prof Madya Dr Tan Yee Shin yang membuat pameran poster semasa Simposium dan fiesta cendawan di Pusat Sains Negara baru-baru ini. Artikel ini ditulis agar ada kalangan  pembaca blog untuk mengelak kejadian kes keracunan akibat memakan cendawan liar agar tidak berulang lagi. Sebenarnya kes keracunan ini bukan sahaja disebabkan memakan cendawan liar yang mempunyai racun akan TETAPI ia juga mungkin disebabkan memakan akibat cendawan yang telah diracun atau yang telah menyerap racun dari tiupan angin. Kita perlu tahu bahawa cendawan mempunyai sifat yang menyerap lembapan dari udara. Racun Kimia yang diterbangkan oleh angin mungkin telah diserap oleh cendawan liar yang tumbuh berhampirannya. Bagaimana pun cendawan Chlorophyllum molybdites ini adalah cendawan liar yang sering tumbuh subur selepas hujan lebat pada permukaan tanah di kawasan semak, hutan dan padang. Cendawan ini turut dikenali sebagai cendawan klorofil kerana diantara ciri khusus cendawan ini adalah mempunyai spora yang berwarna hijau. Berdasarkan nama saintifik cendawan ini iaitu nama 'chloro' bermakna hijau dan 'phyllum' yang mana ia bermakna daun. Kepakaran seseorang untuk mengenali cendawan ini berdasarkan kepada pengalaman visual dan juga mereka yang pernah mencari cendawan busut dilapangan.


Sebaiknya penulis blog membuat penjelasan akan Cendawan Chlorophyllum molybdites ini dimana secara visual dilihat iaitu pada bahagian atas penutup atau payung (cap) cendawan yang putih kekuningan ini dilihat terdapat seakan-akan sisik coklat lembut keperangan yang berselerak dibahagian tengah cap tersebut (Sila anda lihat foto disebelah). Terdapat juga cendawan ini yang bersisik coklat pada bahagian cap. Ada kala cap cendawan ini berwarna putih semasa masih kudup (muda) dan bertukar ke warna kelabu kehijauan atau perang kehijauan apabila sudah matang. Batang cendawan turut akan bertukar warna dari warna putih ke warna keperangan. Insang cendawan ini turut berwarna kehijauan kerana spora yang dihasilkan adalah berwarna hijau. Pada batang cendawan terdapat cecincin (ring) yang berwarna kekuningan yang melingkari. Dalam pada itu tidak terdapat volva (selaput) yang menyelubungi cendawan ini pada peringkat awal pertumbuhan. Insang pada cendawan yang berwarna kehijauan dan juga terdapat cecincin pada batang cendawan. 


Antara simptom kesan keracunan akibat makan cendawan ini akan mula dirasai selepas sejam atau dua jam selepas cendawan itu dimakan. Ini kerana antara simptom keracunan akibat makan cendawan beracun ini ialah iristasi gastrointestinal seperti loya, muntah-muntah dan cirit-birit. Pesakit turut mengalami gejala neurologikal seperti kecelaruan fikiran, halunasi, gangguan kordinasi otot, sawan dan gejala lain seperti demam serta sakit kepala. Apa pun sebahagian toksin ini juga mempunyai kesan jangka panjang. Keadaan pesakit boleh menjadi sangat kritikal hingga membawa kepada kegagalan organ dalaman tubuh daripada berfungsi terutama hati dan kegagalan buah pinggang; dan ada juga yang menyebabkan kematian. Kesan keracunan mungkin berbeza berdasarkan jumlah cendawan yang dimakan, kematangan cendawan tersebut serta kesan terhadap daya tahan individu yang memakan cendawan. Sebaiknya walau pun cendawan sedap dimakan tetapi kena pastikan hanya memakan jenis atau spesis cendawan yang biasa dimakan atau yang dijual secara komersil dan disahkan selamat untuk dimakan. Semua pembaca blog anim agro technology ini mesti mengelakkan daripada anda mengutip cendawan liar yang tidak diketahui keadaan persekitaran dimana cendawan itu tumbuh kerana dikhuatiri kawasan berkenaan baru disembur racun rumpai dan sebagainya. Diharap artikel ini dapat membantu para pembaca dalam anim agro technology dalam membuat keputusan sebelum memakan cendawan terutama memakan cendawan liar. Waasallam!...
CENDAWAN LIAR...AMAT BAHAYA...
KENALI DIA... PERLU MEMERIKSA...
MEMBACA ARTIKEL... DAPAT INFONYA...
JIKA TERKENA... DI RAWAT SEGERA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11F, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Malaysia.
(6 Ramadan 1441H).
STAY HOME...DUDURUMAH... ELAKKAN COVID19!!...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...