KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, March 11, 2018

NILAI EKONOMI TANAMAN PENTING

NILAI EKONOMI TANAMAN kini menjadi faktor penting dari aspek anggaran pengeluaran dan pendapatan kepada banyak pihak sama ada pegawai, petani dan usahawan yang ingin mengetahuinya. Penulis blog telah membuat beberapa tulisan mengenai perkara ini bagi beberapa jenis tanaman makanan terpilih seperti tanaman Jagung Manis (Sila klik disini), Cili (Sila klik disini), Terung Panjang (Sila klik disini) dan banyak lagi. Bagaimana pun data tersebut yang dibuat pada tahun 2010 dan beberapa perubahan harga akan terus berlaku dan perkiraan kena diubahsuaikan dengan harga semasa. Apabila beberapa bidangusaha pertanian telah diberikan penumpuan sebagai Sumber Kekayaan Baru (SKB) dalam Bajet 2018 Negara, ramai yang mencari maklumat mengenai anggaran kos pengeluaran dan pendapatan untuk beberapa komoditi penting bagi dijadikan panduan dalam usaha meraka untuk membuat pelaburan. Saiz pelaburan sektor ini sama ada dalam skala kecil, sederhana atau skala besar memerlukan maklumat mudah dan senang difahami pada peringkat awalan sebelum membuat Rancangan Perniagaan (Business Plan) yang lengkap. Penulis Blog yang juga ada kepakaran didalam menyediakan info seperti ini dan banyak kali memberi ceramah serta maklumat kepada ramai orang terpanggil berkongsi maklumat. Antara bidang usaha yang dimasukkan dalam SKB ini seperti Pengeluaran Tenusu dan Ruminan, Industri Jagung Bijian, Industri Durian, Industri Kelapa, Industri Nanas dan juga Industri Kulinari. Kesemuanya ini diluluskan peruntukkan sebanyak RM67.88 juta pada tahun 2018 untuk dimajukan. Mereka yang ingin membesarkan aktiviti mereka dalam SKB atau kepada usahawan yang ingin memulakan projek SKB ini boleh menghubungi pihak tertentu bagi tujuan ini. Apa pun seperti mana yang penulis blog nyatakan kali ini akan cuba untuk mempaparkan beberapa nilai ekonomi untuk tanaman terpilih bagi membekalkan info asas kepada semua pembaca. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai maklumat nilai ekonomi bagi tanaman Getah, Kelapa Sawit, Padi, Kelapa dan Nanas untuk digunakan anda semua.

(1) GETAH

Nama Botani  : Hevea brazilliensis
Keluarga getah : Euphobiaceae       
Klon disyorkan: RRIM 600 dll.
Mula Menoreh : 5-7 tahun
Kepadatan Tanaman:  444-542 pk/ha
Hasil Getah :1,600 kg / ha/ Tahun
Harga Getah (Purata) : RM 2.50/kg
Anggaran Pendapatan: 
RM4,000 / Ha/ Tahun
DiMalaysia : 10,580 pekebun kecil, 168 estet
Nilai eksport getah : RM2.828 billion/tahun


(2) KELAPA SAWIT

Nama botani : Elaeis guineensis
Keluarga Sawit : Arecaceae
Nilai Eksport Sawit : RM36.1 billion/tahun
Kepadatan Tanaman: 148 pokok / ha
Hasil Sawit Matang : 25 mt /ha / tahun
Harga Sawit (Purata) : RM700 /metrik tan
Pendapatan Kasar   : 
RM 17,500/  ha / tahun
Terlibat Sawit : 650,000 pekebun kecil dan 1,264 estate


(3) PADI

Nama Botani  : Oryza sativa
Keluarga Padi : Poaceae
Nama Varieti : MR219, MR220CL  Kekerapan  : 2 kali setahun
Keluasan Parsel Padi 2016: 286,579 ha
Bertanam Padi 2016 : 688,770 ha Hasil Pengeluaran Padi 2016: 2.740 juta kg
Pengeluaran Beras 2016: 1,766,000 kg 
Jumlah Import Beras 2016: 748,000 kg
Hasil Padi 2016  : 3,978 kg / ha
Harga Padi 2016: RM1,126 /metrik tan
Pendapatan Kasar : RM 7,500/ha semusim 
atau RM15,000 / ha/ tahun



(4) DURIAN (MUSANG KING)

Nama Botani  : Durio Zibethinus
Keluarga Durian : Malvaceae
Kod Daftar varieti : D197
Nama Varieti : Durian Raja Kunyit atau 
Durian Musang King
Kepadatan Tanaman : 69 pokok/ hektar
Hasil Tanaman Durian: 75 biji/ pokok/ setahun
Purata Berat Buah : 1.3 kg sebiji
Harga ladang buah : RM25.00/kg (Runcit lebih tinggi)
Pendapatan Kasar : RM 155,250/ha/tahun




(5) NANAS
Nama botani : Ananas comosus
Keluarga nanas : Bromaliaceae
Nama Varieti : MD2, Josapine, N36, Moris dll.
Kepadatan Tanaman : 49,500 pokok/ ha

5.1  Nanas MD2

Jangkamasa Tuaian : 15-16 bulan
Kepadatan Tanaman: 49,590 pokok
Hasil Nanas : 44,460 biji atau 71,136 kg
Harga Nanas MD2 : RM3.50/kg
Pendapatan Buah  : RM 127,378 / musim 
Pengeluaran Sulur : 49,400 sulur/ha
Harga Sulur MD2   : RM1.00 / sulur
Pendapatan Sulur  : RM 49,400 
Jumlah Pendapatan : RM 176,778 / musim



5.2 Nanas Josapine

Jangkamasa Tuaian : 13 bulan
Kepadatan Tanaman: 35,830 pokok
Hasil Nanas : 32,247 biji atau 32,247 kg
Harga Nanas MD2 : RM1.00/kg
Pendapatan Buah  : RM 47,379 / musim 
Pengeluaran Sulur : 35,247 sulur/ha
Harga Sulur MD2   : RM0.25 / sulur
Pendapatan Sulur  : RM 8,958 
Jumlah Pendapatan : RM 56,337 / musim


5.3  Nanas N36

Jangkamasa Tuaian : 15 bulan
Kepadatan Tanaman: 43,000 pokok
Hasil Nanas : 38,700 biji atau 46,440 kg
Harga Nanas MD2 : RM1.05/kg
Pendapatan Buah  : RM 47,515 / musim 
Pengeluaran Sulur : 43,000 sulur/ha
Harga Sulur MD2   : RM0.25 / sulur
Pendapatan Sulur  : RM 10,750 
Jumlah Pendapatan : RM 58,265 / musim


Semuga maklumat diatas dalam anim agro technology ini mampu memberi info berguna kepada semua. Semua angka diatas dirujuk kepada beberapa dokumen rasmi dari Jabatan Pertanian, Laporan Agro Makanan MoA 2016, LPNM dan artikel dari blog saya serta pengalaman penulis sendiri. Wasallam!!!..

SUMBER KEKAYAAN BARU... APA DIA..
KOMODITI TERPILIH... PERLU DIUSAHA...
MAKLUMAT ASAS... PENGUSAHA SEDIA...
MENJANA EKONOMI... DALAM NEGARA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 430, Hotel Dorsett,
Precint 3, Putrajaya,
WP, MALAYSIA.
(7 Mac 2018).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...