POKOK MESTA (Garcinia mangostana) merupakan sejenis tumbuhan sama seperti pokok manggis walau pun buahnya agal berbeza dari pelbagai aspek pencirian. Bagaimana pun kejadian pokok mesta mati mengejut menarik perhatian penulis blog untuk saya kupas kali ini (Sila lihat foto diatas). Masih belum banyak penyelidikkan mengenai tanaman mesta yang dulu dianggap sebagai salah satu buah nadir di Malaysia akan tetapi ia kini telah dikomersilkan terutama di beberapa daerah di Pahang seperti Daerah Temerloh, Maran dan Jerantut. Ramai juga dikalangan orang awam masih lagi tidak kenal atau ada yang tidak pernah mendengar buah mesta. Rata-rata mereka akan kata mesta adalah sama dengan manggis. Buah Mesta adalah hampir sama dengan manggis cuma berbeza dari bebarapa ciri buahnya dan rasanya seperti tulisan saya sebelum ini (Sila klik disini). Buah mesta (dengan no daftar varieti di Jabatan Pertanian adalah - GA2) apa yang penulis blog teliti memang ianya mempunyai bentuk, warna dan isi seperti buah manggis dimana ia banyak diperolehi dan didakwa berasal daripada Pahang (Terutama Daerah Temerloh). Lazimnya buah ini mempunyai pokok yaang lebih kecil dan rendah dengan ia juga mempunyai bentuk buah mesta sebagai 'ovate'. Ia juga didapati mempunyai isi yang manis dan kurang berjus serta kurang getah berbanding buah manggis. Uniknya buah mesta kurang biji atau tiada biji langsung. Jika diteliti ia mempunyai susunan ulas yang hampir sekata (biasanya 6 ulas) dengan tekstur isi halus dan agak kering (kurang berjus). Bagaimana pula buah manggis?. Buah Manggis ada yang memanggilnya sebagai 'Manggis Kampung' dengan lazimnya mempunyai pokok yang lebih tinggi dan besar berbanding pokok mesta. Dahannya lebih kukuh berbanding dengan dahan pokok mesta. Buah mangggis berbentuk bulat atau bulat leper dimana ia ada banyak getah dan ini telah dikenalpasti yang menyebabkan risiko Gamosis (Sila klik disini). Buah manggis lazimnya mempunyai isi yang manis dan berjus. Bentuk buah manggis adalah Bulat dengan buahnya adalah bergetah. Penulis blog dapati terdapat isi 5-6 ulas dan mempunyai biji. Ia mempunyai susunan ulas tidak sekata (1-2 ulas saiz besar) dengan tekstur halus dan berjus. Artikel kali ini dalam blog popular "Anim Agro Technology" bagaimana pun saya sedia paparkan kejadian pokok mesta mati mengejut walau pun sebelumnya tumbuh subur untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.
Penulis blog berkunjung kekebun mesta En Shuib yang berumur 17 tahun di Kg Pasir, Maran, Pahang pada musim buah tahun 2019 ini. Petani gigih ini mengadu untuk penulis blog datang kekebunnya dan agar melihat sendiri akan sepokok mesta yang tiba-tiba kering semasa buah sedang mula dituai kira-kira 2 minggu berlalu (Sila lihat foto disebelah). Dakwanya dua minggu sebelum ini semacam ada tanda-tanda serangan oleh ulat pengorek batang akan tetapi apabila diperiksa secara terperinci serangan ulat tersebut hanya minor sahaja tidak menyebabkan kematian mengejut seperti ini dalam masa yang singkat sahaja. Daripada tanda serangan atau pun simptom dikhuatiri Penyakit Cendawan Angin yang disebabkan oleh kulat Corticum salmonicolor berkemungkinan merupakan jenis penyakit yang menyerang pokok tersebut. Serangan cendawan angin ini adalah pada bahagian dahan dan batang pokok. Bahagian dahan dan batang yang diserang akan berwarna kemerahan samar dan seakan diselaputi bebenang. Daun pokok mesta atau pun manggis yang diserang akan menjadi layu dan gugur dan akhirnya pokok akan mati. Kulat ini sering menyerang pokok yang rimbun, rapat dan kurang sistem pengudaraan seperti mana yang terdapat dikebun ini. Pada peringkat awal sebelum pokok diserang pada tahap serius kaedah kawalan boleh dilakukan dengan membuat cantasan bagi tujuan meningkatkan sistem pengudaraan. Penulis blog lihat keadaan pokok dikebun ini amat rapat dan kekurangan pengudaraan pada keseluruhannya. Kebun ini juga terletak dicelah-celah dusun durian, tanaman getah dan kelapa sawit yang mengurangkan kadar tiupan angin. Seterusnya adalah langkah lain iaitu petani boleh menyembur dengan sebarang racun kulat yang berasaskan Kuprum sebagai kawalan
