KLIK SAYA SOKONG BLOG

Friday, March 16, 2018

BENIH KULTUR TISU KELAPA - TEKNOLOGI (Part 1)

BENIH KULTUR TISU KELAPA (Cocos nucifera) terus menjadi perbincangan pada saintis dan ahli pembiakbaka tanaman seluruh dunia. Tanaman kelapa kini merupakan tanaman penting dibeberapa negara sebagai sumber ekonomi negara tersebut. Pada masa kini keluasan tanaman kelapa dunia adalah sekitar 61.4 juta hektar dengan negara Indonesia menanam seluas 19.1 juta hektar diikuti oleh Filipina (14.7 juta hektar), India (11.1 juta ha), Brazil (2.9 juta ha) dan Sri Lanka (2.2 juta ha) dengan jumlah pengeluaran sebanyak 61 juta metrik tan (Sumber: FAO Statistic Report, 2014). Malaysia hanya mempunyai sekitar 97,500 hektar kawasan tanaman kelapa pada tahun 2014. Terdapat lebih daripada 90 negara yang menanam kelapa diseluruh dunia dimana kebanyakannya adalah di kawasan Asia. Tanaman kelapa kebanyakannya adalah dikawasan tanah pamah terutama dikawasan pesisir pantai dan kawasan berpulau-pulau dimana ia merupakan tanaman yang paling sesuai untuk diusahakan. Kelapa merupakan pokok saka yang tumbuh menegak dengan jangkahayat mampu sehingga 50 tahun dan masih lagi mengeluarkan hasil. Ia mampu tumbuh sehingga 30 meter tinggi (98 kaki) dengan mempunyai daun dari pelepah berukuran 4-6 meter panjang dalam dikelaskan sebagai 'pinnate leaf'. Mempunyai dua kategori pookok kelapa iaitu JENIS TINGGI (Tall variety) dan JENIS RENEK (Dwarf variety). Kacukan antara keduanya dan bersilang akan menghasilkan KELAPA HIBRID. Kelapa lazimnya akan dibiakkan dengan biji benih yang terhasil daripada pokok induk yang matang. Secara marfologinya setiap mayang kelapa mempunyai kedua-dua bunga betina dan jantan yang akan melakukan proses pendebungaan sendiri atau ia lakukan pendebungaan bersilang dengan pokok lain. Agen pendebungaan adalah seperti angin, seragga (lebah madu, kelulut, lebah madu, kerengga, semut, tebuan dan lain2). Hasilnya adalah buah kelapa matang yang boleh dibuat pemilihan untuk dijadikan benih tanaman kelapa. Kini kajian dan penyelidikan terus dijalankan untuk mendapatkan benih kelapa dengan kaeda 'in-vitro propogation technique' atau mudahnya kita sebut sebagai kaedah Kultur Tisu Didik (Tissue Culture). Penulis blog sering ditanya petani dan rakan-rakan kenapa tidak boleh mendapatkan benih kelapa hibrid MATAG jika ia boleh dikeluarkan dengan kaedah kultur tisu?. Memang sukar memberi kefahaman mengenai perkara ini. Oleh itu artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai perkara ini untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.


Dalam satu artikel bertajuk "Tissue culture: Towards better coconut plantations" yang disediakan oleh Dr Darsani Bandupriya dari Sri Lanka Tissue Culture Division Coconut Research Institute menyatakan perlu ada kaedah pembiakan dengan kaedah kultur tisu untuk mendapatkan bahan tanaman berhasil tinggi, bebeas penyakit dan cepat berbuah. Kelapa adalah sejenis tumbuhan pelbagai guna dari famili Arecaceae mampu tumbuh dengan ketinggian mencapai 100 kaki. Ia ditanam secara komersil dikawasan perladangan atau pun dijadikan tanaman keliling rumah yang popular. Keluasan penanaman kelapa terus menurun dari semasa kesemasa saban tahun seperti di Malaysia, Sri Lanka, Indonesia dan juga Filipina. Keluasan dan juga tahap pengeluaran kelapa dunia terus menurun akibat aktiviti perbandaran, serangan penyakit, serangga perosak (Paling serius adalah Red Palm Weevil - RPW), kemarau, banjir dan juga pokok kelapa tua yang senile. Benih kelapa diperolehi daripada nurseri swasta atau jabatan kerajaan yang ada menjualnya (Sila lihat foto disebelah). Pada masa ini perlu ada varieti kelapa yang mampu menghasilkan buah kelapa tinggi untuk menampung pertambahan permintaan dari hasilan kelapa. Kaedah pembiakan benih kelapa dilakukan dengan kaedah pendebungaan terkawal (control pollination). Bagaimana untuk mendapatkan kultivar kelapa yang baik perlu dibuat penyelidikan kaedah pembiakan kelapa yang boleh dikomersilkan bagi mendapatkan anakbenih kelapa dan pokok kelapa yang secara genetiknya seragam dengan ciri-ciri superior. Ia hanya boleh dicapai dengan kaedah program pembiakan yang khusus. Bagaimana pun oleh kerana jangkamasa pertumbuhan kelapa amat lama dan terdapat perbezaan besar genetik (high genetic variabllity) dalam tanaman kelapa (heterozygosity) menyebabkan program pembiakan kelapa mengambil masa lama, mahal dan menjadi rumit. Bayangkan jika satu pokok kelapa boleh mengambil masa sehingga 50 tahun untuk satu pusingan tanaman ini bermakna untuk 3 pusingan biakbaka kelapa akan mereka mengambil masa selama 150 tahun.

