Support My Blog

Monday, August 5, 2019

HALIA FERTIGASI - SATU INOVASI

TANAMAN HALIA FERTIGASI (Zingiber officinale) kini merupakan satu inovasi yang terkini dilakukan oleh seorang pengusaha di TKPM Inderapura, Kuantan Pahang yang penulis blog buat tinjauan teknologi. Halia Bentong terkini merupakan satu varieti halia di Malaysia yang telah pun dikenalpasti mempunyai kualiti terbaik dunia apabila berjaya mendapat pengiktirafan Geographical Information (GI) daripada pihak Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 21 Ogos 2011 seperti yang saya paparkan dalam artikel sebelum ini (Sila baca disini) Perkara ini adalah selaras denngan Akta Petunjuk Geografi 2000 Peraturan-peraturan petunjuk geografi tahun 2001 (Akta Petunjuk Geografi 2000 (Akta 602). Peraturan bagi pendaftaran ini adalah dibawah SubPeraturan 29(3) dibawah Akta. Nama tuan pendaftar sebenarnya adalah Jabatan Pertanian Malaysia yang didaftarkan bermula 21 Ogos 2011 dan akan hanya tamat pada 20 Mac 2021 (10 tahun kemudiannya).  Penanaman Halia Bentong tradisional dilakukan dan perlukan kemahiran serta modal yang besar berbanding dengan tanaman lain. Kos terbanyak adalah untuk pembelian benih dimana lazimnya memerlukan sebanyak 1 mt benih halia tua untuk ditanam dikawasan kebun seluas 1 hektar. Penanaman di kawasan Bukit Tinggi dan Janda Baik di Pahang berada dilereng bukit disediakan jalur dan teres untuk menanam benih halia sekitar 4-5 cm dengan dianya mempunyai tunas. Jarak tanaman diamalkan 0.25 m x 0.25m yang selalunya memberikan sebanyak 60,000 rumpun. Benih yang digunakan petani lazimnya dari hasil tuaian musim lepas dimana ia dipilih daripada rizom helia tua melebihi 12 bulan untuk dijadikan benih tanaman.  Biasanya jenis halia bentong perlukan masa selama 12 bulan untuk menuai halia tua dan 6 bulan untuk halia muda seperti artikel sebelum ini (Sila klik disini). Kadang kala jika ada permintaan dengan harga baik halia dituai dalam masa 8 bulan sahaja. Antara masaalah yang dihadapi dalam aktiviti penanaman halia adalah serangan penyakit reput umbisi dan kawalan rumpai terutama diperingkat awal penanaman. Menjadi amalan dimana kawasan bekas tanaman halia akan dibiarkan lama 3-4 tahun sebelum ia ditanam semula dengan tanaman halia. Sistem giliran tanaman ini dilakukan kerana jika kawasan tanah sama berterusan ditanam dengan halia ianya tidak sesuai seperti yang diharapkan. Menurutnya sebaik masa untuk kawasan dibiarkan tidak ditanam halia adalah selama 4 tahun. Kini telah ramai usahawan menanam halia dengan teknik fertigasi diseluruh negara. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" kali ini saya paparkan aktiviti tanaman halia fertigasi oleg usahawan Osman Senik untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.


En Osman Senik adalah lulusan pertanian yang berazam untuk menjadikan tanaman halia sebagai bidangusaha terbaru. Minat beliau dalam pertanian setelah lama berkecimpong dalam bidang minyak Petronas dan kini beralih kepada bidang tanaman seperti halia berdasarkan kepada potensinya. Dakwa beliau kawasan sesuai perlu dicari dan terus memohon kawasan tanaman sesuai di Taman Kekal Pengeluaran Makanan Inderapura (TKPM) di Kuantan yang mana mudah untuk dikunjungi beliau. Ini kerana telah ada struktur Rumah Pelindung Hujan (SPH) di TKPM ini yang sesuai untuk penanaman halia secara fertigasi. Kemudahan asas infra seperti sistem bekalan air dan teknologi fertigasi yang dilakukan oleh lebih daripada 20 peserta TKPM di sini menggunakan teknologi fertigasi menjadi panduan kepada beliau. Kelulusan mengusahakan tapak diterima pada Febuari 2019 dan beliau seterusnya membuat kerja-kerja tapak seperti memasang jaring hitam sebagai penaung dan meletakkan plastik dibahagian tapak dikawasan SPH ini. Seterusnya beliau membeli input seperti plastik hitam bersaiz besar, media tanaman fertigasi, sistem piping sistem fertigasi dan juga input benih. Pengisian polibeg dengan media tanaman sebanyak 8,000 beg dan disusun dengan jarak 2 kaki x 2 kaki dalam masa 3 minggu.


