SELAMATKAH MAKANAN SAYUR SEGAR YANG KITA MAKAN?... Ini merupakan satu tajuk yang penting kerana pembaca perlu tahu akan keselamatan makanan terutama sayuran yang dibeli untuk kegunaan harian. Apabila ramai sering orang bertanya kepada penulis blog soalan iaitu selamatkah sayuran yang kita makan?. Ini kerana telah ada kesedaran umum dimana penanam sayur komersil telah menggunakan racun kimia untuk aktiviti tanaman mereka. Tahukah anda dimana kita sering terdedah dengan bahaya racun serangga atau kulat dan tanpa di sedari dimana kita telah memakan sayur-sayuran yang mengandungi racun serangga dan kulat hampir setiap hari jika tidak diurus dengan betul sayuran yang anda beli. Berkemungkinan kita tidak dapat untuk mengetahui adakah petani mengikut peraturan pada label untuk meracun serangga atau kulat pada tanaman mereka. Semburan racun kulat atau serangga pada tanaman sayuran ummumnya memang perlu petani hentikan 14 hari sebelum hasil dituai. Pada kebiasaanya keadaan sayuran yang kurang disembur racun serangga adalah kurang cantik seperti berlubang-lubang, berkedut-kedut, warna kurang cantuk dan bentuk yang juga kurang menarfik menyebabkan pengguna enggan membelinya. Sebaliknya pengguna akan memilih sebagai contoh sayur cili yang mereh menyala, kulit yang berkilat, tidak ada lubang akibat kerosakan agen perosak dam sebagainya. Bagaimana cara untuk mengelakkan anda memakan sayuran yang ada mengandungi racun serangga atau racun kulat dimana ia semuanya terletak pada tangan anda sendiri semasa kita membeli sayuran dipasar dan cara menguruskan sayuran sebelum memasak. Artikel subuh ini saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai selamat atau tidak sayur yang kita makan untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.
Memang lumrah manusia yang mahukan sesuatu yang cantik, baik dan murah. Jika membeli sayur pemerhatian penulis blog mendapati memang ramai yang akan memilih sayur yang cantik dan murah. Padahal mereka tidak mengetahui sayuran yang dibeli tersebut antara yang berisiko mengandungi racun serangga dan kulat yang tinggi dan boleh membahayakan kesihatan. Kesan dari makan sayuran yang mengadungi racun serangga dan kulat bukan kita terima dalam sehari akan terus sakit akan tetapi memang lazimnya ia memakan masa bertahun-tahun sehinggalah seseorang boleh akhirnya menghidap kanser, sakit jantung dan pelbagai jenis penyakit lain. Jika kita ada memikirkan perkara ini ia memang merisaukan kerana hasil sayuran adalah makanan kita setiap hari. Oleh itu pada pendapat penulis blog kita perlulah mengambil langkah pencegahan awal dari membeli sayur di pasar supaya kita sekeluarga terhindar dari bahaya racun serangga dan kulat. Di sini saya ada sediakan sedikit teknik untuk memilih produk sayuran di pasar dan teknik membasuh sayuran segar yang hendak di masak. Penanaman sayur secara komersil kini memang perlukan bahan input baja dan racun kimia yang menentukan hasilnya banyak, berkualiti dan menguntungkan petani. Bagaimana pun penggunaan bahan kimia ini akan meningkat pada musim hujan dimana kadar kerosakan pada tanaman akibat serangan kulat dan serangga meningkat. Petani perlu mematuhi arahan pengggunaan bahan kimia ini seperti yang dijelaskan pada label bahan kimia tersebut.
Pengguna perlu tahu bagaimana teknik untuk memilih sayuran yang kurang residu Racun Serangga atau Racun Kulat. Adalah dinasihakan dimana jika membeli sayur jenis daun (sawi, kangkung, bayam dan sebagainya) digalakkan sebaiknya pilihlah sayur yang daunnya berlubang sedikit atau dimakan serangga belalang kerana ia mepunyai kadar racun serangga yang rendah. Sementara itu bagi sayur jenis buah pula (timun, petola, terung dan sebagainya) maka dipilih buah yang kurang cantik iaitu sedikit bengkok atau tiada salutan debu pada sayuran tersebut. Salutan debu tersebut merupakan sejenis racun kulat. Lazimnya sayuran jenis kekacang seperti kacang panjang atau buncis disyorkan agar memilih kacang yang mempunyai lubang yang ditebuk serangga atau ulat. Beli sayur kacang yang kurang cantik iaitu kurang tegak adalah lebih baik kerana ia kurang racun serangga. Setelah membeli sayur dipremis, maka ia akan dibawa pulang sama ada terus dimasak atau pun disimpan didalam peti sejuk. Bagaimana pun perlu awas dimana kita sebaiknya jangan makan terus sayuran yang dibeli. Pastikan anda makan makanan bersih daripada kekotoran tanah atau pastikan membasuhnya dengan bersih terlebih dahulu. Memang kita tidak tahu sama ada sayur tersebut beracun atau tidak kerana hanya makmal khas sahaja yang dapat menentukan kadar residu racun didalamnya. Minimum Residual Levei (MRL) ini akan menentukan iaitu tahap keselamatan minima kandungan bahan toksik tersebut sebelum dimakan.
Tahukah anda dimana terdapat teknik untuk membersih sayuran sebelum memasaknya. Pertama sekali perlu direndamkan dahulu sayur anda ke dalam bekas berisi air beberapa minit sebelum dipotong kecil supaya lapisan racun kulat dan juga racun serangga tanggal (Sila lihat foto disebelah). Kemudian maka dibasuh sayur dengan air paip yang ada mengalir sehingga bersih. Cara lain kita boleh menggosok sayur jenis buah supaya salutan racun serangga dan kulat tanggal daripada buah tersebut. Kemudian makan sayuran tersebut memang boleh dipotong mengikut cita rasa anda. Setersunya perlu dibasuh lagi sekali sayur anda setelah dipotong kecil dengan air yang mengalir dan bolehlah dimasak. memakan sayur dimasak atau ulaman perlu dicuci bersih dahulu sebelum ianya dimasak atau terus dihidangkan bersama nasi putih dan sbagainya. Kes-kes kematian akibat pengambilan racun dan toksik dalam permakanan generasi masa kini amat kerap berlaku berkemungkinan akibat termakan sisa racun didalam makanan disamping gaya hidup yang tidak seimbang. Semoga sedikit info ini dapat memberi kesedaran kepada anda tentang bahaya racun serangga dan kulat yang terdapat pada sayuran yang anda beli. Selepas ini kita semya bolehlah memilih sayur dengan berhati-hati semasa membeli sayuran di pasar untuk menjamin kesihatan ahli keluarga. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
MAKAN SAYUR ... MUDAH SAHAJA...
SAAYUR SEGAR... DIBASUH MESTINYA...
DIMAKAN JADI ULAMAN...DITUMIS JUGA...
BANYAK KHASIAT... ELAKKAN TOKSIKNYA..
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 208, Tong Villion Hotel,
Bandar Muadzam Shah, Rompin,
Pahang, Malaysia.
(17 Zulhijjah 1440H).
Posted from:
Room 601, Impiana Hotel,
Senai, Johor Bahru, Johor.
Posted from:
Room 601, Impiana Hotel,
Senai, Johor Bahru, Johor.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.