Support My Blog

Wednesday, April 1, 2020

KELAPA LAUT - PELBAGAI CERITA

KELAPA LAUT (Borassus flabellifera) ialah sejenis buah daripada pokok kelapa laut iaitu dari jenis palma yang juga kita di Malaysia kenali sebagai pokok tal, pokok lontar, pokok tah, pokok tai, pokok ental dan pokok etal. Bagaimana pun minuman air kelapa laut menjadi kegemaran ramai pada penduduk di Malaysia terutama di musim panas sepertii sewaktu artikel ini ditulis. Air kelapa laut didakwa mampu menyejukkan badan dan baik untuk kesihatan. Pokok kelapa laut terdapat dengan banyak dibeberapa negara seperti di India, Myanmar dan Thailand. Pokok Kelapa Laut ini juga banyak ditanam di kawasan tepi sawah padi. Dalam beberapa kajian menunjukkan pokok kelapa laut sebenarnya mempunyai nilai komersil yang tinggi. Antara kegunaan pokok kelapa laut ini dilaporkan dimana nira yang boleh diperolehi dari pokok ini boleh dibuat gula atau pun todi sama seperti pokok kelapa biasa. Masa dahulu kala juga dilaporkan bahawa bahagian daun tal banyak digunakan sebagai tempat menulis sebelum kertas dicipta. Daun kelapa laut juga boleh digunakan untuk membuat kipas, atap rumah, tikar, topi, beg dan bakul terutama dikawasan kampong dipendalaman. Kita di negara Malaysia cuma kenali kelapa laut yang di jadikan Ubat Batuk dan juga Minuman Air Kelapa Laut sebagai penghilang dahaga yang dijual digerai atau dalam tin. Penulis dapati tidak ada maklumat keluasan penanaman kelapa laut di Malaysia (Sumber: Booklet Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2019). Bagaimana pun tumbuhan ini hanya terdapat tumbuh liar di Kawasan Utara Semenanjung Malaysia seperti di Perlis, Kedah dan Kelantan sahaja. Teknologi dan Amalan Agronomi mengenai tanaman ini juga amat sukar dicari dinegara kita kerana ia adalah tumbuhan yang kurang popular atau kurang diberikan perhatian untuk dikomersilkan. Bagaimana pun sering kita lihat setandan buah kelapa laut diletakkan di tepi gerai jualan minuman aie kelapa laut ini sebagai satu daya terikan kepada pembeli. Anda boleh baca info mengenai kelapa laut ini dalam artikel saya sebelumnya (Sila klik disini). Artikel subuh sambil berehat dirumah patuh Perintah Larangan Pergerakan (PKP akibat pandemik Covid-19 saya saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pelbagai cerita dilaporkanm media mengenai kelapa laut untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan umum.

Pada penulis blog buah Kelapa Laut menghasilkan buah atau biji yang besar dalam alam tumbuhan. Lazimnya buah kelapa laut berbentuk bulat dengan diameter buah yang matang sekitar 40 - 50 cm dan anggaran berat adalah antara 15-30 kilogram (Sila anda lihat foto disebelah). Buah yang matang mempunyai warna kulit Hitam umgu dengan sedikt hijau dibahagian tangkai. Ian keluar dalam tangkai buah diantara 3 - 10 biji satu tandan bergantung kepada umur pokok dan juga kesuburan tanaman. Dalam beberapa laporan ada dinyatakan buah ini memerlukan 6-7 tahun untuk mencapai tahap kematangan dan lagi dua tahun untuk bercambah. Buah Kelapa Laut kekadang juga dipanggil sebagai 'double coconut' atau juga sebagai kelapa kembar. Dahulu buah Kelapa Laut dipercayai merupakan sejenis biji hanyut yang bertujuan untuk disebarkan oleh laut. Bagaimanapun kini buah ini telah diketahui terlalu berat untuk timbul dalam air, dan hanya buah yang reput boleh didapati di permukaan laut. Ini menerangkan mengapa pokok-pokok ini banyak dikawasn pantai dan pulau. Air kelapa laut sejuk memang enak diminum (Sila lihat foto disebelah). Buah kelapa laut muda yang dicampur dengan bahan tertentu dijadikan ubat jika seseorang mempunyai banyak hingus. Buah kelapa laut atau buah tal dihancurkan dan cecair di perah keluar digunakan untuk mengubati bisul. Beberapa bahagian pokok ini didakwa boleh melawaskan masaalah kencing kepada mereka yang ada masaalah tersebut. orang menggunakan bahagian batang daun, di jawa pula bahagian jambak bunga jantan, di India bahagian unbut dan akar. Penggunaan pokok kelapa laut dalam perubatan memang telah diakui akan faktur keberkesanannya. Selain pokok kelapa laut spesis pokok kelapa yang lain juga banyak mengandungi khasiat untuk merawat pelbagai penyakit. Pokok kelapa laut sebenarnya mempunyai nilai komersil yang tinggi. Nira yang boleh diperoleh dari pokok ini boleh dibuat gula atau pun todi.

