Support My Blog

Saturday, August 31, 2019

TEKNOLOGI PADI TEPAT (TEPad) 2019 - Part 2

SEMINAR KEBANGSAAN TEKOLOGI PERTANIAN TEPAT PADI (TEPad) telah diadalah di Hotel Ixora, Seberang Prai, Pulau Pinang daripada 27 - 29 Ogos 2019 anjuran MARDI. Seminar ini telah dilaporkan BERNAMA dengan artikel bertajuk ''TEPAD mampu jimat kos pertanian'' iaitu berita yang dilaporkan dari Butterworth dimana tagline seminar adalah Teknologi Pertanian Tepat Padi atau TEPAD dilihat mampu menjimatkan kos input dan operasi ladang di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan petani, sekali gus menjana pendapatan yang lebih konsisten. Seminar yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini dirasmikan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin dan dihadiri 170 peserta. Ketua Pengarah MARDI, Datuk Mohamad Roff Mohd Noor, berkata teknologi itu dijangka dapat menjimatkan kos input dan operasi ladang di kawasan umpamanya, sehingga RM2,672 per hektar setahun dan kira-kira RM7 juta dapat dijimatkan di seluruh negara. Dakwanya petani pula dijangka menikmati penjimatan dengan nilai sehingga RM2,000 bagi kos input semusim dan membolehkan mereka mendapat pendapatan yang lebih konsisten,” katanya dalam ucapannya pada Seminar Kebangsaan Teknologi Tepat Padi (TEPAD) di Seberang Jaya, Pulau Pinang. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Pengarah MARDI (Penyelidikan), Dr Kamariah Long. Katanya lagi aktiviti penyelidikan pertanian tepat yang dibangunkan MARDI itu sudah melalui beberapa fasa dan yang terkini memberi fokus kepada komponen utama iaitu sistem perataan tanah dan penaburan benih secara kadar boleh ubah serta sistem pembajaan secara kadar boleh ubah. Secara kadar boleh ubah atau “variable rate” bermaksud kadar input yang diberikan adalah tepat berdasarkan kepada keperluan pokok, pada sesuatu masa. Ini akan memastikan penapakan pokok yang seragam dengan bilangan taburan benih dan anak pokok yang optimum bagi mendapatkan hasil yang tinggi. Beliau berkata, bagi sistem pembajaan secara kadar boleh ubah pula, input baja dapat dikurangkan antara 15 peratus dan 25 peratus sehektar berdasarkan kesuburan tanah dan ia dapat menjimatkan kos operasi sebanyak 50 peratus dengan pengurangan buruh. Kini dengan penggunaan kedua-kedua komponen teknologi itu maka tahap kesuburan tanah dapat ditingkatkan dan tahap pengeluaran padi yang maksimum dijangka mencapai sehingga 20 peratus bagi jelapang yang menggunakannya. Dijangka hasil tuaian antara enam dan lapan tan sehektar dalam tempoh tiga tahun akan datang adalah berpotensi (untuk dicapai) dengan aplikasi teknologi pertanian tepat ini. Penulis blog yang mengendalikan sesi 3 dalam seminar ini mendapati kini penggunaan aplikasi UAV dan Remote Sensing sudah muloa diaplikasikan dikawasan jelapang padi dalam teknologi TEPad yang bermotokan 'Tepat dan Pintar, Hasil Lestari'. Artikel malam ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya akan paparkan mengenai beberapa teknologi yang dibincangkan dalam seminar TEPad kali ini untuk rujuukan anda semua.

