KLIK SAYA SOKONG BLOG

Saturday, March 10, 2018

BURUNG BUT-BUT : KEHEBATANNYA

BURUNG BUT-BUT (Centropus sinensis) merupakan sejenis burung yang didapati dinegara kita Melaysia dengan nama yang unik bunyinya. Perkataan 'But-but' yang diberikan kepada burung ini penulis blog percaya berasaskan kepada bunyinya yang mungkin sama dengan gelarannya. Dinegara kita burung ini banyak gelaran dan jenisnya seperti spesis yang selalu didadati iaitu Burung But-but Carik Anak. Jenis lain seperti But But Kecil, But-But Besar dan sebagainya.  Burung But-but Carik Anak adalah seperti kumpulan burung  dari keluarga Cuculiformes. Burung But-but ini boleh dijumpai dibeberapa negara di Asia iaitu dari India, timur ke selatan China dan Asia Tenggara termasuk Malaysia. Disesetengah lokasi burung ini dianggap spesies yang lengkap. Jenis Burung But-but Carik Anak adalah agak besar iaitu seperti burung gagak dengan ekor panjang dan sayap perang tembaga. Habitat asalnya berada lat kepelbagaian habitat dari hutan ke ladang dan taman di bandar. Burung But-but biasanya terbang laju tetapi ada beberapa spesis yang selalu lemah terbang dan seringkali dilihat bertempiaran di celah semak atau berjalan di atas tanah ketika menyelongkar mencari serangga, telor dan sarang burung lain. Burung But-but Carik Anak memiliki panggilan berdengung dalam yang dikaitkan dengan "petanda" dikebanyakan tempat dalam habitatnya. Bagi spesis burung But-but Carik Anak ianya merupakan sejensi haiwan yang tergolong kelas burung (Bird) iaitu mempunyai kepak dan dua kaki. Burung But-but telah menjadi cerita dikalangan masyarakat kampong saya dimana sejak kecil dikatakan minyak dari burung ini amat berkhasiat untuk merawat tulang patah atau tercedera. Semasa dikampong dulu burung ini penulis lihat terbang dan bila ditangkap akan dijadikan minyak but-but.  Artikel malam ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai burung but-but ini dari segi guna dan kelebihannya.

Kini kedengaran cerita jauh di Kalimantan di Borneo sana telah beredar kisah unik tentang Burung Bubut ini. Para pembuat minyak bubut tradisional dimana mereka biasanya mencari burung bubut ini jauh hingga ke hutan. Secara turun temurun mereka melakukannya setiap hari Jumaat. Bukan burungnya yang mereka cari melainkan hanya sarang burungnya saja. Sebenarnya untuk apa memburu benda ini?. Mereka mencari sarang burung butbut bukan untuk mengambil sarangnya tetapi akan mencari anak burung bubut (Sila anda lihat foto disebelah). Jika mereka jumpa sarang burung butbut maka seterusnya mereka akan mencari dan pati didalamnya akan ada anak burung butbut dengan cukup mudah. Ini adalah disebabkan anak-anak burung ini biasa ditinggalkan oleh ibunya untuk mencari makan. Coba teka apakah yang akan dilakukan terhadap anak burung bubut tersebut?. Para pemburu akan mematahkan kaki anak burung butbut itu dan mereka kemudian akan meningggalkan sarang tersebut untuk jangkamasa seminggu lamanya. Kemudian selepas seminggu makan pemburu tadi akan kembali ke sarang tersebut untuk memeriksa anak burung tersebut. Pada masa itu mereka akan mendaoati dimana kaki anak burung butbut yang dipatahkan seminggu lepas sudah sembuh seperti sediakala. Para pemburu telah tahu dimana induk burung butbutlah yang telah merawat kaki anak burung hingga sembuh. Seterusnya bagi memastikan perkara tersebut maka para pemburu itu akan mematahkan lagi kaki anak burung tersebut lagi dan kembali memeriksanya pada minggu yang berikutnya (pada hari Jumat). Perkara ini akan diulang-ulang sebanyak 3 kali (3 jumaat) untuk mendapatkan kepastian 100%.