Amalan agronomi tanaman manggis dan mesta perlukan sistem pengudaraan dan percabangan yang baik. Penelitian dari kebun ini didapati jarak tanaman agak kurang sesuai apabila dahan antara barisan tanaman bercantum dan menyebabkan yang kurang baik. Pokok yang ketinggiannya mencecah 5-7 meter ini agak padat dibahagian tengah tetapi agak baik dibahagian tepi kebun (Sila lihat foto disebelah). Faktur kekurangan pekerja dikebun dan kesuburan pokok yang berlebihan juga boleh menyebabkan daun lebat dan menghalang pergerakan udara. Usahawan dikebun ini disyorkan untuk membuat lebih banyak cantasan terutama dikawasan yang berdekatan dengan pokok mesta yang mati tersebut. Patogen yang akan menyerang tanaman manggis dan mesta lazimnya boleh dibahagikan kepada serangan pada Daun, Batang, Buah dan juga Penyakit bawaan tanah (Soil-Borne disease). Patogen yang dikenali dengan nama Pestalotiopsis flagisettula (hanya dijumpai di Thailand) lazimnya menyerang daun dengan teruk. Patogen ini juga akan menyerang buah dan seterusnya boleh sebabkan kualiti buah rosak. Selain itu masaalah Kanker Batang juga menyebabkan bahagaian batang, dahan dan sebagainya mendapat gumosis dan kesannya pokok juga boleh mati. Penyakit lain yang mengancam pokok mesta seperti White Thread Blight yang disebabkan oleh kulat iaitu Marasmiellus scandens yang ada benang putih merosakkan daun, dahan dan batang pokok. Keujudan serangga, tiupan angin dan juga kelembapan menyebabkan spora akan membiak dan merosakkan tanaman.
Antara penyakit lain yang berkemungkinan menyerang manggis dan mesta (dilaporkan ada di Thailand) adalah Busuk Buah Diplodia disebabkan oleh patogen iaitu Diplodia theobromae yang masuk melalui luka atau kecederaan. Dalam pada itu serangan oleh Phellinus noxius pada bahagian pangkal batang pokok boleh menyebabkan Penyakit Akar Coklat dimana terdapat miselium dengan permukaan tanah. Ia berkait dengan terdapatnya kulat yang melekat pada batang kayu reput disekitarnya. Pemerhatian penulis blog pada dahan mendapati masih terdapat putik dan buah yang kering dan melekat pada pokok bermakna kejadian pokok mati ini memang baru berlaku dan cepat (Sila lihat foto disebelah). Pemilik kebun juga berbincang bagaimana untuk mengawal masaalah ini. Pertama disyorkan agar membina parit disekeliling pokok mesta tersebut untuk elakkan perebakkan patogen. Kedua penggunaan bahan kimia berasaskan kuprum digunakan mengikut label untuk disembur pada pokok disekelilingnya yang masih belum diserang selepas habis musim memetik hasil. Ketiga dengan mengambil sampel tanah dan bahagian pokok untuk dihantar kemakmal Jabatan Pertanian bagi mengenalpasti segala patogen yang terdapat. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology semua. Wasallam!!!...
PELBAGAI SEBAB...PERLU DIJAGA...
DAPAT PUNCA... DI KAWAL SEGERA...
By,
Dato' Mohd Anim,
Senior Agronomist,
Room 2111, Hotel Zenith,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(21 Zulkaedah 1440H).
Selepas melawat kebun En Shuib di Maran, Pahang.

POKOK MENEGAK... POKOK MESTA....
TIBA-TIBA IA KERING... ITU KENAPA...PELBAGAI SEBAB...PERLU DIJAGA...
DAPAT PUNCA... DI KAWAL SEGERA...
By,
Dato' Mohd Anim,
Senior Agronomist,
Room 2111, Hotel Zenith,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(21 Zulkaedah 1440H).
Selepas melawat kebun En Shuib di Maran, Pahang.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.