Akhbar Harian Metro melaporkan dari Baling, Kedah dengan artikel bertajuk 'Kelapa Laut Dapat Sambutan' wajar saya rujuk. Seorang peniaga buah kelapa laut atau dikenali juga dengan nama Buah Thai oleh penduduk tempatan di sini, mampu meraih keuntungan sehinga RM300 sehari hasil jualan buah yang mendapat banyak permintaan terutamanya dalam Ramadan (Sila lihat foto disebelah). Buah yang mana ia berwarna kelabu kehitaman didapati rata-ratanya dibawa dari wilayah Selatan Thai terutamanya Pattani yang mana pokoknya tumbuh subur di kawasan itu. Peniaga Azman Sudin berumur 50 tahun yang berniaga di pekan Baling di sini berkata, dia sudah membuat tempahan buah Thai dari peniaga di Pattani sejak dua minggu sebelum Ramadan tiba kerana tahu buat itu mendapat permintaan tinggi ketika musim ini. Buah ini mempunyai isi seakan-akan agar-agar yang lembut dan manis, dan biasanya dijadikan campuran dalam minuman serta mempunyai khasiat seperti didakwa mengurangkan panas dalam badan dan batuk. Buah tersebut dijual dengan pelbagai harga berbeza mengikut saiz iaitu RM8, RM5 dan RM4, dan menurutnya beliau mampu menjual sehingga hampir 50 biji buah kelapa laut pada hari pertama Ramadan. 

Sementara itu akhbar sama dengan artikel bertajuk 'Buah Thai Laku Keras' yang dilaporkan dari Tumpat, Kelantan juga menarik ceritanya. Dilaporkan dimana keenakan buah kelapa laut atau dikenali sebagai buah Thai di kalangan masyarakat tempatan yang gemar memakannya bersama air gula melaka menyebabkan buah itu menjadi pilihan ramai terutama di bulan puasa. Isinya yang lembut seakan isi kelapa muda tambah lazat apabila dimasak bersama daun pandan selain dicampur bersama buah kabung bagi tujuan menghasilkan minuman. Seorang peniaga di Pasar Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan, Hanapi Ismail, 56, berkata, dia mampu menjual kira-kira 50 bungkus buah kelapa laut yang diambil dari pemborong di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Tunjong, setiap hari (Sila lihat foto disebelah)Buah kelapa laut memang agak sukar ditemui di Kelantan dan hanya di beberapa tempat sahaja pokoknya tumbuh. Maka untuk jualan di bulan Ramadan ini maka ada pemborong terpaksa membelinya di negara jiran Thailand. Setiap unit bungkus buah Thai dijual pada harga RM7 dimana ia juga memang laris di bulan puasa kerana mungkin pembeli ingin mempelbagaikan juadah minuman mereka untuk berbuka puasa. Hanapi akan ke RTC untuk mendapatkan bekalan buah itu kerana ia tidak boleh disimpan melebihi tempoh dua hari. Buah ini jika tidak disimpan dalam peti sejuk akan menjadi kuning kemerahan dan dianggap rosak serta sudah tidak boleh dimakan. Kepada seorang pembeli iaitu Wan Ahmad Wan Ibrahim berusia 75 tahun berkata biasanya air buah ini akan dicampurkan dengan beberapa bahan lain termasuk buah kabung dan biji selasih. Dia dakwa suka rasa isinya yang lemak dan lembut. Walaupun pelbagai jenis minuman yang ada dijual sekarang tetapi ramai yang masih lagi memilih air buah Thai kerana rasanya lebih asli selain keenakan isinya yang sama seperti kelapa muda. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUAH TAL... JUGA KELAPA LAUT DIA...
DINEGARA JIRAN...THAILAND DIA ADA...
DIJADIKAN MINUMAN...ENAK RASANYA...
PALING POPULAR... DIBULAN PUASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia,
(3 Syaaban 1441H).
Stay Home... Putuskan rantaian Covid-19..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...