Support My Blog

Friday, August 30, 2019

TEKNOLOGI PADI TEPAT (TEPad) 2019 - Part 1

SEMINAR KEBANGSAAN TEKOLOGI PERTANIAN TEPAT PADI (TEPad) telah diadalah di Hotel Ixora, Seberang Prai, Pulau Pinang daripada 27 - 29 Ogos 2019 anjuran MARDI. Seminar ini telah dilaporkan BERNAMA dengan artikel bertajuk ''TEPAD mampu jimat kos pertanian'' iaitu berita yang dilaporkan dari Butterworth dimana tagline seminar adalah Teknologi Pertanian Tepat Padi atau TEPAD dilihat mampu menjimatkan kos input dan operasi ladang di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan petani, sekali gus menjana pendapatan yang lebih konsisten. Seminar yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini dirasmikan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin dan dihadiri 170 peserta.  Ketua Pengarah MARDI, Datuk Mohamad Roff Mohd Noor, berkata teknologi itu dijangka dapat menjimatkan kos input dan operasi ladang di kawasan umpamanya, sehingga RM2,672 per hektar setahun dan kira-kira RM7 juta dapat dijimatkan di seluruh negara. Dakwanya petani pula dijangka menikmati penjimatan dengan nilai sehingga RM2,000 bagi kos input semusim dan membolehkan mereka mendapat pendapatan yang lebih konsisten,” katanya dalam ucapannya pada Seminar Kebangsaan Teknologi Tepat Padi (TEPAD) di Seberang Jaya, Pulau Pinang. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Pengarah MARDI (Penyelidikan), Dr Kamariah Long. Katanya lagi aktiviti penyelidikan pertanian tepat yang dibangunkan MARDI itu sudah melalui beberapa fasa dan yang terkini memberi fokus kepada komponen utama iaitu sistem perataan tanah dan penaburan benih secara kadar boleh ubah serta sistem pembajaan secara kadar boleh ubah. Secara kadar boleh ubah atau “variable rate” bermaksud kadar input yang diberikan adalah tepat berdasarkan kepada keperluan pokok, pada sesuatu masa. Ini akan memastikan penapakan pokok yang seragam dengan bilangan taburan benih dan anak pokok yang optimum bagi mendapatkan hasil yang tinggi. Beliau berkata, bagi sistem pembajaan secara kadar boleh ubah pula, input baja dapat dikurangkan antara 15 peratus dan 25 peratus sehektar berdasarkan kesuburan tanah dan ia dapat menjimatkan kos operasi sebanyak 50 peratus dengan pengurangan buruh. Kini dengan penggunaan kedua-kedua komponen teknologi itu maka tahap kesuburan tanah dapat ditingkatkan dan tahap pengeluaran padi yang maksimum dijangka mencapai sehingga 20 peratus bagi jelapang yang menggunakannya. Dijangka hasil tuaian antara enam dan lapan tan sehektar dalam tempoh tiga tahun akan datang adalah berpotensi (untuk dicapai) dengan aplikasi teknologi pertanian tepat ini. Penulis blog yang mengendalikan sesi 3 dalam seminar ini mendapati kini penggunaan aplikasi UAV dan Remote Sensing sudah muloa diaplikasikan dikawasan jelapang padi dalam teknologi TEPad yang bermotokan 'Tepat dan Pintar, Hasil Lestari'. Artikel malam ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya akan paparkan mengenai beberapa teknologi yang dibincangkan dalam seminar TEPad kali ini untuk rujuukan anda semua.


