Support My Blog

Saturday, August 3, 2019

EKSPO TANI JOHOR 2019 - PONTIAN

EKSPO TANI JOHOR 2019 telah diadakan di Dataran Pontian, Johor dari 26 - 28 Julai 2019 anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kerajaan Negeri Johor. Program ini juga diadalah bersama dengan Hari Bertemu Pelanggan MoA Inc Kementerian Pertanian Pertanian dan Industri asas tani Negeri Johor diterajui oleh Lembaga Perindustrian Nanas Maaysia (LPNM). Majlis dirasmikan oleh Menteri Pertanian dengan kehadiran Exco Pertanian HJohor dan pegawai kanan peringkat persekutuan dan Negeri. Penulis blog sempat hadir majis perasmian tersebut dan melawat banyak gerai pameran pelbagai jabatan dan agesi serta uahawan pertanian. Lebih daripada 700 peserta hadir dalam acara perasmian tersebut yang bermula jam 10.30 pagi dengan gimik perasmian membuat jus minuman nanas D2 iaitu sejenis nanas premium masa kini. Exco Pertanian dalam ucapan aluannya meminta agar projek hub untuk kerang-kerangan di Pontian akan memberikan pendapatan  yang baik kepada nelayan tempatan. Disamping itu beliau memohon YB Menteri agar pada tahun 2019 Program Hari Penternak, Peladang dan Nelayan (HPPNK) diadakan di Negeri Johor. YB Exco juga memohon agar Daerah Kulai tidak tertinggal didalam pembangunan sektor pertanian kerana ia merupakan satu daerah baru di Johor yang ada banyak kawasan sayuran dan dusun komersil. Pihak YB Meteri juga berkesempatan memberikan insentif khas kepada penerima program tanaman nanas, bot perikanan dan beberapa lagi semasa perasmian. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai perasmian Ekspo Tani Johor 2019 untuk ianya ijadikan bahan bacaan dan rujukkan.


YB Menteri dalam ucapannya menyatakan dimana buah-buahan seperti nangka madu, sarang walit sedang dibincang untuk dieksport ke China. Dakwanya dimana kini eksport durian Musang King sejuk beku dan nanas MD2 ke China, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) sedang mengadakan perbincangan dengan China bagi membolehkan nangka madu dan sarang burung walit pula dieksport ke negara itu. Dalam lawatan penulis blog ke salah satu gerai yang mengeksport buah nanas iaitu Sykt Jutawan Enterprise mereka engeksport nanas MD2 dan Josapine ke negara Timur Tengah, Singapura dan juga ke Korea (Sila lihat foto disebelah). Menteri dakwa keperluan buah nanas ke China adalah banyak kuantitinya dimana Malaysia hanya mampu mengeksport kurang daripada 5% daripada permintaan negara tersebut. Datuk Salahuddin Ayub juga nyatakan buat masa ini beberapa prosedur dan protokol eksport seperti mana durian Musang King dan nanas MD2 telah dan  sedang disiapkan oleh pihak MOA melalui Jabata Pertanian bagi menjayakan hasrat berkenaan Beliau yang telah melihat beberapa potensi seperti durian sejuk beku yang dapat dieskport (ke China) secara sebiji di samping pulp dan pes dan juga nanas MD2 yang dapat tembusi pasaran China dan Timur Tengah. Dakwanya lagi dimana “Kita dalam usaha memastikan beberapa lagi buah-buahan seperti nangka madu dan sarang burung walit yang sekarang ini masih dalam perbincangan untuk kita dapat eksport,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Tani Johor dan Hari Bertemu Pelanggan MOA Inc negeri Johor di Dataran Pontian, semalam.


Hadir sama dalam majlis perasmian tersebut adalah  Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Tosrin Jarvanthi dan juga Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Datuk Abdul Malik Abul Kassim. Menteri juga berkata nangka madu antaranya ditanam secara meluas melebihi 4,500 ekar iaitu di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Lanchang, Pahang. Penulis blog bersama menteri telah melawat ladang nangka terluas di dunia ini pada bulan April 2019 dengan penulisan pada blog sama yang boleh diakses (Sila klik disini). Selin itu buah nangka kini telah berjaya di terbangkan daripada Lanchang ke London dengan menjadikan ia satu kejayaan negara (Sila klik disini). Kalau dulu buah nangka yang ditanam sukar dijual akan tetapi dengan varieti Tekan Yellow (J33) inii ianya sudah menjadi kenyataan dimana buah nangka juga ada nilai komersil yang baik. YB Mentri juga berkata sarang walit mentah tanpa dibersihkan mampu dijual antara RM3,000 hingga RM4,000 sekilo di pasaran China manakala sarang walit mentah bersih antara RM8,000 hingga RM10,000. Pihak MOA kini terus dan sedang bincang supaya kita boleh eksport lebih banyak sarang burung walit mentah bersih supaya kita boleh pastikan pemain dapat harga yang agak baik. Akhirnya kerajaan hanya mahu pengusaha tempatan dapat pulangan lumayan. Dakwa YB Menteri lagi Negeri Johor akan menjadi tuan rumah bagi sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2019. Beliau berkata sambutan berkenaan yang dijangka dirasmikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu dijadualkan berlangsung pada 25 hingga 29 Nov 2109 di Padang Angsana Mall Johor Bahru.


Banyak acara yang diadakan sempena Ekspo Tani Johor 2019 sepanjang 3 hari ini diadakan. Diantara beberapa antara aktiviti menarik adalah seperti Hari Bertemu Pelanggan yang melibatkan semua agensi dan Jabatan dibawah MoA dimana layanan diberikan bagi menjelaskan sektor pertanian negara. Dalam pada itu beberapa Seminar Pertanian mengenai insentif dari MoA dan penglibatan usahawan tempatan diadakan di premis di Pontian. Apa yang agal unik diadakan Pertandingan Beyblade, Pertandingan Nanas Manis, Pertandingan Layang-Layang, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Masakan dan juga Pertandingan Ukiran serta Gubahan Nanas. Disebelah pagi sentiasa diadakan aktiviti Senam Sihat serta ada jualan Bazar Pertanian yang dibuta dari 10.00 pagi sehingga 10.00 mlm. Dipintu masuk pula diadalah Pameran Mini Zoo yang sesak dikunjungi ramai terutama kanak-kanak dan murid-murid sekolah. Aktiviti yang menarik minat ramai juga termasuk Pameran Jabatan & Agensi Pertanian serta aktiviti iaitu Demostrasi Pertanian. Disebelah malam pula diadakan acara Persembahan Artis Jemputan, Cabutan Nombor Bertuah dan juga Pertandingan Karaoke. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
EKSPO TANI JOHOR...DIPONTIAN DIA...
3 HARI... RAMAILAH PENGUNJUNGNYA...
PELBAGAI PROGRAM... RAMAI SUKA...
MEMBERI INFO... JUALAN PUN ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 218, Hotel Aloha,
Pontian, Johor,
Malaysia.
(27 Julai 2019).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...