CENDAWAN BESAR AFRIKA atau pun dikenali dengan nama Berkeleys Polipore (Bondarzewia berkeleyi) yang memang ramai orang di Malaysia masih tidak mengenalinya akan ditulis kali ini. Pada penulis blog yang faham mengenai cendawan pun jarang mendengar nama cendawan ini yang baru-baru ini ada seorang petani di Kentan yang telah menjumpainya dikebun duriannya (Sila lihat foto diatas). Dalam laporan akhbar pada 3 Ogos 2019 (2 hari kemudian penulis blog menulis artikel ini) Encik dilaporkan Khairuddin Mad Lazim menemui cendawan atau orang kelantan memanggilnya kulat dikebun dan dilapor dalam media perdana. Artikel bertajuk ''Kulat besar Afrika ditemui dalam kebun durian'' oleh wartawan Torek Sulong sesuai dijadikan bahan rujukkan kali ini. Memang unik akan rupa bentuk kulat Polypore ditemui pekebun durian di Limbat, Kota Bharu, Kelantan dan dilaporkan oleh media. Berita yang dipetik dari Kota Bharu Kelantan ini nyatakan dimana seorang penduduk Kampung Limbat dan jugaramai orang kampoong di sini teruja menyaksikan kulat besar Barkely's Polypore di pinggir kebun durian bapanya hari ini. Ini kerana kebanyakan penduduk tempatan hany ajumpa Cendawan Busut atau Cendawan Sisir sahaja yang dikutip dan dimakan akan tetapi cendawan ini memang agak jarang ditemui di Malaysia. Artikel subuh ini dalam ''Anim Agro Technology'' saya menulis akan cendawan besar ini untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.
Cendawan Besar Afrika (Bondarzewia berkeleyi) ini biasanya dipanggil juga sebagai Berkeley's polypore diseluruh dunia. Ia juga dipanggil sebagai ''stump blossoms'' yang merupakan spesis cendawan polypore daripada keluarga Russulaceae. Ianya adalah cendawan bersifat parasit yang sering menyebabkan reput pangkal atau perdu pokok seperti pokok Oaks dan pokok berkayu keras lain seperti pokok durian di Malaysia. Cendawan ini boleh dijumpai di Afrika, Asia, Eropah dan juga Amerika Utara. Dari segi pengkelasan cendawan ini sebenarnya ia pertama kali dikenalpasti dan dijumpai oleh saintis bernama Elias Magnus Fries pada tahun 1851 bagaimana pun namanya ditukar pada tahun 1941 kepada nama Bondarzewia. Melihat dari bentuknya ia mempunyai bentuk kipas (fan shape) yang berapis-lapis susunannya. Ia akan keluar aripada pangkal pokok (pokok oaks atau pokok kayu keras lain) dengan saiz sehingga sebesar 25 cm garispusat. Bergantung kepada keadaan persekitaran lazimnya cendawan ini berwarnaputih, putih pucat, kelabu, krim, beige atau pun kuning.
Diteliti lanjut penulis blog membuat rujukkan dilamanweb dinyatakan dimana ia dilihat mempunyai lubang (pore) pada permukaan atas dengan berwarna putih. Pore ini berbentuk bulat dengan ukuran 7-9 dan 6-8 μm dengan ada tanda unik amiloid ditepinya (amyloid ridges). Apa yang menarik adalah ketebalan cendawan ini sekitar 3 cm isinya dengan ada rasa lembut yang lemak. Bagaimana pun rasa pahit apabila cendawan ini sudah ta atau matang. Daging cendawan ini boleh dipotong dengan menggunakan pisau tajam kerana ianya juga adalah lembut. Walau pun di Malaysia kita belum pernah mendengar akan resepi masakkan cendawan besar Afrika ini tetapi penulis blog fikir memang cendawan ini enak dimasak sup, masak tumis pedas atau dimasak ungkep menggantikan daging. Ramai pula suka jika cendawan ini dimasak seperti Tofu. Rujukan mendapati cendawan jenis ini seing dijumpai di China khususnya di kawasan Guangdong dan Hunan. Dinyatakan lazimnya ia akan keluar pada bulan Julai sehingga Oktober setiap tahun begitu juga yang dilaporkan di USA. Memang di USA telah dikenalpasti ia akan keluar daripada pangkal pokok Oaks atau pokok lebih spesifik Oak Putih (Quercus alba) atau pokok Scarlet Oaks (Quercus coccinea) atau pun Pokok Oak Merah Selatan (Quercus falcata) atau pada Pokok Oak Chestnut (Quercus prinus) dan Oak Hitam (Quercus velutina) serta Pokok Cherry Burung (Prunus pensylvanica). Penemuan terkini Cendawan Besar Afrika di Kelantan ini mencipta sejarah sendiri walau pun mungkin ia ada tumbuh dikawasan lain di Malaysia tetapi tidak diambil kisah oleh semua atau tidak dilaporkan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
CENDAWAN BESAR...APA BENDA...
