HALIA BENTONG (Zingiber officinale) merupakan sejenis tumbuhan umbisi dari varieti yang mendapat ststus Petunjuk Geografi (Geographical Information - GI) iaitu halia yang ditanam di daerah Bentong, Pahang, Malaysia. Penulis blog yang pernah bertugas sebagai Pengarah Pertanian Negeri Pahang beberap kali membuat tinjauan teknologi dan juga bertemu dengan petani di Daerah Bentong untuk melihat sendiri akan industri tanaman halia yang sudah berpuloh tahun dijalankan disini. Selain daripada mempunyai tanah dan iklim yang sesuai untuk tanaman halia dimana petani dikawasan Bukit Tinggi dan Janda Baik serta kawasan sekitarnya merupakan orang yang sangat rajin bercucuk tanam untuk menghasilkan bahan makanan seperti halia, durian, buah markisa, sayuran daun, kacang peas dan sebagainya. Halia adalah diantara rempah ratus yang bukan saja banyak digunakan dalam masakan Timur dan Barat malahan ia di antara rempah perasa serta ubatan yang terpenting di dunia. Halia ini juga boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif di dalam ekstrak halia ialah gingerols dan oleoresin. Dalam pada itu minyak halia boleh dijadikan bahan perisa minuman buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan perubatan. Apa pun biasanya dalam dunia perubatan lazimnya halia akan diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia sementara dalam masakan pula dalam bentuk halia segar, halia kering dan halia bergula. Dalam pada itu kegunaan halia juga boleh diproses sebagai serbuk halia, halia jeruk dan bahan perasa untuk pelbagai makanan seperti sos serta bakeri. Penanaman halia di Bentong sudah berpuloh tahun dijalankan dengan sistem penanaman, amalan agronomi dan pemasaran yang tersendiri. Artikel subuh ini dalam suasana sunyi saya menulis dalam blog ''Anim Agro Technology'' mengenai sejenis tanaman iaitu Halia Bentong yang telah mendapat status GI (Geographical Information) selepas membuat tinjauan teknologi di beberapa kebun di Bentong untuk bahan bacaan dan rujukkan anda.
Keluasan penanaman halia di Malaysia adalah 940.24 hektar dengan jumlah pengeluaran sebanyak 13,362 metrik tan pada 2016 (Sumber: Laporan Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2016). Negeri Pahang antara pengeluar terbesar tanaman halia dengan jumlah pengeluaran sebanyak 7,528.52 tan metrik dimana kawasan pengeluaran utama adalah di Daerah Bentong dikawasan Bukit Tinggi dan Janda Baik. Memang ada dua varieti halia yang sudah lama ditanam di Malaysia ialah Halia Bentong (Halia Bukit Tinggi) dan Halia Tanjung Sepat (Halia Indonesia) seperti mana info ini didakwa daripada pemahaman petani tempatan. Halia Bentong mempunyai rizom bersaiz besar dan ia lebih menarik pengguna dari segi rupa bentuknya dengan isinya berwarna pucat keputihan. Varieti ini kurang berserabut (less fiber) dan bermutu tinggi serta menerima harga yang lebih tinggi daripada halia jenis lain bergantung kepada kualitinya. Harga ladang apa yang penulis blog beberapa kali dapat membuat tinjauan di kebun adalah diantara RM8 - RM20 sekilogram. Penanaman halia Bentong di Kampung Bukit Tinggi dan Kampung Janda Baik di Daerah Bentong, Pahang telah dilakukan pada awalnya oleh kaum Cina dengan mana pemilihan varieti ini telah melalui proses panjang sehingga mendapat varieti terbaik di Malaysia. Halia Bentong ini ditanam dikawasan tanah berbukit atau lereng curam untuk pertumbuhan terbaik dan kurang risiko serangan perosak (Sila lihat foto disebelah). Tanah penanaman perlu dibiarkan untuk beberapa bulan bagi penanaman selanjutnya bagi mendapatkan pulangan terbaik. Bagaimana pun tinjauan terkini penulis blog kekebun Mr Tan dilaporkan sudah berlaku serangan cacing nematod (Meloigyne spp) yang didakwa menjejaskan kualiti halia tersebut. Pegawai Teknikal Jabatan Pertanian Pahang telah mengaturkan beberapa siri kursus kepada petani halia di Janda Baik dan Bentong bagaimana untuk mengawal serangan nematod kepada lebih 100 orang petani daripada sejumlah 350 petani halia. Terkini telah selesai beberapa siri ceramah di Balai Raya Bukit Tinggi, Bentong selepas lawatan penulis blog.
