KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, March 13, 2018

NANAS BAWAH GETAH

TANAMAN NANAS BAWAH GETAH merupakan satu intergrasi tanaman yang sesuai dijalankan di negara kita. Tanaman Nanas (Ananas comosus) dari keluarga Bromeliaceae yang dikelaskan sebagai buah tropika perlukan kawasan tanah subur, cukup cahaya matahari dan pengalaman agronomi baik untuk hasil berkualiti. Kini dilaporkan seluas 13,460 hektar nanas ditanam secara monokrop dimana hanya sebahagian kecil sahaja ditanam secara intergrasi dengan tanaman lain pada tahun 2016. Beberapa negeri yang kurang tanah pertanian menggunakan kawasan tanaman semula getah dan kelapa sawit sebagai kawasan untuk penanaman nanas secara intergrasi ini. Bergantung kepada varieti nanas ditanam, potensi tanaman nanas dibawah pokok getah mampu dijalankan sekitar 3-4 musim sahaja secara komersil. Tanaman Getah (Hevea brazilliensis) pula merupakan tanaman industri yang unggul di Malaysia sejak sebelum merdeka lagi dan pernah menjadi tulang belakang kepada ekonomi Malaysia dizaman kita baru merdeka. Penanaman getah dilakukan oleh sektor pekebun kecil dan estet swasta. Bergantung kepada varieti atau klon pokok getah yang ditanam lazmnya ia mengambil masa slama 5-7 tahun untuk ditoreh apabila pokok sudah mula matang. Dalam masa pokok getah yang ditanam dengan jarak tanaman bagi tanah pamah iaitu 6.10 m x 3.05 m (538 pokok/ha), 5.25 m x 3.75 m (508 pk/ha), 5m x 4 m (500 pk/ha). Sementara itu bagi kawasan tanah berbukit jarak tanaman adalah 8.75m x 2.25 m(508 pk/ha), 7.25 m x 52.75 m (501 pk/ha) dan jarak 8.0 m x 2.5 m (500 pk/ha). Dilihat dari segi jarak tanaman memang ada program khas oleh pihak berkuasa RISDA untuk aktiviti penanaman intergrasi terutama tanaman makanan dijalankan. Difahamkan pihak RISDA ada memberikan bantuan kewangan untuk projek intergrasi seperti tanaman sayuran, kontan (jagung, keledek, keladi, ubi kayu dan lain2) serta ternakan seperti kambing, ayam dan sebagainya. Penamanan nanas sebagai tanaman selingan ini dilaporkan memberikan pendapatan baik kepada pekebun getah. Penanaman nanas dikawasan kebun getah amat popular di negera jiran Thailand sebagai satu negara yang dikenali dengan jolokkan 'Kitchen of the world'  darii sumber laporan. Artikel malam Jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology'' mengenai aktiviti penting iaitu penanaman teknologi penanaman nanas dikawasan pokok getah untuk dijadikan bahan rujukkan.


Penanaman nanas dikawasan kebun getah memang sangat sesuai digalakkan dimana ianya memberikan pendapatan awal dari penghasilan buah nanas selepas 12 bulan hingga 16 bulan bergantung kepada varieti dan amalan agronomi. Nanas varieti Moris (AC1), Nanas Josapine (AC5), Nanas Yankee (AC6), Nanas N36 (AC8) dan Nanas MD2 (AC9) antara varieti nanas yang sesuai ditanam sebagai tanaman selingan. Tinjauan penulis di Kg Jenjarum, Banting, Selangor mendapati Wak Roslam menanam Nanas Yankee dikawasan kebun getah da kebun kelapa sawit semenjak lebih 10 tahun dulu. Anda boleh membaca artikel mngenai nanas Yankee yang diusahakan oleh Wak Roslan dengan pautan disini (Sila klik disini). Lazimnya Wak Roslan akan menanam nanas ini dengan jarak penanaman dilakukan 2 kaki x 3 kaki dengan kepadatan sekitar 7,000 - 8,000 pokok seekar (17,000 -19,000 pokok sehektar) kerana ada pokok sawit dan pisang (Sila lihat foto disebelah). Kaedah sama juga Wak Roslan gunakan sama dengan penanaman nanas dikawasan tanaman getah. Beliau menanam nanas dilorong kelapa sawit serta getah dan menjaga pokok kelapa sawit milik tuan tanah tersebut. Pokok nanas yang matang lazimnya dihormon dengan cara beliau menggunakan Bahan Karbide. Penggunaan hormon jenis Ethephon dan Pil ANAA tidak berkesan kepada nanas varieti ini. Program atau jadual menghormon diselaraskan dengan jadual penuaian dan dipsarkan dengan harga RM2.50 - RM3.50 sekilogram. Nanas Yankee merupakan satu varieti nanas yang amat popular di Selangor yang juga dikenali dengan nama ''Selangor Sweet''.