Situasi menjadi lebih rumit apabila ada tanaman seperti kelapa kurang dibuat penyelidikan untuk dibiakkan dengan kaedah cara vegetatif (vegetative propogation method). Satu kaedah untuk menghasilkan baka kelapa yang berhasil tinggi, tahan serangan perosak dan cepat berhasil boleh mungkin memecahkan masaalah bahan tanaman yang kini merupakan sumber makanan penting untuk manusia. Penggunaan peralatan Bioteknologi untuk penambakaan biakaka melalui Kultur Tisu merupakan satu bidang yang perlu diusahakan berterusan. Teknik Kultur Tisu (In vitro culture) merupakan satu kaedah yang moden menggunakan tisu tanaman, organ dan sel terpilih dikultur dalam media khusus dalam bekas kaca pad persekitaran terkawal untuk membentuk anakbenih (callus) dan akhirnya boleh dijadikan benih tanaman. Kapasiti untuk sel tunggal tumbuhan (a single plant cell) menjadi banyak untuk tumbuh menjadi satu pokok (totipotency) merupakan fenomena unik dalam konsep pembiakan cara teknik ini. Teknik ini mungkin membolehkan saintis dapat membiakan tanaman dengan kadar cepat dan jumlah benih yang banyak serta seragam. Lazimnya cara pembiakan konvensional akan mengambil masa yang lama dengan genotaip yang dikehendakki. Dua kaedah pembiakan Teknik Kultir InVitro bagi kelapa untuk menambahbaik baka kelapa dikenali dengan Pembiakan Kelapa Secara Mikro (Micro Propogation Technique) dan Kultur Embryo Zygotic Matang (Mature zygotic embryo culture). Walau pun kaedah ini masih dalam pembangunan di beberapa institusi di beberapa negara tetapi belum ada lagi kejayaan yang hebat dalam industi pembenihan kelapa.

Kaedah pertama iaitu Pembiakan Kelapa Secara Mikro (Micro propagation of coconut) adalah situasi dimana proses pembentukan banyak sel daripada sel tunggal membentuk benih tanaman. Proses pemecahan sel kecil ini (rapid multiplication) berlaku pantas sehingga membentu beribu-ribu sel dan anak benih mampu dihasikan dengan jangkamasa lebih singkat. Beribu anak pokok tanaman mampu dihasilkan dimakmal dan dibesarkan didalam nurseri. Anak benih (daughter plants) ini adalah mempunyai ciri yang sama dengan pokok induk (bagi sesetengah tumbuhan) dan tidak kepada tumbuhan lain. Tumbuhan yang dibiakan dengan cara 'micropropogation' dinamakan sebagi 'Klon'. Dalam keadaan biasa Kelapa lazimnya dibiakan dengan BIJI BENIH (Seeds). Ia adalah kaedah pembiakan yang cepat, murah dan praktikal. Bagaimana pun akibat variabiliti genetik kelapa (Palma Heterozygous) akan berlaku variasi pada progeni yang dihasilkan. Ciri-ciri yang dikehendakki yang ada pada pokok induk mungkin 'hilang' pada progeni anaknya. Dalam erti kata lain memang TIDAK UJUD dua anak benih kelapa yang Serupa (alike). Bagaimana pun jika teknologi kultur tisu ini berjaya dijalankan ianya berkemungkinan juga akan mendapatkan benih yang menyamai dengan ciri-ciri pokok induk. Pokok yang dihasilkan lebih terpilih dengan ciri-ciri dikehendakki dari pokok induk yang baik untuk diperluaskan penanamnnya. Kajian berterusan membiakan kelapa kultur tisu (micropropogation technique) ini telah pun berpuluh-puluh tahun dilakukan dibeberapa buah pusat penyelidikan antarabangsa. Kaedah ini melalui proses dinamakan sebagai "SOMATIC EMBRYOGENESIS" dengan melalui beberapa prosedur khusus. Bagaimana pun proses terkini dilaporkan teknologi ini masih belum mencapai tahap kejayaan yang boleh dibanggakan.

Artikel ini bersambung dalam siri Part 2, Part 3 dan Part 4. Semuga semua pembaca blog anim agro technology mendapat info berguna daripada rencana ini. Wasallam!!!.
MEMBUAT KAJIAN... IA BENIH KELAPA... 
BENIH BIJI KELAPA...ITU CARA BIASA...
CARA KULTUR TISU... BOLEHKAH DIA?...
MEMBACA JURNAL... DIRUJUK SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Bandar Melaka Bersejarah,
Melaka, Malaysia.
(27 JamadilAkhir 1439H)
Bersamaan 15 Mac 2018.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...