Support My Blog

Friday, April 24, 2020

PENCEGAHAN PENYAKIT MOKO PISANG (Part 1)

PENYAKIT MOKO PISANG atau lebih dkenali sebagai Penyakit Layu Bakteria Tanaman Pisang ialah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria yang dikenali dengan jenis Ralstonia solanacearum. Bakteria ini dilaporkan terdapat pada tanah dan ia boleh hidup pada perumah daripada 2 hingga 3 tahun. Bakteria R. solanacearum ialah bakteria gram-negatif dan ianya tumbuh secara aerobik (memerlukan udara) dan tidak menghasilkan spora. Menurut kajian oleh Stevenson (2001), pertumbuhan bakteria dalam kultur Broth ini dapat dihalang oleh larutan garam (NaCl) berkepekatan melebihi 2%. Bakteria ini bukan hanya akan menyerang pokok pisang akan tetapi memang ia juga menyerang pokok lain seperti tanaman tomato, ubi kentang, terung dan tembakau. Bakteria ini biasanya terdapat di kawasan tropika, subtropika dan beberapa kawasan beriklim sederhana didunia. Lazimnya apa yang penulis blog membuat tinjauan dilapangan, bakteria R. solanacearum menyukai kawasan yang bersuhu tinggi dan tanah yang mempunyai tahap kelembapan yang tinggi. Ia juga banyak dijumpai pada kawasan tanah yang berbeza dan pada julat pH tanah yang berbagai. Menurut USDA (United States Department of Agriculture) berkenaan dengan perancangan tindakan untuk mengatasi masalah bakteria ini yang dijumpai di kawasan semaian, bakteria ini boleh dipindahkan daripada satu tempat ke tempat yang lain melalui tanah, pengairan air yang tercemar, alatan yang tidak dibersihkan secara aseptik (Pembunuhan kuman) atau barang-barang persendirian. Ia juga boleh disebarkan dengan mudah melalui pemindahan pokok dan pembenihan daripada pokok yang dijangkiti oleh bakteria ini. Selain itu, bakteria ini boleh berpindah ke pokok pisang yang lain melalui peralatan-peralatan pertanian seperti cangkul, parang, pisau dan lain-lain. Peralatan-peralatan yang digunakan keatas pokok pisang yang telah terkena penyakit akan membawa bakteria tersebut bersama-sama sekiranya tidak dibersihkan secara aseptik. Secara aseptik bermaksud dengan cara membunuh kuman samaada dipanaskan (diberikan suhu tinggi) atau dibasuh dan dibilas dengan larutan antibakteria seperti Dettol atau Clorox. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis lagi artikel ke 5,788 saya menulis bagaimana kaedah atau teknologi pencegahan penyakit moko pisang untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda. Saya ada menulis banyak artikel mengenai pisang dan penyakit pisang dalam blog sama.


Pada masa sekarang ini kebanyakan pokok pisang telah diserang penyakit layu bakteria atau dipanggil penyakit Moko. Penyakit ini menyebabkan banyak kerugian yang dialami oleh petani-petani dan pengusaha pokok pisang kerana mereka tidak dapat menjual hasil daripada pisang tersebut. Tinjauan penulis blog dibeberapa kebun pisang mempastikan akan simptom dan masaalah penyakit moko bergantung kepada lokasi lawatan (Sila lihat foto disebelah). Buah pisang yang terkena serangan bakteria ini menjadikan tanaman ini akan rosak secara keseluruhannya. Beberapa petani tampil kedepan mencuba menyelesaikan masalah ini melalui cara penggunaan baja IMO-PLUS dan digabungkan dengan penggunaan M-ProBio keatas pokok pisang yang dijangkiti penyakit tersebut. Baja IMO-PLUS ialah baja campuran yang berdasarkan konsep Sistem Pelepasan Terkawal (Controlled Release System) dan M-ProBio merupakan bahan yang mengandungi beberapa bakteria baik dan berguna kepada pokok. Menurut hasil kajian secara tidak formal yang telah dilakukan oleh beberapa petani dilaporkan dimana  90 peratus pokok pisang yang terkena penyakit ini telah menunjukkan kesan pemulihan. Hasil daripada kejayaan ini ada beberapa pihak  mendapat liputan akhbar-akhbar tempatan iaitu Utusan Malaysia, Sinar Harian dan Harian Metro. Berikutan kejayaan memulihkan pokok pisang yang dijangkiti ini menjadikan ianya penting untuk memahami konsep rawatan yang dijalankan melalui penggunaan IMO-PLUS dan M-ProBio.  