Dalam akhbar temptan Utusan Malaysia pada 18 Januari 2015 satu kerjsama diadakan diantara LPNM dengan RISDA untuk membangunkan tanaman nanas MD2 sebagai satu projek NBOS. Berita yang di petik dari Johor Bhru ini dikenali dengan nama ''Projek Integrasi Tanaman Nanas jenis MD2'' yang juga merupakan inisiatif baharu oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil dan Perusahaan Getah (RISDA) bermula tahun 2015 untuk membantu para peneroka memperoleh pendapatan tambahan. Nanas itu akan ditanam secara integrasi dengan pokok getah dan kelapa sawit dengan keutamaan diberikan kepada pekebun kecil terutama mereka yang memulakan penanaman baharu. Sementara menunggu pokok getah itu baharu matang dimaklumkan pekebun kecil boleh mendapat hasil daripada tanaman nanas tersebut yang akan dapat mengeluarkan hasil dalam masa 15 bulan untuk nanas MD2 dan 12 bulan untuk varieti Moris. Projek tersebut merupakan kerjasama antara RISDA dengan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) sebagai rakan kerjasama sttategik yang memberi keuntungan kepada peebun getah. Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak terbabit dimenterai di Pejabat RISDA Nege­ri Johor di Bandar Baru UDA dengan disaksikan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah iaitu Datuk Seri Ismail.  Tanaman nanas varieti MD2 yang berasal dari Hawai itu mempunyai banyak keistimewaan antaranya tahan lasak dan tidak mudah rosak selain rasanya lebih manis daripada nanas biasa. Nanas MD2 juga mengandungi empat kali ganda vitamin C berbanding nanas biasa. Harga pasaran mencecah RM3.50 sekilogram dan pekebun kecil boleh memperoleh pendapatan purata sebanyak RM6,000 sehektar untuk sekali tuaian. Sehingga artikel ini ditulis dilaporkan seluas 542 hektar tanaman nanas sebagai tanaman selingan dikebun getah telah dilaksanakan dan memberikan nilai pengeluaran sebanyak 7.37 juta metrik tan bernilai RM11.055 juta.


Projek ini adalah dimana pihak LPNM akan membekalkan 10,000 sulur nanas untuk kadar keluasan minimum 1 hingga 6 hektar dengan nilai bantuan setiap peserta sebanyak RM1.50 bagi setiap anak pokok. Seterusya pihak RISDA pula berperanan menyediakan peserta atau pekebun getah di bawah skop Tanam Semula Getah atau Sawit Integrasi dengan kadar bantuan sebanyak RM9,320 setiap hektar bagi tanam semula dan RM7,000 sehektar bagi tanaman kelapa sawit atau bantuan lain yang berkaitan.  Pekebun kecil yang dipilih menyertai projek tersebut terdiri daripada mereka yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan. Peringkat permulaan seramai 50 peneroka dari Johor akan menyertai program itu melibatkan kawasan kira-kira 80 hektar sebelum diteruskan ke negeri lain. Projek integrasi nanas dengan tanaman sawit dan getah sudah dimulakan di negeri ini pada April 2016 menerusi RISDA Johor dan LPNM dengan melibatkan seramai 25 peserta.  Keseluruhan kawasan tanaman integrasi adalah seluas 39 hektar membabitkan 12 peserta dari Pontian; tujuh (Mer­sing); empat (Batu Pahat) dan dua (Muar). RISDA kini bertanggungjawab menguruskan peserta manakala LPNM menguruskan dana dan input dengan kadar bantuan RM1,500 untuk satu ekar (0.4 hektar). Peserta yang menerima projek dibekalkan semua jenis benih antaranya Josapine, Moris dan Gandul tetapi selepas MoU tersebut ditandatangani. Kemudian akan difokuskan kepada jenis MD2 kepada pekebun kecil terpilih.  


Penanaman nanas kini dijadikan sebagai komoditi yang dikategorikan sebagai satu dari Tanaman Sumber Kekayaan Baru (SKB). Komoditi lain yang diumumkan Perdana Menteri dalam Bajet 2018 dalah Durian, Jagung Bijian, Tenusu dan juga Kulinari. Penanaman nanas selaindikawasan tradisi yang sedia ada menjadikan nanas sebagai tananaman utama kini telah berkembang dikawasan tanah mineral seperti diseling dengan tanaman getah. Buah nanas daripada kawasan tanah mineral memerlukan amalan agronomi sedikit berbeza dengan tanaman nanas untuk tanah gambut. Penggunaan plastik silvershine didapati mampu mengurangkan rumpai dikawasan kebun yang menjadi masaalah utama dalam menanam nanas ditanah mineral. Buah yang terhasil daripada kebun nanas ditanah mineral lazimnya memberikan kualiti lebih baik dengan tahap kemanisan lebih tinggi berbanding dengan buah nanas dari tanah gambut. Sebagai contoh tinjauan penulis mendapati nanas Moris ditanah gambuut di Johor memberikan bacaan keanisan sekitar 7 - 9 brixs sementara nanas moros ditanah mineral dikawasan kebun getah mencapai tahap bacaan kemanisan sekita 9 - 13 brixs. Penanaman nanas secara intergrasi atau selingan dengan tanaman getah memang sesuai untuk dijadikan asas penting dalam pengeluaran nanas untuk pasaran domestik dan pasaran eksport. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda pembaca blog anim agro kali ini. Wasallam!!!.

TANAM GETAH... LAMBAT MATANGNYA...
DICELAH POKOK... NANAS DITANAMNYA...
CEPAT BERHASIL... SETAHUN LEBIH LAMA...
ADA BANTUAN... DARI LPNM DAN RISDA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bandar BAru UDA,
Tampoi, Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(9 Mac 2018).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...