KULAT BERKELEYS...NAMA DIA..
DI MALAYSIA... SUDAH DIJUMPA..
BACA ARTIKEL.. BARU TAHUNYA..
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Persekutuan Putrajaya,
Malaysia.
(9 Zulhijjah 1440H).
Published from,
Room 208, Tong Villion Hotel,
Bandar Muadzam Shah, Rompin,
Pahang.
Cendawan atau Kulat ini yang lazimnya ditemui di negara Afrika dan Amerika Utara itu dikenali dengan nama saintifiknya Bondarzewia spp. tidak pernah ditemui di negara ini sebelum ini. Bagaimana pun tuah kepada Encik Khairudin Mat Lazim berumur 38 tahun dan bersama rakannya menemui kulat itu ketika membersih kebun durian seluas lebih 0.46 hektar dikawasan kampungnya (Sila lihat foto disebelah). Menurut kenyataan beliau dimana ada beberapa orang tua di kampung itu telah dibawa masuk ke kebunnya namun tiada yang mengenali kulat besar yang terserlah seperti ranggi bunga yang cantik susunannya. Apa yang menakjubkan beliau dan rakannya dimana ia ditemui dalam rimbunan semak pokok yang dibersihkan di pinggir kebun yang berdekatan dengan paya. Beliau cuba mencari maklumat dalam carian internet mendapati ianya seperti Barkely's polypore namun masih sangsi untuk mengesahkan kesahihannya. Gambar dirakam sekadar untuk kenangan. Seterusnya dia berkata dimana maklumat berdasarkan kepada pembacaannya kulat yang memiliki susunan kepingan keras ini mudah tersebar luas dan tumbuh di pangkal pokok berbatang keras yang juga digolongkan sebagai pokok parasit. Menurutnya spesis kulat ini banyak ditemui di Afrika dalam pelbagai serlahan dan saiz yang lebih besar. Walau pun pada awalnya saya ingatkan ianya adalah spesis Reflesia namun apabila di teliti tektur kuntumannya ia lebih mirip kepada kulat yang bersaiz besar dan tidak pernah ditemui sepanjang hidupnya.
Diteliti lanjut penulis blog membuat rujukkan dilamanweb dinyatakan dimana ia dilihat mempunyai lubang (pore) pada permukaan atas dengan berwarna putih. Pore ini berbentuk bulat dengan ukuran 7-9 dan 6-8 μm dengan ada tanda unik amiloid ditepinya (amyloid ridges). Apa yang menarik adalah ketebalan cendawan ini sekitar 3 cm isinya dengan ada rasa lembut yang lemak. Bagaimana pun rasa pahit apabila cendawan ini sudah ta atau matang. Daging cendawan ini boleh dipotong dengan menggunakan pisau tajam kerana ianya juga adalah lembut. Walau pun di Malaysia kita belum pernah mendengar akan resepi masakkan cendawan besar Afrika ini tetapi penulis blog fikir memang cendawan ini enak dimasak sup, masak tumis pedas atau dimasak ungkep menggantikan daging. Ramai pula suka jika cendawan ini dimasak seperti Tofu. Rujukan mendapati cendawan jenis ini seing dijumpai di China khususnya di kawasan Guangdong dan Hunan. Dinyatakan lazimnya ia akan keluar pada bulan Julai sehingga Oktober setiap tahun begitu juga yang dilaporkan di USA. Memang di USA telah dikenalpasti ia akan keluar daripada pangkal pokok Oaks atau pokok lebih spesifik Oak Putih (Quercus alba) atau pokok Scarlet Oaks (Quercus coccinea) atau pun Pokok Oak Merah Selatan (Quercus falcata) atau pada Pokok Oak Chestnut (Quercus prinus) dan Oak Hitam (Quercus velutina) serta Pokok Cherry Burung (Prunus pensylvanica). Penemuan terkini Cendawan Besar Afrika di Kelantan ini mencipta sejarah sendiri walau pun mungkin ia ada tumbuh dikawasan lain di Malaysia tetapi tidak diambil kisah oleh semua atau tidak dilaporkan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
CENDAWAN BESAR...APA BENDA...
KULAT BERKELEYS...NAMA DIA..
DI MALAYSIA... SUDAH DIJUMPA..
BACA ARTIKEL.. BARU TAHUNYA..
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Persekutuan Putrajaya,
Malaysia.
(9 Zulhijjah 1440H).
Published from,
Room 208, Tong Villion Hotel,
Bandar Muadzam Shah, Rompin,
Pahang.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.