Support My Blog

Sunday, August 4, 2019

DURIAN MERAH DI SABAH - SATU TINJAUAN

DURIAN ISI MERAH (Durio graviolens) merupakan sejenis buah durian yang unik dalam kategori buah nadir di Sabah. Buah ini juga terdapat di kebanyakan kawasan lain di Borneo seperti di Sarawak, Kalimantan dengan pelbagai nama yang berlainan. Nama botani durian ini berbeza denga jenis durisn komersil lain (Durio zibethinus) dan menjadi ikon bagi negeri di Sabah dan Sarawak juga. Ia adalah satu jenis durian terkenal di Sabah sebagai Durian Isi Merah atau Durian merah atau nama lain disini sebagai Marahang atau pun Maraang. Durian ini dipanggil 'durian merah' disebabkan warna isinya berwarna merah. Kini durian ini digelar sebagai Durian Isi Merah Sabah. Ia juga berbeza dengan varieti Durian Udang Merah atau nombor daftarnya D175 yang didaftarkan dengan Jabatan Pertanian pada tahun 1990 dari Pulau Pinang. Kini durian varieti Udang Merah teah dijadikan ikon terkenal dari Pulau Pinang semasa musim buah-buahan di pulau tersebut. Penulis blog yang berpeluang pergi ke Tawau khususnya Stesyen Penyelidikan Pertanian Bukit Quion di Tawau berpeluang melihat pokok dan mengutip buah serta membuat ujirasa buah unik ini. Sekali imbas memang 'exited' untuk memegang buah ini dipokok kerana durinya yang tajam melukakan tangan penulis blog. Apa pun ia tidak menjadi masaalah apabila menggunakan sarung tangan untuk memegangnya kemudian. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis lagi artikel mengenai durian isi merah yang menjadi kebangaan orang Sabah dn membuat ujirasa sendiri untuk makluman semua pembaca blog ini.


Buah ini berlainan dengan buah durian komersil lainnya disebabkan beberapa ciri seperti saiznya, ketajaman durinya, warna isinya dan paling utama adalah isinya yang berwarna merah kuat. Buah ini yang saiznya kecil sahaja sekitar bila sepak takraw memang unik dengan bentuknya bulat dan ada yang sedikit lonjong (Sila lihat foto disebelah). Buah yang kecil ini bagaimana pun agak sedang dibeah dua dengan teknik yang betul dan kena berhati-hati dengan ketajaman durinya. Berat sebiji buah ini sekitar 250 - 300 gram sahaja dengan warna kulit buah yang massk adalah hijau kekuningan. Apa pun biasanya pokok durian merah tumbuh meliar di hutan tebal di Sabah. Satu lagi keunikan buah durian merah ialah ianya tidak akan gugur seperti buah durian yang lain. Biasanya untuk mengambil buah durian merah tersebut maka penduduk kampong akan perlu untuk memanjat pokoknya semasa buahnya dilihat sudah matang. Buah ini kemudian dipetik dan dikumpulkan dalam bakul sebelum dimakan atau dijual dipasaran.Dalam mambuat tinjauan dibeberapa gerai ditepi jalan didapati durian isi merah ini dijual dengan harga RM2.00 - RM3.00 sebiji akan tetapi bila membeli banyak ianya dilonggoknan dan dikira semula.


Pokok durian isi merah ini tumbuh didalam kawasan hutan belukar dan kini sudah ada orang yang berminat untuk menanamnya. Pokok yang tumbuh menegak ini lazimnya mempunyai beberapa dahan dan apabila berbuah ia keluar daripada dahan tersebut (Sila lihat foto disebelah). Lazimnya durian ini boleh dikategorikan sebagai durian merah organik kerana amat jarang ia dibaja atau di berikan rawatan dengan bahan kimia. Ia akan berbunga dan berbuah sama dengan musim durian kkomersi lain seperti Durian Tembaga, Durian Musang King, Durian D24, Durian Musang King dan sebagainya. Buah ini bermusim dan hanya berbuah sekali dalam setahun dan kebiasaan musimnya adalah pada bulan September hingga Oktober. Durian merah dipercayai berasal dari Kalimantan Indonesia yang kedudukannya satu kepulauan dengan Sabah. Jadi penulis blog pun tidak pelik jika pokok durian merah juga terdapat di Sabahdan Sarawak tetapi tiada dilaporkan di Semenanjung Malaysia. Kebiasaannya isi durian merah ini dimakan begitu sahaja atau dimasak bubur bersama nasi atau dibuat tempoyak serta rasanya memang unik, sedap dan lain dari yang lain. Rasa isinya tidaklah sama dengan jenis durian. 