Kepada petani yang pernah mengalami serangan penyakit moko pada pisang lazimnya sudah faham akan tanda serangan berdasarkan pemerhatian. Antara beberapa simptom yang berlaku akibat daripada serangan daripada bakteria R. Solanacearum keatas pokok pisang seperti dilihat dimana tisu vaskular menjadi perang dan kehitaman (Sila lihat foto disebelah). Apabila dibuat ujian dimakmal maka akan dapat dilihat akan kehadiran ooze bacteria pada batang atau rhizome apabila ianya dipotong. Paling unik pula adalah tanda serangan kepada bahagian buah pisang dimana buah menjadi rosak seterusnya hitam dan reput (Sila lihat foto paling atas sekali)Simptom-simptom yang ditunjukkan ini ialah terhasil daripada serangan bakteria R. solanacearum dimana bakteria ini boleh memasuki pokok pisang melalui luka pada batang pokok berkenaan iaitu luka semulajadi atau luaran. Luka semulajadi biasanya seperti pertumbuhan akar dan luka luaran seperti amalan pertanian oleh petani yang menggunakan parang atau pisau yang tidak dibasuh terlebih dahulu. Bakteria yang terkandung dalam xylem akan menyebabkan pokok pisang tersebut mengalami banyak masalah seperti air tidak boleh sampai ke kawasan buah, degradasi dinding dan kelayuan terhasil daripada kesan kekurangan air. Akibat daripada masalah-masalah inilah menyebabkan kerosakan pada daun (layu) dan juga buah (rosak).

Biasanya jika belaku serangan penyakit ini adalah sama seperti penyakit kanser yang dihidapi oleh manusia dimana ianya mempunyai tahap-tahap tertentu dimana pada tahap kritikal. Pokok ini tidak boleh diubati lagi dan perlu dibuang dan boleh dimusnahkan. Pada tahap awal serangan lazimnya daun tertua mula layu dan pada tahap seterusnya dan ia akan menyerang daun muda (Sila lihat foto disebelah). Sulur pokok pisang ini juga akan rosak dan mati sekiranya kepekatan bakteria tinggi dalam pokok tersebut. Akibatnya serangan ini buah pisang dijangkiti bakteria akan terbantut, mereput dan akhirnya mereput. Memang penulis blog semasa bertugas di Jabatan Pertanian ketika iitu diwar-warkan memang tiada rawatan yang khusus yang boleh mengubati jangkitan penyakit ini. Cara untuk beritahu petani hanya mencadangkan untuk memusnahkan semua pokok yang dijangkiti dan seterusnya melaksanakan Amalan Pertanian Baik (APB). Petani biasanya akan digalakkan untuk membuat kitaran tanaman dan tidak menanam pokok pisang selama beberapa tahun. Petani perlu memusnahkan semua pokok pisang yang dijangkiti dan pokok-pokok yang berdekatan. Kawasan-kawasan ini perlu dikuarantinkan selama 18 hingga 24 bulan bagi tujuan untuk mengurangkan pertumbuhan bakteria dalam tanah. Aktiviti untuk pemusnahan pokok-pokok pisang yang dijangkiti penyakit Moko ini sesuai dijalankan bagi memastikan pokok-pokok pisang tidak lagi diserang oleh penyakit tersebut. Apa pun sebenarnya ia agak sukar diamalkan kerana bakteria tersebut akan muncul dan membiak lagi pada masa akan datang. Ini kerana koloni bakteria yang kecil akan tumbuh dengan banyak sekiranya makanan yang ada bagi mereka mencukupi bagi pertumbuhan tersebut. Kesannya adalah pendapatan petani-petani dan pengusaha pokok pisang akan merosot dan mengalami kerugian dan ada yang akan hilang mata pencarian kerana kos pembersihan yang agak tinggi dan penurunan sumber pendapatan. Akibat penyakit ini harga pisang dipasaran tempatan terus melambung tinggi dan akan menyukarkan peniaga-peniaga yang berasaskan pisang. Banyak lagi kesan-kesan negatif yang akan berlaku sekiranya cara kawalan ini diamalkan. Artikel ini mempunyai 2 bahagian iaitu Part 1. Part 2, Part 3 dan Part 4 untuk dibaca. Semuga anda mendapat info berguna  membaca artikel ini dalam anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
PENYAKIT MOKO... AMAT BAHAYA...
POKOK PISANG... DISERANGNYA...
PUNCA SERANGAN.. BAKTERIA...
MESTI KAWAL... DENGAN SEGERA...

By,
M Anem,
Senior Agronoomist Expert,
Precint 11F, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(18 Syaaban 1441H).
DUDUK RUMAH.. PUTUSAN COVID19....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...