Benih halia bentong yang dibeli dengan harga RM28.00 sekilogram dipotong-potong mengikut saiz dimana setiap rizom dipastikan mempunyai mata tunas. Benih ini disimpan 1-2 minggu didalam guni dan apabila keluar matatunas kemudian baru ia dimasukkan kedalam polibeg. Penanaman siap pada April 2019 (2.5 bulan semasa penulis blog buat lawatan - Hujung Julai 2019) didapati sangat subur kadar pertumbuhannya. Bagi mempastikan pertumbuhan baik, teknologi penanaman ini En Osman tidak menggunakan Baja Set A dan Baja Set B seperti untuk tanaman sayuran. Beliau akan masukkan satu sudu baja NPK 15:15:15 jenis baja 'fast release' setiap polobeg dan hanya air kosong akan diberikan kepada setiap pokok. Pemberian air kosong dalam polibeg ini membolehkan pokok tumbuh baik dan menghijau dengan seragam untuk semua polibeg dikebunnya (Sila lihat foto disebelah). Kawalan perosak dan penyakit dilakukan dengan membuat semburan berkala terutama untuk serangan kulat. Dakwa beliau jaring hitam yang dipasang dibawah SPH ini sangat penting untuk kurangkan panas matahari terutama pada waktu tengahari. Bagaimana pun pelindung jaring hitam ini perlu dikurangkan daripada 50% sekarang untuk 2-3 bulan bagi membolehkan fotosintises berlaku dengan lebih cekap bagi menghasilkan saiz rizom halia lebih besar dan cepat. Bagaimana pun En Osman masih memikirkan kaedah yang sesuai untuk melakukan perkara ini.


Dijangkakan beliau akan menuai halia muda sekitar6-7 bulan selepas menanam iaitu sekitar bulan Oktober 2019. Pada masa ini Pertubuhan Peladang Kuantan sudah bersedia membeli harga halia muda pada anggaran RM17.00 sekilogram. Menurut Osman beliau mendakwa kini harga halia bentong muda lebih mahal berbanding dengan harga ladang halia tua (sekitar RM12.00 - RM15.00 sekilogram). Diharapkan setiap polibeg boleh mampu bagi menghasilkan 250 - 350 gram halia atau kiraannya 1:5 berbanding dengan berat atau jumlah benih asal yang ditanam. Satu polibeg kini mempunyai diantara 3 - 7 anak pokok dimana daripada tinjauan awal ia memberikan hasil yang baik jika tidak ada masaalah serangan perosak dan penyakit. Penulis blog memberikan pendapat kepada Osman agar sebahagian polibeg tersebut diasingkan dan diberikan amalan agronomi sesuai untuk menjadi halia tua bagi tujuan penghasilan benih untuk pusingan penanaman akan datang. Pokok yang subur, cepat berbuah, tidak ada serangan apa juga perosak, saiz rizom besar dan sihat sesuai dijadikan bahan tanaman akan datang. Ini akan mengurangkan kos pembelian benih yang merupakan kos paling tinggi didalam penanaman halia bentong ini. Walau pun beliau awalnya tidak setuju akan tetapi setelah diberikan penjelasan baik akhirnya beliau akan meneliti semula cadangan ini. Penulis dijemput datang sekali lagi pada Oktober ini bagi melihat sendiiri bagaimana penuaian ini dilakukan dan meniliai akan teknologi penanaman halia bentong fertigasi yang dijalankan ini. Semuga semua pembaca anim agro technology kali ini mendapat info berguna dari artikel ini. Wasallam!!!...
TEKNOLOGI FERTIGASI...TANAM HALIA...
HALIA BENTONG... ADA 'GI' KUALITINYA...
EN OSMAN... BERANI DIA MENCUBANYA....
SASARAN TUAIAN.. HALIA MUDA SAHAJA...  

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 2111 , Suite  Executive,
Hotel Zenith, Kuantan,
Pahang, Malaysia.
(25 Julai 2019).
Tulisan ini dalam FB pada terima 158 like, 21 comments 
dan 45 share pada 25 Julai 2019.
Selepas melawat kebun En Osman petang tadi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...