Kertas Kerja Ucaptama 1 yang bertajuk ''Pembangunan Industri Padi dalam Hala Tuju Pertanian 2019-2020'' disampaikan oleh En Shamsuddin Ismail Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA). Ada 5 perubahan dasar baru yang penulis blog dapat faham iaitu (1) Pesawah yang tanam lebih 10 hektar akan dapat subsidi (2) peralihan daripada subsidi input kepada subsidi output (3) memberi kebebasan kepada pesawah untuk memilih input pertanian (4) pemantapan sistem kuota benih padi sah dan (5) menambahkan pendapatan pesawah melalui (i) pemulihan tanah (ii) komposisi yang betul (iii) pengurusan ladang yang efektif. Perubahan sadar baru industri padi ini penulis blog juga percaya akan mengubah keseluruhan landskap seterusnya meningkatkan tahap sara diri beras negara (SSL). Kertas Kerja Ucaptama 2 bertajuk ''Japan’s Efforts for Smart Agriculture to Social Implementation'' oleh  Dr. Mitsuru Hachiya iaitu dari National Agriculture and Food Research Organization (NARO), Japan juga menarik. Kertas ini jelaskan pentingnya teknology robotik dan penggunaan ICT didalam pembangunan industri padi. Di Jepun mereka telah berjaya didalam industri padi dengan teknologi pengurusan air yang tepat, penggunaan tenaga buruh optima, jentero robotik membajak/ menuai padi) dan aktiviti klepas tuai. Jepun kini telah banyak membuat kolaborsai dengan banyak negara lain termasuk Malaysia didalam pemindahan teknologi baru industri padi. Kertas Kerja Ucaptama 3 yang bertajuk ''Overview of Precision Agriculture on Rice in the ASEAN Region'' disampaikan oleh Dr. Joko Pitoyo daripada Indonesia Center for Agricultural Engineering Research and Development (ICAERD), Indonesia. Beliau bentangkan akan pentingnya penanaman padi secara mengubah (cedung dengan tangan atau mesin) berbanding dengan teknologi tabur teus. Malaysia mengamalkan 70% cara menanam tabur terus iaitu paling tinggi berbanding dengan negara jiran lain. Banyak faktur kelemahan dan kebaikan yang telah pun dipaparkan akan teknik menanm padi ini. Beliau juga telah perkenalkan mesin menanam JORWO yang memudahkan cara penanaman menggunakan jentera di Indonesia.


Kertas Kerja 1 bertajuk ''Teknologi Pertanian Tepat dalam Pengeluaran Padi Berskala Besar'' dibentangkan oleh Ir. Dr. Badril Hisham daripada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Kertas ini maklumkan teknologi yang dibangunkan dari 2 komponen utama iaitu kaedah penaburan biji benih dan kaedah penaburan baja secara kadar boleh ubah. kaedah ini membolehkan pesawah membuat pilihan terbaik penaburan benih dan baja dengan cepat, cekap dan pemilihan kos efektif untuk pelaburan instrumentasi dan jentera pertanian tepat. Kertas Kerja 2 pula bertajuk ''Revolution of Agriculture Drone for Paddy Cultivation in Malaysia'' disampaikan oleh Chan Jin Jeff daripada Syarikat Sanyeong Agricultural Solutions Sdn. Bhd. Beliau memberitahu teknologi pengguanan Dron (UAV) didalam membuat semburan kimia kepada tanaman padi masa kini. Dinyatakan rekomendasi ketinggian penggunaan dron untuk semburan ini adalah 1.5 - 2 meter dengan jenis nozel semburan kapasiti diantara 0.48 - 0.54 liter seminit atau sekurang-kurangnya 1,921 liter seminit /dron.  Pada penulis blog maklumat seperti ini sangat penting diketahui oleh operator dan pesawah. Kertas Kerja 3 yang bertajuk ''Emerging Technology in Smart and Precision Agriculture'' telah disampaikan oleh T. Arrasan Sundaram daripada Hydronav Services Sdn Pte Ltd. Dibentangkan pentingnya penggunaan teknologi seperti GSS, SIS, Mobile or Arerial LiDAR, Aerial Hyper Spectral Imaging, WMS, RS, LiDAR dan VRT dalam penanaman padi. Precicioan Agriculture (PA) dakwanya akan membolehkan pesawah mengurangkan kerugian (wastage) dan meningkatkan produktiviti dan makanan yang berkualiti. Kertas Kerja 4 bertajuk ''Peranan Agensi Swasta dalam Pembangunan Teknologi Pertanian Tepat Padi'' oleh Ridzuan Yahaya daripada Syarikat Agricultural Chemicals (M) Sdn. Bhd. yang berpusat di Pulai Pinang. Kertas membincangkan pentingnya peranan swasta bersama didalam membangunkan industri padi di Malaysia termasuk kerjasama ACM-MARDI dalam pengurusan padi. Pengalaman ACM didalam melakukan CMFS boleh dijadikan  model.


