MAKAN DURIAN ISI MERAH (Durio graviolens) merupakan satu pengalaman baru bagi penulis blog baru-baru ini di Tawau, Sabah. Ini dibuat setelah habis mesyuarat mengenai benih tanaman di Pusat Pertanian Bukit Quion, Tawau, Sabah yang melibatkan beberapa pakar termasuk penulis blog sebagai Penasihat Teknikal Jawatankuasa Bahan Tanaman Peringkat Nasional ini. Durian Isi Merah ini juga merupakan sejenis buah durian yang unik dalam kategori buah nadir di Sabah. Buah ini juga ada terdapat di kebanyakan kawasan lain di Borneo seperti di Sarawak, Kalimantan dengan pelbagai nama yang berlainan. Nama botani durian ini berbeza denga jenis durisn komersil lain (Durio zibethinus) dan menjadi ikon bagi negeri di Sabah dan Sarawak juga. Ia adalah satu jenis durian terkenal di Sabah sebagai Durian Isi Merah atau Durian merah atau nama lain disini sebagai Marahang atau pun Maraang. Durian ini dipanggil 'durian merah' disebabkan warna isinya berwarna merah. Kini durian ini digelar sebagai Durian Isi Merah Sabah. Ia juga berbeza dengan varieti Durian Udang Merah atau nombor daftarnya D175 yang didaftarkan dengan Jabatan Pertanian pada tahun 1990 dari Pulau Pinang. Kini durian varieti Udang Merah teah dijadikan ikon terkenal dari Pulau Pinang semasa musim buah-buahan di pulau tersebut. Penulis blog ayng berpeluang pergi ke Tawau khususnya Stesyen Penyelidikan Pertanian Bukit Quion di Tawau berpeluang melihat pokok dan mengutip buah serta membuat ujirasa buah unik ini. Sekali imbas memang 'exited' untuk memegang buah ini dipokok kerana durinya yang tajam melukakan tangan penulis blog. Apa pun ia tidak menjadi masaalah apabila menggunakan sarung tangan untuk memegangnya kemudian. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis lagi artikel mengenai durian isi merah yang menjadi kebangaan orang Sabah dn membuat ujirasa sendiri untuk makluman semua pembaca blog ini.
Buah Durian Isi Merah yang penulis blog dapat lihat kali ini ada 19 biji diletakkan didalam bakul (Sila lihat foto disebelah). Sebaik sahaja bakul diletakkan diatas lantai saya cuba memegangnya akan tetapi durinya amat tirus dan tajam dimana dengan mudah ia melukakan tangan. Dalam beberapa temubual dengan pegawi di PPP Bukit Quion ini dinyatakan dimana buah ini agak sukar untuk gugur sendiri macam buah durian komersil lain apabila masak akan tetapi perlu dipetik menggunakan galah atau memanjat bagi pokok yang tinggi kerana buahnya ringan. Buah yang ringan ini didakwa dimana apabila ianya gugur sudah busuk dan tidak sesuai untuk dimakan segar. Saiz buah tidak besar macam durian biasa kerana beratnya sekitar 350 - 500 gram sahaja atau boleh dikatakan purata hanya bersaiz bola sepaktakraw sahaja. Bagaimana pun buah yang bergayutan pada dahan pokok apabila masak ada dimakan oleh haiwan seperti tupai, monyet dan sebagainya sebagai makanan yang enak untuk mereka. Kebanyakan buah durian isi merah ini adalah tumbuh dalam hutan atau ada yang menanamnya dikawasan kebun mereka akan tetapi jarang diberi bahan kimia dimana ia bermakna boleh dikatakan sebagai durian organik. Penulis blog mampu mengangkat sebakul durian isi merah dengan mudah berbanding dengan durian biasa dalam bakul yang sama bersebelahan diletakkan.