Sessi ke 2 yang dipengerusikan oleh YH Dato' Mohd Anim Hosnan iaitu TKPP Jabatan Pertanian Malaysia dengan konsep Amalan Pertanian Tepat Padi dipaparkan. Kertas Kerja 9 bertajuk ''Aplikasi Teknologi Pertanian Tepat Padi di IADA Kota Belud'' didampaikan oleh Puan Salmah Labulla iaitu Pengarah IADA Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Kota Belud di Sabah. Kertas ini menarik minat peserta apabila teknologi Jepun dijalankan di Sawah Kg Labuan , Blok 1 daripada tanah tidak teratur kepada teknologi pertanian tepat jepun. Terdapat 21 buah kelengkapan jentera digunakan oleh kontraktor dari Jepun ini sehingga sawah berjaya untuk menghasilkan padi sebanyak 4.7 mt/ha daripada sebelumnya sebanyak 3.5 mt/ha. Bagaimana pun tahun ini disasarkan produktiviti mencapat 9,5 mt/ha. Kertas Kerja 10 bertajuk ''Status Kesuburan Tanah untuk Aplikasi Pembajaan Tepat Padi'' disampaikan oleh Pn Asnita Abu Harirah daripada Jabatan Pertanian (DOA) Malaysia. Kertas ini melaporkan aktiviti Soil Profiling (Kini dipanggil SSNM - Soil Specific Nutrien Management) dimana kajian tanah dilakukqn di IADA Pulau Pinang dan IADA Kemasin Semarak bagi menentukan tahap kesuburan tanah sebanar dan keperluan pembajaan. Keputusan awal mendapati ada keperluan formulasi subsidi baja pai dilihaat semula berdasarkan kepada laporan kajian SSNM ini dimasa akan datang untuk pengamalan dalam  pembajaan tepat diseluruh kawasan padi di Malaysia. Kertas Kerja 11 bertajuk ''Penerimagunaan Teknologi Maju Melalui Sistem Maklumat Geospatial Tanaman Padi (MakGeo Padi)'' oleh Encik Zuraimi Suleiman daripada Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM). Beliau jelaskan dimana telah ada kerjasama diantara ARSM dengan Jabatan Pertanian membangunkan sistem MAKGeo Padi) yang menggunakan teknologi satelit untuk menentukan 'real time' data. Ini banyak membantu semua pihak didalam menentukan CCS, subsidi baja padi, jadual penanaman dan banyak lagi didalam industri padi negara. Teknologi ini mampu memantau 100% keseluruhan jelapang dan menjimatkan 30% subsidi baja padi kerajaan. Kertas Kerja 12 bertajuk ''Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan Analisa Data Raya untuk Pertanian Tepat Padi di Jelapang Padi Muda'' oleh Encik Zupi Noor Adli Pilus dari Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA). Beliau membentangkan bagaimana aplikasi GIS dan ICT di MADA dilaksanakan mengikut 4 aspek penting iaitu faktur seperti kesuburan tanah, aktiviti penanaman, serangan perosak dan penyakit dapat dipantau. Semuanya kini dapat diakses dengan cepat untuk tindakan segera dilakukan dilokasi. Terdapat 14 aplikasi di MADA yang telah beroperasi sehingga kini.


Kertas Kerja 13 bertajuk ''Pemantauan Peringkat Awal Pertumbuhan Tanaman Padi menggunakan Normalized Difference Vegetation Index (NDVI) yang dihasilkan daripada Unmanned Aerial Vehicle (UAV)'' oleh Dr. Nik Norasma Che’ Ya daripada Universiti Putra Malaysia (UPM). Kajian yang dijalankan di Kelantan ini menggunakan konsep teknologi penderia jauh untuk meramalkan hasil dan megesan kerosakan dan pertumbuhan padi. Formula NDVI digunakan dimana imej daripada analisa NDVI mampu memantau pertumbuhan pokok padi dan mengabil tindakan pantas untuk kurangkan hasil padi. Kertas Kerja 14 bertajuk ''Pengesyoran Kadar Baja Lokasi Spesifik Padi berasaskan Kesuburan Tanah Setempat dan Sasaran Hasil Padi Mampu Capai di Malaysia'' oleh Puan Theeba Manickam dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Kajian ini dijalankan penggunaan baja tepat bagi pningkatan hasil padi. Ini kerana formulasi baja diberikan di Pantau Timur dan Pantai BArat adalah sama sedang keperluan sebenar berlainan ikut analisa tanah. Pengesyoran Pembajaan Lokasi Spesifik dicadangkan mengikut nilai kesuburan tanah (Sasaran Hasil-Manpu Capai atau Soil Test - Target Yield) yang sedang dibangunkan dengan komputer. Ijikaji menunjukkan teknologi ini peningkatan jasil daripada 7.8 mt/ha kepada 8 mt/ha di sasaran sementara dilokasi spesifik meningkat daripada 7.0 mt/ha kepada 7.03 mt/ha. Kertas Kerja 15 yang bertajuk ''Agronomi untuk Pertanian Tepat Padi'' oleh En Muhammad Naim Fadzli Abd. Rani Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Kertas ini ulasan kepada aspek-aspek penting mengenai amalan agronomi yang perlu diikuti didalam memantapkan Pakej Teknologi Pertanian Tepat Padi yang dibangunkan MARDI. Semua aspak yang boleh meningkatkan hasil padi dalam amalan agronomi dimasukkan dalam pakej ini.


