Support My Blog

Monday, August 12, 2019

GENEBANK KELAPA ANTARABANGSA - APA DIA?

GENEBANK KELAPA ANTARABANGSA atau International Coconut Genebank (ICG) meruakan satu instusi yang bertanggungjawab didalam penyimpanan dan pembangunan germplasma kelapa.  Badan ini terlibat dengan program germplasma untuk biakbaka kelapa, pertukaran germplasma kelapa antara negara dan juga mempastikan polisi dan dasar mengenai biakbaka kelapa. Setiap negara yang ada tanaman kelapa tidak ada kemampuan untuk menahan sebarang serangan penyakit kelapa jika berlaku dari segi teknikal, polisi malahan bekalan benih untuk tanaman semula. COGENT yang ditubuhkan pada tahun 1995 berjaya menubuhkan ICG di 5 buah negara. ICG tersebut adalah Region ASEAN ICG di Indonesia, Region Pasifik Selatan di Papua new Guinea, Reion Asia Selatan di India, Region Latin Amerika dan Carribean di Brazil dan Region Afrika di Ivory Coast. Asas penubuhan ICG ini diberi mandat untuk penyimpanan (conserve) peringkat nasional dan regional biodiversiti kelapa dan juga diperingkat antarabangsa. ICG juga akan menyimpan baka kelapa dan menilai prestasi baka kelapa tersebut dan memberikan maklumat berkaitan dengan tanaman tersebut. Membolehkan janaplasma kelapa juga sentiasa ada dengan edaran mengikut protokol ditentukan. ICG juga akan menyediakan penyelidikan dan latihan kepada semua pihak berkaitan. Artikel petang ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya menulis mengenai kepentingan ICG untu diwujudkan di Malaysia juka ada keperluan.


ICG India yang ditubuhkan pada tahun 1968 di  Kidu Dakshina Kannada Daerah Karnataka, India mempunyai sebanyak 49 kultivar kelapa yang duduk dibawah  Memorandum of Agreement (MoA) dan sebanyak 99 kultivar kelapa disimpan dibawah ICG (Sila lihat foto disebelah). Sementara itu bagi zon Asia Tenggara dan Asia Timur terletak di Kg. Sikijang Mati, Riau, Indonesia telah ditubuhkan pada tahun 1999 melibatkan sebanyak 52 kultivar dibawah MoA dan sebanyak 42 kultivar dibawah ICG.  Bagi ICG untuk Asia Pasifik ianya terletak di Madang, papua New Guinea yang dibangunkan pada tahun 1998 dengan sebanyak 55 kultivar kelapa dibawah MoA dan 59 kultivar kelapa dibawah ICG. Sementara itu bagi zon Afrika dan Indian Ocean pihak ICG mempunyai pusat di Abidjan, Ivory Coast ditubuhkan pada 1999 dengan sebanyak 49 kultivar dibawah MoA dan 99 kultivar kelapa dibawah ICG. Akhir sekali bagi zon Latin Amerika dan carribean pusat ICG terletak di Sergipe, Brazil dituuhlkan pada tahun 2006 dengan sebanyak 22 kultivar kelapa dibawah Moa dan sebanyak 24 kultivar elapa dibawah ICG. 


Pemilihan pusat ICG ini ditentukan oleh pakar tanaman kelapa dimana aspek keselamatan, infra aksesibiliti, persekitaran sesuai dan kebolehcapaian. Antara pendekatan adalah tanaman kultivar kelapa tempatan mesti dikenalpasti dahulu dan ianya tidak boleh dimasukkan didalam kawaan tanaman kultivar dikawasan ICG. Maknanya hanya kultivar kelapa dari luar negara tersebut sahaja yang akan ditanam didalam kawasan ICG. Sebaiknya sebanyak 80 - 90% kultivar kelapa yang berada diseklilingnya adalah kelapa tempatan sedia ada. Baki sebanyak 10 - 15% sahaja kolksi kelapa ditanam dari kultivar yang selalu dipohon petani untuk menanamnua kerana benih perlu dikekalkan sebagai simpanan genebank. Pihak COGENT akan sentiasa memantau an menjaga perjalanan ICG ini disemua negara termauk kemasukkan atau keluar kultivar kelapa daripada semua negara ke stesyen ICG. Kelima-lima ICG yang telah dibangunkan ini hanya menyimpan paling maksima sebanyak 200 accession dengan susunan sebanyak 45 pokok untuk kelapa renek dan 90 pokok untuk kelapa Tinggi ditanam  dalam ICG.


Berdasarkan kepada Perjanjian MoA yang telah ditandatangani dimana setiap negara terlibat yang mempunyai germplasma ini boleh mendapat baka dari ICG. Pertukaran kultivar kelapa diantara negara semestinya melibatkan beberapa pihak diantara COGENT, ICG dan juga pihak lain yang berkepentingan. Di Malaysia kita hanya ada beberaa ladang kelapa di stesyen pertanian yang menghailkan benih kelapa sama ada jenis Kelapa Renek, Kelapa Tinggi atau pun benih kelapa hibrid. Antara benih kelapa hibrid yang pernah popular adalah kelapa MAWA, Kelapa MATAG, Kelapa MARREN dan beberapa lagi. Bagi kelapa jenis renek pula adalah seperti Malayan Red Dwarf (MRD), Malayan Yellow Dwarf (MYD), Kelapa Pandan (Aromatic Coconut) dan beberapa lagi. Beberapa pusat pertanian Jabatan Pertanian seperti di Parit Botak, Batu Pahat  dan Pusat Pertanian teluk Baru, Bagan Datuh, Perak merupakan stesyen kelapa yang sesuai dibangunkan bersama ICG dimasa akan datang. Pusat ini kini sudah ditnam kelapa sedang berhasil dan jikaperlaksanaan ICG hendak dijalankan di pusat ini perlu ada kajian halus. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada prmbaca anim agro semua. Wasallam!!...
NAMA ICG...IA DIPERINGKAT DUNIA...
MENYIMPAN...JANAPLASMA KELAPA...
PUSAT GENEBANK...ADA 5 NEGARA...
323 VARIETI... TUJUAN BIAKBAKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Zulhijjah 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...