Paling seronok apabila penulis blog mula mengambil bbeberapa biji durian ini dan membukanya dengan parang. Apa yang pasti pastikan memakai sarung tangan sesuai kerana durinya adalah tajam dan halus. Buah ini yang telah masak juga sangat mudah dibuka dan terlihat ulas durian ini yang memberikan warna merah kuat tersusun satu atau dua pangsa dalam setiap buah (Sila lihat foto disebelah). Kulit luar bagi buah yang telah masak berwarna hijau coklat kekuningan dengan warna kulit bahagian dalamnya berwarna putih krim. Kulit isi setabal 1-2 cm ketebalannya akan mudah menyerlahkan warna isi buah durian isi merah ini. Keseronokan paling unik dimana warna isinya yang berwarna merah kuat. Di dakwa dimana durian merah ini ada dua jenis iaitu durian kulit merah dengan isinya berwarna kuning (Sila lihat foto paling bawah) dan durian ini yang kulitnya kekuningan tetapi didalam isinya berwarna merah. Sungguh kaya koleksi durian yang dikategorikan sebagai buah nadi dari Sabah dan Kepulauan Borneo ini.
Penulis blog mengambil satu ulas durian isi merah ini untuk membuat ujirasa sebaik sahaja buah berjaya dibuka. Jika dilihat dengan teliti warna buah durian ini merah sehingga seakan-akan berwarna Margenta (Sila lihat foto disebelah). Isi buah ini juga mempunyai selput yang berkilat (glossy) dan licin permukaannya. Bila dipicit tekstur isinya sederhana lembut dan dilihat didalamnya ada bijinya yang juga bersaiz besar. Biji yang disemai di nurseri atau dalam polibeg di dakwa boleh bertunas dan dijadikan bahan tanaman untuk varieti durian ini. Kalau disusun bersebelahan dengan buah durian komersil lain memang ia jelas amat menarik dan mengiurkan kepada mereka yang melihatnya (Sila lihat foto dibawah). Berkemungkinan ulas buah biasa yang berwarna kekuningan sangat elok dimakan bersama dengan ulas durian isi merah. Penulis blog dapati ullas durian isi merah mempunyai saiz dan bentuk yang menyerupai dengan durian komersil lain dari segi tekstur, kelembutan dan sebagainya.
Setelah mengigit dan mengunyah ulas isi durian merah baru dapat menilai akan citarasanya. Teksturnya lembut akan tetapi ia tidak manis (banyak laporan menyatakan ia manis akan tetapi buah yang penulis blog makan memang tawar). Apa yang berlainan mengenai rasa buah ini adalah RASA LEMAK yang unik didalam mulut. Kelemakan ini juga membolehkan saya mampu memakan sebanyak 3 ulas durian ini dan 2 ulas durian komersil lain yang dihidangkan. Pengalaman ini agak istimewa kerana buah durian isi merah yang disediakan adalah baru diambil daripada pokok beberapa jam sebelum ia dibuat ujirasa. Bila meletakkan ulas didalam pangsa diligat memang buah ini sangat sesuai untuk dimakan segar, dibuat jus minuman atau diproses menjadi makanan berkhasiat yang lain. Apa yang penulis blog suka dimana selapas makan tidak ada 'rasa panas' ditekak sepertimana durian komersil yang lain. Walau pun varieti durian ini menounyai warna isi buah yang menarik akan tetapi masih belum dikomersilkan diatas sebab banyak faktur. Buah ini mungkin sesuai dipromosikan terutama kepada pelancong luar sebagai satu daya tarikan dan kepelbagaian eco biodiversiti yang terdapat di negara kita. Semuga artikel subuh ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
UNIK WARNA... AMAT LEMAK RASA ISINYA...
MENARIK DILIHAT... PELANCONG SUKA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 8015, MB Hotel,
Jalan Haji Karim, Tawau,
Sabah, Malaysia.
(30 Zulkaedah 1440H).

DURIAN ISI MERAH...SAYA SUDAH JUMPA...
BUAH DIBELAH... ISI MERAH CANTIKNYA...UNIK WARNA... AMAT LEMAK RASA ISINYA...
MENARIK DILIHAT... PELANCONG SUKA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 8015, MB Hotel,
Jalan Haji Karim, Tawau,
Sabah, Malaysia.
(30 Zulkaedah 1440H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.