Sistem penanaman halia di kawasan itu adalah secara tradisinya adalah dilakukan dengan tanaman giliran dengan tanaman sayur-sayuran yang lain. Keluasan kebun bagi penanaman di Bentong pada 2016 membabitkan keluasan 395 hektar dengan penyertaan 350 petani. Rekod Jabatan Pertanian Pahang menunjukkan jumlah pengeluaran pada 2016 sebanyak 7,382.399 kilogram (kg) membabitkan nilai pengeluaran sebanyak RM64 juta. Tahun berikutnya dan sebelumnya kawasan ini memnghasilkan jumlah yang hampir sama walau pun jumlah sebenar adalah turun naik sedikit. Halia Bentong mempunyai nilai potensi tinggi bagi pasaran dalam dan luar negara apabila harga ladang sekitar RM8 hingga RM20 sekilogram terus bertahan untuk jangkamasa lama. Tinjauan penulis blog di kebun penanam halia dikenali dengan nama Mohamad Ithnin Majid berumur 54 tahun bersama Pegawai Pertanian Daerah Bentong dan APT Kawasan di Kg Janda Baik mendapati tanaman beliau adalah di diperingkat menuai. Biasanya rasa halia Bentong lebih pedas, serabut lebih halus dan wangi manakala kandungan seratnya tinggi menyebabkan antara halia terbaik lagi disukai ramai seperti didakwa oleh Ithnin yang menjual hasilnya sekitar RM12 sekilogram masa lawatan. Dakwa beliau dimana dia mengusahakan tanaman halia ini sejak 25 tahun lalu membabitkan keluasan 0.4 hektar. Halia ini boleh dituai antara lapan hingga sembilan bulan bergantung kepada cuaca dan amalan agronomi. Seterusnya penulis blog meneui petani bernama K.M. Chang yang telah berumur 52 tahun dari Bukit Tinggi dimana dia mengusahakan tanaman itu sejak 30 tahun lalu dan berjaya mengeluarkan hasil antara 300 hingga 400kg halia segar bagi satu musim. Dakwanya selepas musim pertama itu tanaman halia ini dia akan selang-selikan dengan tanaman lain seperti kacang botor dan kacang buncis kerana tanah di sini perlu direhatkan dalam tempoh dua hingga tiga tahun sebelum penanaman semula dilakukan dengan hasil optimum. Jika tanaman halis dijalankan dikawasan tanah sama untuk beberapa musim berterusan hasilnya rendah dimana tanaman kurang subur.
Data mengenai pengeluaran halia Bentong dari kawasan penanaman halia komersil yang mendapat status GI di Daerah Bentong ini adalah seluas kira-kira 395 hektar dengan kadar anggaran hasil sehingga 7.4 juta kg. Pengeluaran halia Bentong kini mendapat permintaan tinggi masyarakat dalam dan luar negara terutama daripada Singapura dimana penghasilan perlu dipertingkatkan. Dalam pada itu info dari Jabatan Pertanian nyatakan akan terus bekerjasama dengan pelbagai pihak yang terlibat dalam industri ini daripada peringkat huluan dan hiliran dalam usaha meningkatkan jumlah pengeluaran halia Bentong. Perkara utama ialah kawalan penggunaan tanah kerana halia Bentong hanya boleh dikeluarkan di Bentong yang belum ada teknologi untuk membawa halia itu ke tempat lain. Malah tanah bercerun sedia ada yang digunakan untuk penanaman halia Bentong juga perlu direhatkan dua atau tiga tahun sebelum tanaman semula dilakukan. Petani tempatan memerlukan kerjasama pejabat tanah dan sebagainya untuk melihat cara penggunaan tanah untuk meningkatkan pengeluaran halia berkualiti ini. Penulis blog melawat dan meninjau beberapa teknologi yang diamalkan masa kini sudah banyak berubah dengan teknologi 25 tahun dahulu terutama didalam penggunaan mekanisasi dalam membawa hasil halia keluar dari kawasan kebun dimana aktiviti penggredan dan aktiviti lepas tuai dijalankan. Dimaklumkan dimana sebuah pusat pengumpulan dan pemasaran pertanian bernilai kira-kira RM1 juta akan dibina di Bukit Tinggi dalam usaha meningkatkan pemasaran hasil pertanian di daerah ini. Kerajaan sudah mengenal pasti lokasi pusat berkenaan yang dijangka siap menjelang hujung tahun ini. Pusat pengumpulan dan pemasaran dengan konsep Bentong Fresh ini akan memasarkan pelbagai produk pertanian di daerah ini termasuk halia Bentong. Terkini telah ramai petani muda yang menanam halia bentong secara fertigasi untuk lebih canggih seperti Encik Osman Senik (Sila klik disini). Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
HALIA BENTONG ... GI TELAH TERIMA....
KUALITI TINGGI... ADA JAMINAN HARGA...

LAMA DI USAHAKAN... PETANI KAUM CINA...
LAWATAN PENULIS... ARTIKEL DI BACA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 829, Novotel Taiping,
Taiping, Perak,
Malaysia.
(20 Rejab 1440H).
Kemaskini dari Bilik No 420,
Hotel Mutiara, Johor Bahru (5/8/19).
Kemaskini dari Bilik No 420,
Hotel Mutiara, Johor Bahru (5/8/19).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.