Kertas Kerja 16 bertajuk ''Pengurusan perosak dan penyakit dalam Pertanian Tepat Padi'' oleh En Badrulhadza Amzah daripada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Beliau nyatakan pengurusan perosak dan penyakit padi yang berkesan bergantung kepada penggunaan pelbagai kaedah atau startegi bagi mengurangkan empak negatif. Pengamalan Perosak Bersepadu (IPM) membolehkan penggabungan pelbagai cara mengawal serangan. Aplikasi Teknologi Kadar Berubah (VRT) semasa aplikasi input pertanian seperti racun kimia mengikut lokasi adalah cerah untuk diamalkan. Sistem Amaran Awal (ERS) perlu dilakukan sentiasa bagi pantau kehadiran perosak tanaman padi. Kertas Kerja 17 adalah bertajuk ''Teknologi Bio-sensor untuk Amalan Pertanian Tepat Padi'' oleh Dr. Faridah Salam daripada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Beliau nyatakan dimana pertanian tepat merupakan konsep pertanian moden yang membolehkan petani mengawal aktiviti-aktiviti berkaitan dengan pembajaan, pengairan, kawalan makhluk perosak dan sebagainya melalui penggunaan teknologi.  Teknologi BioSensor pengesanan awal penyakit tanaman merupakan salah satu teknologi yang boleh menyumbang kepada pertanian tepat. Teknologi Biosensor ditakrifkan sebagai alat yang dapat mengikat molikul biologi sebagai bio-receptor yang dihubungkan dengan transduser dan dapat menukarkaan pengikatan analit dengan molikul biologi kepada isyarat yang ditunjukan yang boleh diukur. Alat ini mampu mengesan Penyakit Hawar Daun Bakteria oleh bakteria lebih awal. Kertas Kerja 18 bertajuk ''Kualiti Air dan Pertanian Tepat'' oleh Norlida Mohamed Hamim daripada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Beliau membuat kajian kualiti air di FELCRA Perak dimana berlaku perubahan kualiti air dan ini mempengaruhi akan perubahan keberkesanan pembajaan terhadap tanaman padi. Hasil kajian menyatakan dimana penambahbaikan pengurusan nutrien boleh dilaksanakan dengan lebih cekap dilapangan untuk mengujudkan persekitaran ekosiistem pertanian yang lebih lestari. Kertas Kerja 19 yang terakhit adalah bertajuk ''Potensi Ekonomi dan Penerimaan Petani terhadap Teknologi Pertanian Tepat MARDI'' oleh Dr. Hairazi Rahim daripada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Beliau menjalankan kajian di FELCRA Seberang Perak dan beberapa jelapang padi lain bagi mengenalpasti nilai kos faedah dari penggunaan pakej-pakej amalan teknologi yang dibangunkan oleh MARDI berkaitan teknologi pertanian tepat. Seramai 400 responden dipilih. Keputusan menunjukkan pesawah di MADA, KADA dan PBLS secara umumnta menerima penggunaan teknologi pertanian tepat dala aspek perataan sawah, penaburan benih pembajaan secara kadar boleh ubah. Kajian mengenai perbandingan kos pembajaan dengan kesanggupan untuk membayarnya jika bertukar penggunaan dua pakej teknologi berkenaan turut didapati. Semuga anda merujuk juga artikel sama Part 1 (Sila klik disini) dan anda semua mendapat info berguna dari anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
SEMINAR TEPAD... SUDAH DILAKSANA...
KERTAS DIBINCANG... ILMU DITERIMA...
170 PESERTA.. PELBAGAI HARAPANNYA...
ILMU DITERIMA... TINGKAT HASIL PADINYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1009, Hotel Kinta Riverfront
Hotel and Suites,
Jalan Lim Boh Seng, Ipoh,
Perak, Malaysia.

(30 Ogos 2019)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...