Support My Blog

Sunday, August 11, 2019

MAKMAL KULTUR TISU DI TAWAU


MAKMAL KULTUR TISU DI TAWAU merupakan salah satu usaha oleh syarikat tempatan didalam menghasilkan benih tanaman terutama benih nanas, pisang, orkid dan beberapa lagi. Tinjauan dari kumpulan pegawai daripada Jabatan Pertanian  Putrajaya ini ke Makmal TC yang terletak di Kg Tiragat, Apas, Tawau, Sabah diberi takliimat oleh En Tan sebagai pengurus syarikat Agro Ventures Sdn Bhd. Makmal ini didirikan dengan kerjasama antara Syarikat tersebut dengan Jabatan Pertanian Sabah dan mendapat sokongan kerajaan negeri untuk menyediakan benih tanaman berkualiti di negeri tersebut. Makmal yang telah beroperasi lebih 2 tahun ini lengkap dengan segala kemudahan peralatan moden untuk pengeluaran benih tanaman terpilih. Makmal ini dibangunkan selaras dengan perancangan syarikat pengeluar benih kultur tisu yang berpusat di Pontian, Johor. Antara yang menarik minat penulis blog bagaimana pross pengeluaran benih kultur tisu nanas mD2 dihasilkan di makmal ini dengan ada dakwaan bahawa benih nanas MD2 mereka berkualiti. Pada penulis blog dari segi teknologi pembenihan nanas secara kultur tisu adalah tidak bermasaalah dengan 'somaclonal variation' nagi nanas biasa akan tetapi perlu diteliti apabia membiakan benih nanas jenis hibrid seperti nanas MD2. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan pengalaman dan penilaian hasilan benih nanas diaripada makmal ini untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.


Makmal benih ini lengkap dengan bilik penyediaan media, bilik penyimpanan stok benih, bilik pengasingan benih nanas dan juga halaman diluar untuk membesarkan anakbenih nanas TC yang berbumbung. SOP sebelum masuk makmal TC perlu dipatuhi dimana semua pwlawat dan pekerja didalam makmal ini dimestikan memakai baju makmal (labcoat) berwarna ungu yang diimport daripada China (Sila lihat foto disebelah). Sarung kepala juga dimestikan dipakai dimana pelawat akan diminta melalui 'sanitation chamber' dimana angin disembur kepada pelawat untuk menhalang bendaasing melekat yang boleh menyebabkan kontiminasi kepada makmal TC ini. Semua tanda amaran dan tanda keselamatan dipaparkan dengan jelas dimakmal ini. Di Malaysia terdapat lebih daripada 30 makmal yang mengeluarkan anakbenih kultur tisu dimana kebanyakannya menghasilkan benih Orkid, Pisang (pelbagai varieti), halia dan juga tanaman ornamental. Bagi Tawau makmal ini satu-satunya yang bertaraf komersil dalam membekalkan benih TC.


Bilik pertama dilawati adalah bilik untuk pengasingan callus benih nanas MD2 yang memang tinggi tahap sanitasinya. Pekerja dalam ruangan berhawadingin ini adalah pekerja mahir yang mampu memisahkan sebanyak lebih 1,000 plantlet sehari. Menurut Mr Tan di Thailand petugas mereka mensasarkan sebanyak 3,000 plantlet sehari untuk menjadikan kos pengeluaran benih TC ini viable. Bagi tujuan ini alat forceps dan pisau khas digunakan dalam keadaan sterille untuk pisahkan satu unit plantlet nanas kepad  6 - 8 bahagian benih baru. Ia kemudian akan dimasukkan kedalam bekas plastik dan disimpan didalam ruang tumbesaran yang ada lampu untuk fotosintesis. Jika berlaku pencemaran dari bilik ini akan menyababkan benih TC rosak. Kecekapan mengasingkan dilakukan dengan teliti dimana semua tisu yang dipilih mempunyai saiz sesuai untuk pemindahan.