Penulis blog amat 'exited' apabila ada sebakul mengandungi lebih daripada 15 biji buah durian isi merah ini dibawa ke pejabat di Stesyen Pertanian Bukit Quion di Tawau dan sedi untuk dibuat ujirasa. Selain buah ini juga dibawa 3 bakul varieti durian komersil lain seperti Durian Musang King, Durian Tembaga, Durian A19, Durian D24, Durian Musang King, Durian kampong dan sebegainya. Mula-mula penulis blog cuba ambil sebiji buah ini akan tetapi ketajaman durinya dengan mudah mencucuk tangan. Kemudian apabila ada sarung tangan dan kain baru boleh diambil beberapa biji dan dibelah dengan parang. Ia memang mudah sahaja dibelah dengan isi yang berwarna 'MERAH KUAT' dan amat menarik untuk terus dimakan. Kulit bahagian dalam buah berwarna putij krim sama dengan durian komersil yang lainnya. Warna isi merah ini memang unik sekali dan tidak sabar memakannya. Kemudian penulis bloh mengambil seulas buah ini dan meletakannya dalam pangsa buah durian varieti A19 (Sila lihat foto paling bawah sekali). Memang ia dilihat lebih menyelerakan berbanding dengan warna isi durian komersil yang diujirasa iaitu ada manis dan pahit yang kuat.


Dalam membuat ujirasa durian isi merah ini beberapa biji dibelah dan dihidangkan. Semasa melihat warnanya yang merah kuat ini memang tidak sabar untuk tahu akan rasanya. Apabila mengigit ulas pertama didalapti durian ini hanya memberikan rasa lemak tetapi tidak ada rasa manis. Rasa lemak yang unik ini juga tidak menghasilkan bau seperti durian komersil lain yang juga ada dibelah. Bagaimana pun penulis blog faham kerana kebanyakkan durian Durio graviolens memang tidak manis kecuali beberapa spesis yang mungkin diberikan baja. Selapas dua ulas membuat ujirasa maka penulis tidak makan hanya durian merah sahaja akan tetapi dimakan bersama dengan durian D24 yang dihidangkan barulah mendapat rasa keenakkan kepada durian ini. Apa yang pasti makan durian merah ini tidak menyebabkan badan yang panas. Dalam kunjungan penulis blog ke kebun Bao Sheng Durian Farm di Pulau Pinang tahun lepas telah juga ada mencuba durian seakan sama durian ini akan tetapi ada beza. Durian Merah dari kebun ini hanya ada seulas atau dua ulas isi dalam sebiji buah dengan isinya juga hanya berada disebelah bahagian. Rasa isinya pula berbeza dengan yang saya makan di Sabah dimana ia mempunyai rasa pahit ada manis serta ia juga mempunyai sedikit rasa masam yang agak unik selepas ianya dimakan. Pengalaman penulis blog membuat ujirasa tahun ini memuaskan dan ucapkan terimakasih kepada DDR Chong yang memberikan peluang ini. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
DURIAN ISIS MERAH... UNIK DIA...
BOLA TAKRAW... ITULAH SAIZNYA... 
MAKAN DI TAWAU... SATU UJIRASA...
TERIMAKASIH.. ANDA MEMBACA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 8015, MB Hotel,
Tawau, Sabah,
Malaysia.
(2 Ogos 2019).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...