Support My Blog

Friday, August 16, 2019

TANAMAN ROSEL KOLEJ UNITI

Tanaman ROSEL (Hibiscus sabdariffa) meru[akan antara jenis tanaman yang ditanam didalam kawasan Kolej UNITI di Port Dickson yang penulis blog membuat tinjauan teknologi kali ini. Kawasan seluas 3 hektar ini telah ditanam dengan rosel semenjak beberapa musim lepas bertujuan untuk dijadikan salah satu ladang latihan untuk diguna dalam program keusahawanan kolej ini dan menjadikan tanaman rosel sebagai salah satu cabang ekonomi kolej tersebut. Pada penulis blog tanaman rosel merupakan sejenis tanaman herba yang diperkenalkan di Malaysia sekitar pertengahan tahun 1980'an lagi untuk dibuat kajian terutama di Universiti Malaya dengan varieti UMKL2. Tanaman ini juga dikenali dengan pelbagai nama lain seperti Asam paya, Asam susur, Asam kundang, Roselle (Inggeris), Sorrel iaitu tanaman daripada keluarga Malvaceae iaitu sama dengan sayuran Kacang Bendi. Saya juga berpengalaman untuk memperkenalkan tanaman rosel di Daerah Mersing, Johor pada tahun 1997 dan ia masih ada ditanam sebagai tanaman yang berjaya diusahakan oleh petani disana. Sebenarnya tanaman rosel mempunyai lebih daripada 300 spesies yang telah dikenal pasti di seluruh dunia khasnya di kawasan yang beriklim tropika dan subtropika seperti di Afrika, India dan Asia termasuk Malaysia. Di Malaysia lazimnya penanaman roseI secara komersial mula diperkenalkan kepada petani di negeri Terengganu pada tahun 1993 oleh Jabatan Pertanian melalui projek perintis dalam percubaan membangunkan tanaman ini sebagai tanaman industri yang baru. Semasa projek ini dijalankan didapati roseI yang ditanam di tanah Bris telah mengeluarkan hasil yang lebih tinggi dan kurang masalah penyakit berbanding dengan tanaman di tanah mineral berliat. Selepas itu beberapa kajian susulan telah diteruskan oleh Jabatan Pertanian dimana ia hanya tertumpu asalnya hanya di kawasan tanah pasir bris sahaja. Bagaimana pun projek ini tidak dapat 'sustain' kerana faktor harga jualan dan juga jaminan pasaran pada waktu sehinggakan kilang memproses rosel ditutup operasinya. Saya ada menulis mengenai rosel dalam artikel sebelum ini (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Artikel pagi Ahad ini dalam "Anim Agro Technology" mengenai usaha tanaman rosel di kolej Uniti Port Dickson sebagai satu info untuk dikongsi dengan pembaca semua.


Kolej Uniti Port Dickson merupakan salah satu institusi swasta yang menawarkan peluang pendidikan untuk lulusan diploma terpilih, diiktiraf dan memenuhi keperluan pasaran kerja. Ia juga menawarkan bidang Industri Halal, Teknologi, Pendidikan, Perakaunan, Design dan sebagainya dengan kapasiti pelajar pernah mencecah 3,000 orang. Ia adalah sebuah institusi cemerlang mampu melahirkan ahli profesional yang berkebolehan dan berupaya tinggi serta memiliki kepakaran teknik yang relevan dan semasa bagi negara Malaysia sebagai sebuah negara industri yang dinamik dan terus membangun. Penerangan mengenai Kolej ini diberikan oleh En Hamdan dan En Helmi serta beberapa pegawai dimana mereka nyatakan ketika lawatan di kebun rosel ini ada beberapa fakulti penting dikolej ini. Bagi Fakulti Pengurusan dan Industri Halal ditawarkan Diploma. in Accountancy UiTM, Dip. in Business Studies UiTM, Dip. Pengurusan Industri Halal, Dip. Pengurusan Muamalat, Dip. Pengurusan Perniagaan, Dip. Pengurusan Pelancongan, Diploma Perakaunan dan juga Dip. Pengajian Islam. Bagi Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan ditawarkan bidang Diploma  Kejuruteraan Teknologi Multimedia UPM, Dip. in IT dan System Support, Dip. Computer Network, Dip. Komunikasi Media, Dip. in Occupational Safety and Health CUCMS, Dip. In Product Design serta Dip. In Graphic Design. Bagi Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia ditawarkan 3 bidang iaitu Diploma Pendidikan Pra Sekolah, Dip. Pendidikan dan Asuhan Awal Kanak-kanak serta Dip. Pendidikan Islam Sekolah Rendah. Kebanyakan pelajar disini adalah ditaja oleh PTPTN.Kolej in menerima beberapa Awards termasuk  Akreditasi MQA bagi program - program yang dijalan, Award dalam Rating MyQuest 5 & 4 STAR (2014-2015) dan Awards dalam Rating MyQuest 6, 5, 4 STAR (2012-2013). Lokasi Kolej ini adalah di Kompleks UNITI, 71250 Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan dengan boleh dihubungi melalui email: info@uniti.edu.my sepanjang masa. 