Penyimpanan benis TC dalam bilik khas dengan rak-rak dari logam bertingkat-tingkat mampu menyimpan bekas agar dan benih dengan banyak. Pemilihan bekas plastik dawa En Tan dapat menjimatkan kos dan ruangan kera ia kecil, ringan dan boleh guna semula dengan mudah (tidak pecah). Benih nanas TC ini dimasukkan dalam media yang diproses dalam bilik penyediaan media. Syarikat ini menggunakan media daripada agar-agar biasa (agar-agar makan) sebagan bahas asas dan dicampur dengan beberapa komponen lain. Kemudian media ini dimasukkan dalam 'cup plastik' setinggi 1 cm dan potongan tisu benih nanas akan dimasukkan. Ia kemudian disusun diatas rak-rak dibawah sinaran cahaya oleh mentol khas (Sila lihat foto disebelah). Pemeriksaan akan sentiasa dilakukan dimana cup yang tidak menjadi atau off-type akan dikeluarkan daripada rak. Setakat ini walau bagaimana pun didakwa kadar off-type dan sebagainya dari makmal disini sangat minimum. Walau pun penulis blog tidak biasa dengan terminologi yang digunakan semasa proses taklimat tetapi masih faham akan konsep asa pembiakan kultut tisu yang dijanlankan.


Benih yang telah cukup umur akan dikeluarkan daripada makmal untuk disemai didalam dulang semaian (seeding tray) dengan 112 lubang yang diisi dengan media cocopeat. Media ini diisikan media dimana anakbenih nanas yang telah berakar akan disusun ditengah-tengahnya. Air disemburkan diatas dulang semaian yang disusun dibawah rumah kalis hujan dan juga ada jaring hitam disusun diatasnya. Benih yang berumur 2 minggu dan telah mengeluarkan akar dapat dilihat sebagai berjaya untuk terus membesar (Sila lihat foto disebelah). Benih nanas MD2 TC ini bagaimana pun apa yang penulis blog lihat telah menghasilkan duri pada daunnya (satu kelainan daripada benih MD2 yang sama saiz pada sulur). Apa yang saya perhatikan juga dimana beberapa benih dalam dulang mempunyai daun yang berwarna ungu kemerahan (ada anthosiann) yang berkemungkinan berlaku 'somaclonal variation' terutama pokok yang berada dibahagian tepi dulang semaian. bagaimana pun menurut pengurus syarikat tanda ungu kemerahan pada dun ini akan hilang selepas dibaja (sudah tentu kalau tambah foliar dengan unsur Nitrojen) warna ini memang akan bertukar hijau semula. Penulis blog tidak berkesempatan untuk melihat benih TC MD2 yang ditanam di belakang makmal kerana kesuntukkan masa. Bagaimana pun berdasarkan kepada benih sama yang ditanam di Pusat Penyelidikan Pertanian Bukit, Quion, Tawau dapat dilihat akan beberapa ciri benih ini yang mencurigakan. Sehingga kini Kementerian Pertanian Malaysia, Jabatan Pertanian Malaysia dan Lembaga Perindusrian Nanas Malaysia (LPNM) masih lagi tidak membenarkan penanaman nanas varieti MD2 Kultur Tisu di Malaysia. Hanya Negeri Sabah yang ada menyediakan dan menanam nanas MD2 menggunak benih TC daripada bantuan kerajaan. Bagaimana pun kewujudan makmal benih kultur Tisu di Tawau ini amat berjaya didalam menghasilkan benih halia, pisang dan beberapa komoditi lagi. Semuga tulisn ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
MAKMAL BENIH... DI TAWAU SANA...
BENIH NANAS MD2...BANYAK ADA...
BENIH HALIA, PISANG... DISEDIA...
BANTU INDUSTRI...PERLU WASPADA..

By,
M Anem,
Senor Agronomist,
Room 8015, Hotel MB,
Jalan Haji Karim, Tawau,
Sabah, Malaysia.
(4 Zulhijjan 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...