Seterusnya adalah satu Kertas Kerja 5 bertajuk ''Pengurusan Tanaman Padi Secara Estet satu Pengalaman FELCRA'' dibentang oleh Sauddi Sitor daripada FELCRA Plantation Services Sdn. Bhd. Kertas ini bentangkan bagaimana FELCRA semenjak 1983 mengusahakan padi secara Mini-Estet dan kini mempunyai seluas 3,600 hektar sawah dengan pengurusan berpusat. Mempunyai seramai 1,494 peserta padi dengan ada 6 hektar pemilikan seorang (3 ekar sawah dan 3 ekar sawit) mencapai produktiviti 3.5 - 7.02 metrik sehektar. Kini dimaklumkan masaalah bekalan air menjadi isu utama apabila paras air daripada Sungai Perak yang menjadi sumber bekalan aiar semakin cetek. Penggunaan bahan kimia yang berterusan didakwa menjadikan persoak dan patogen menjadi kebal dan pokok diserang penyakit. Walaupan pengamalam IPM dijalankan dimana mereka berharap pengenalam varieti baru padi akan mengatasi beberapa masaalah ini.  Kertas Kerja 6 yang bertajuk ''Pengalaman MADA dalam Pembangunan Projek Estet Padi Kg. Asam Jawa, Pendang - Ke Arah Pelaksanaan Teknologi Pertanian Tepat'' disampaikan oleh  YM Engku Mazlin Engku Halin Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA). Kertas ini membentangkan dimana kawasan kajian mempunayi seluas 65 hektar sawah dengan 85 keluargatani. Mereka diperkenalkan program penyatuan tanah dan perpindahan penduduk pada tahun 1978 dan dibina infrastruktur lengkap oleh MADA disiapkan pada 1984. Pada musim 2/2016 cara penguruan estet diserahkan kepada PPK MADA Fasa 3 Pendang dengan Model Pajakan Tanah. Hasilnya produktiviti sawah meningkat daripada 3 mt/ha kepada 6mt/ha  apabila pendekatan pertanian tepat padi dilaksanakan dengan 4 komponen pendekatan utama iaitu pemulihan kesuburan tanah, pemetaan tanah sawah, perataan tanah sawah dan pengurusan air dilaksanakan.  Kertas Kerja 7 bertajuk ''Pertanian Tepat: Pengalaman KADA di Ladang Merdeka Mulong'' oleh pembentang Mohd Razif Abdullah Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA). Kertas ini jelaskan penggunaan BSA (Boom Sprayer) dan Leveller telah berjaya mengurangkan kos operasi dan tenagaburuh.  Apabila teknologi penggunaan dron, penyediaan tanah dan pembajaan ditambahbaik kedahnya dilaporkan kawasan Ladang Merdeka Kg Mulong telah mencapai produktiviti hasil sehingga 6.5 mt sehektar. Kertas Kerja 8 bertajuk ''Program Peningkatan Pengeluaran Padi di Kawasan IADA Pulau Pinang'' oleh pembentang Noor Mazirah Teh Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Pulau Pinang. Kertas ini dapati dengan memperkasakan traansformasi melalui EPP11 (NKEA) telah mampu kukuhkan sistem pengembangan melalui blok-blok pengairan bagi keluas 12,105 hektar padi melibatkan seramai 5,312 pesawah dibawah seliaan IADA Pulau Pinang. Artikel ini disambung dalam Part 2 dalam blog sama yang akan anda boleh paut dengan (Sila klik disini). Semuga semua pembaca blog anim agro technology mendapat info terbaik daripada penulisan kali ini. Wasallam!!...
SEMINAR TEPAD... SUDAH DILAKSANA...
KERTAS DIBINCANG... ILMU DITERIMA...
170 PESERTA.. PELBAGAI HARAPANNYA...
ILMU DITERIMA... TINGKAT HASIL PADINYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 941, Hotel Ixora,
Seberang Prai, 
Pulau Pinang,
Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...