Penanaman roseI boleh dilakukan dengan menggunakan biji benih. Biji benihnya mudah diperoleh iaitu secara memungut lenggai yang matang yang kemudian dikeringkan dan disimpan. Sebelum menanam sebaiknya biji benih perlu disemai di dalam dulang semaian atau polibeg agar mudah dijaga. Anak semaian kemudian diletak di bawah teduhan dan disiram selalu bagi mendapatkan anak benih yang subur dan sihat. Selepas 14 hari, anak benih yang berukuran 15-20 cm tinggi sesuai untuk ditanam ke ladang. Setakat ini hanya terdapat satu varieti sahaja yang disyorkan untuk di tanam di Malaysia iaitu varieti UMKL 1 yang diperkenalkan oleh Universiti Malaya sementara varieti UMKL 2. Kajian berterusan bagi mendapatkan varieti baru yang lebih baik sedang dijalankan oleh MARDI dan beberapa institudi lain walau pun belum ada outcome terkini. Varieti UMKL2 yang ditanam telah lebih 15 tahun dilapangan dan sebaiknya ada varieti baru yang lebih tahan penyakit, berhasil tinggi dan juga tahan lama selepas dituai didibuang bijinya. Jika ada jaminan pasaran yang kukuh dengan varieti yang banyak hasilnya saya fikir adak lebih ramai petani menanam rosel. Penanaman pokok rosel sebaiknya tapak tanaman hendaklah dibajak putar sekali lagi sambil sekali gus membuat batas yang lebarnya 1.5 m (dari parit ke parit) menggunakan 'rotoridger'. Penanaman anak benih disyorkan pada jarak 0.6 m dalam baris dan 1.5 m di antara baris. Jarak ini memberikan kepadatan tanaman sebanyak 110 pokok sehektar. Penanaman untuk kawasan yang luas boleh menggunakan jentera dan bagi tujuan ini. Kaedah semaian anak benih dan jarak tanaman perlu diubah mengikut kesesuaian jentera dan juga keadaan tanah. Anak benih yang sesuai dimasukkan kedalam lubang penanaman yang telah diberikan baja asas terutama baja organik seperti tahi ayam dan sebagainya. Penanaman perlu dilakukan mengikut jadual penanaman dimana elakkan daripada peringkat tumbesaran tanaman terkena musim hujan monsoon. Pemerhatian penulis di Mersing dahulu mendapati hujan lebat yang berterusan untuk beberapa jam atau beberapa hari telah merosakkan daun rosel dengan teruk dan menjejaskan hasilnya dengan ketara. Sebaliknya penanaman rosel pada musim panas dengan sistem pengairan yang baik menjamin hasil yang tinggi.


Buah yang dipungut di ladang hendaklah dipastikan dalam keadaan segar dan tidak tercemar dengan kotoran seperti pasir. Buah yang dipetik secara manual ini kemudian segera dibawa ke pusat pengumpulan berhampiran kebun di kolej Uniti ini untuk dibersihkan dan juga dibuang kekotoran dan digred. Produk bunga rosel dari kebun ini tidak dibuang bijinya untukk dihantar ke Shah Alam dan Ke Kedah dengan harga RM2.50 sekilogram. Bagaimana ada sesekali buang ini akan dibuang bijinya (decored dan diproses sendiri oleh kalangan pelajar (Jika ada kesesuaian). Antara produk yang dihasilkan mereka seperti Kordial Rosel, Jus Rosel, Halwa Rosel dan beberapa lagi (Sila lihat foto disebelah).  Dalam pada itu menKerja membuang lenggai masih lagi dilakukan secara manual jika ada permintaan sedemikian. Menilai dari segi kosting pula penulis yang berpengalaman melaksanakan prjek tanaman rosel di beberapa negeri selama ini mendapati jumlah kos pengeluaran bagi tanaman roseI khasnya di tanah Bris adalah sekitar RM10,800/ha semusim iaitu berdasarkan kos bahan input sebanyak RM5,260, kos tenaga kerja sebanyak RM4,200 dan kos luar jangkaan RM980. Dari segi penggunaan input bahan, kos baja organik sebanyak RM 1,800.00/ha adalah yang tertinggi. Faktor ini disebabkan tanah bris memerlukan kadar baja organik yang lebih tinggi bagi membaiki tahap kesuburannya. Manakala dari segi kos tenaga pula, kos memungut hasil iaitu RM2,400/ha adalah yang tertinggi. Kos memungut hasil dijangka dapat dikurangkan dengan bantuan penggunaan jentera. Kos pengeluaran roseI di tanah mineral berliat belum lagi diperoleh kerana sehingga kini kesemua kajian yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian hanyalah tertumpu kepada tanah Bris sahaja. Walau bagaimana pun jumlah kos pengeluaran di tanah mineral berliat dianggarkan 10-30% lebih rendah berbanding dengan tanah Bris. Oleh itu berdasarkan potensi hasil buah roseI segar sebanyak lebih kurang 16.0 t/ha maka kos pengeluaran ialah RM0.70/kg. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini.
TANAM ROSELLE.... ADA TUJUANNYA...
TEMPAT BELAJAR... UNITI LOKASINYA...
HASIL DITUAI... PELAJAR BANTUNYA...
KINI KOMERSIL... BANYAK PRODUKNYA...

By,
M Anim,
Senior Agronomist,
Room 816, Hotel Imperisl Heritage,
Jalan Bandar Hilir,
Melaka, 
Malaysia.
(8 Julai 2019).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...