Perkara selanjutnya yang dilakukan oleh pemburu burung tadi adalah mereka akan mengambil anak burung bubut tersebut kemudian mereka sembelih dan ia seterusnya dibersihkan dan digoreng. Minyak dari hasil penggorengan tersebutlah yang diambil dan dipercayai ianya boleh menyembuhkan dan merawat masaalah patah tulang. Cara pemprosesan ialah dengan menggoreng anak burung butbut tersebut dengan disediakan dengan campuran minyak dan air untuk tujuan mendapatkan minyaknya (Sila lihat foto disebelah). Perkara ini adalah sama dengan proses memproses minyak kelapa secara tradisional dimana ketika pati santan kelapa kering maka keluarlah minyaknya. Itu merupakan kaedah tradisional untuk memproses atau membuat minyak burung bubut secara lama selama ini. Sehingga kini penulis blog cuba untuk juga mencari maklumat lanjut kajian klinikal dan akademik tentang perkara kehebatan mintak burung butbut ini. Apakah tahap kebenaran khasiat minyak butbut untuk menyembuhkan patah tulang memang benar tetapi pastinya banyak dakwaan dan testimoni yang sudah tidak diragukan lagi kebenarannya. Mungkin kisah penceritaan dipaparkan diatas pada penulis blog telah memberikan rangsangan mental yang kuat kepada pesakit dimana otak positifnya akan memikirkan kalau 3 kali kaki anak burung ini yang dipatahkan boleh sembuh kenapa tidak anggotanya yang patah untuk sembuh. Pemikiran seperti ini yang sebenarnya merawat selain daripada proses urutan pada lokasi yang patah.

Minyak Burung Butbut kini telah dikomersilkan di Malaysia dan Indonesia oleh penjual ubat tradisional. Ia mempunyai pelbagai jenama dengan harga yang berbeza mengikut saiz, jenama dan kuantitinya (Sila anda lihat foto disebelah). Ada minyak burung but-but yang dibotolkan dimana isinya berwarna kuning cerah, coklat, hitam dan sebagainya bergantung kepada kaedah pembuatan dan bahan campuran digunakan. Cara menggunakan juga mudah kerana ada ada yang menulisnya pada label dalam kertas sisipan. Ia mudah diguna, mudah disimpan serta tahan lama dengan cara simpanan yang betul. Kepada anda yang ingin membeli minyak butbut sebaiknya bertanya kepada mereka yang pernah membeli dan menggunakannya. Burung Butbut (Centropus sinensis) ini bentuk tubuhnya seakan burung dan badan helang. Ia selalunya mempunyai buluyang dillihat halus dengan warna dominan hitam dan sedikit jingga atau kuling kemerahan pada sekitar sayapnya. Habitatnya bersarang adalah semak  belukar tinggi biasanya dipinggir  paya atau kawasan yang ada air. Burung ini merupakan jenis burung pemakan ulat, belalang, kumbang, hemiptera, katak, mengkarong (kadal) dimana ia juga memiliki habitat di tepi hutan, belukar sekunder, semak tepi sungai, hutan mangrove. tersebar sampai ketinggian 1.200 m diatas permukaan laut. Bubut besar memiliki tubuh berukuran besar (46 cm) dengan bulu seluruhnya hitam biru-ungu mengkilap. Selalunya ia sering hinggap di atas tanah atau bergerak pada semak-semak dan pokok. Biasanya oa lebih suka berada pada semak dan juga pokok yang rapat. Sarangnya berbentuk bola dibina daripada bahan rumput atau daun yang disulam. Telurnya berwarna putih dengan tanda kuning dimana jumlah bertelur sekitar  3-4 biji selalunya membiak pada bulan Mac, April dan Mei. Seperti yang saya jelaskan diatas burung ini dinamakan but-but sebab setiap kali ia mengeluarkan bunyi kicauan dengan bunyi “But… But… But…”. Suaranya yang besar dan tidak merdu menyebabkan ia bukan burung pilihan untuk dijadikan burung untuk dipelihara. Sebenarnya burung butbut ini ada guna sendiri sejak dahulu sehingga kini. Walau pun kini telah banyak kaedah moden perawatan di klinik dan hospital tetapi penggunaan minyak burung bubut ini masih relevan. Kajian penulis dapati harga minyak burung bubut tradisional buatan Kalimantan sekutar RM15.00 sebotol (Rp45,000) seperti foto dibawah. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!!...
BURUNG BUT-BUT... IA MEMANG ADA...
DITANGKAP ORANG...MINYAK JADINYA...
PATAH TULANG... RAWATAN DI GUNA...
MENULIS ARTIKEL... BACAAN SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 764 dan Room 708,
Hotel Mariott, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.

(10 JamadilAkhir 1438H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...