KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, December 19, 2017

SEMINAR TEKNOLOGI NANAS 2017

SEMINAR TEKNOLOGI DAN INOVASI TANAMAN NANAS 2017 telah diadakan dari 13 - 14 Disember 2017 di Hotel Pontian, Pontian, Johor. Seminar yang dianjurkan oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) ini adalah sempena Program Sambutan Ulangtahun LPNM ke 60 tahun yang jatuh pada 15 Disember. LPNM merupakan salah satu agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang bertanggungjawab didalam pembangunan industri nanas negara. LPNM juga adalah sebuah lembaga terawal didalam kerajaan yang ditubuhkan pada 15 Disember 1957 dikenali masa itu dengan Lembaga Perusahaan Nanas Tanah Melayu. Nanasmerupakan satu komoditi penting pada masa dulu sehinggakan ia menjadi komoditi eksport penting yang menyumbang kepada KDNK negara. Terdapat sebuag pekan di Daerah Pontian yang diberi nama PEKAN NANAS kerana dahulu ianya disekelilingi dengan tanaman nanas dan ada 4 buah kilang memproses. Kini industri nanas negara telah berubah daripada menanam nanas tertentu untuk dikalengkan kepada pengeluaran nanas segar untuk pasaran domestik dan antarabangsa. Pemindahan teknologi dengan seminar seperti ini  akan meningkatkan ilmu pengetahuan peserta disamping mengujudkan jaringan (networking) dikalangan mereka didalam industri nanas. Seramai 120 peserta terdiri daripada pensyarah universiti, penyelidik, pegawai pengembangan, usahawan nanas, usahawan IAT, syarikat swasta, petani, NGO dan orang awam hadir didalam seminar untuk mendapatkan maklumat terkini tentang industri nanas. Sebanyak 13 kertas teknikal dengan satu kertas utama dibentangkan melibatkan pelbagai sektor mengenai industri nanas. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenao Seminar Teknologi dan Inovasi Nanas 2017 untuk dikongsi dengan semua penbaca.


Seminar ini yang dirasmikan oleh YB Dato Seri Hj Tajuddin Abd Rahman, Timbalan Menteri Pertanian 1 pada jam 8.30 malam 15 Disember 2017 dihadiri sama oleh Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri serta kumpulan Peladangnita Daerah Pontian. YB Pengerusi LPNM Datuk Samsolbahri dalam ucapan aluannnya menyatakan bahawa industri nanas masa kini merupakan 'Sunrise Industry' dengan adanya beberapa varieti nanas premium yang boleh dijual untuk pasaran domestik dan eksport. Katanya kalau dahulu orang tidak mahu makan nanas kerana masam dan lidas, kini nanas seperti MD2 memang manis dan aroma yang segar. Timbalan Menteri didalam ucapan perasmian minta agar lebih ramai kaum bumiputra yang maju kehadapan dalam ekonomi. Dakwanya bumiputra kini berada pada kedudukkan ke 4 dalam kek kekayaan di Malaysia selepas kaum Cina, India dan pendatang asing yang ada dalam negara. Beliau sarankan agar kaum bumiputra ini terus merebut peluang seperti didalam industri tanaman dan pengeksportan buah nanas kerana ini akan menjadikan masyarakat majmuk Malaysia seimbang. Mereka perlu mempunyai tanah, modal dan penting juga adalah imli pengetahuan teknikal dan pengurusan didalam industri nanas. Beliau mengucapkan terimakaseh kepada LPNM yang menjemput beliau untuk merasmikan seminar 3 hari ini dan percaya bahawa pemain didalam industri nanas ini akan mengaplikasi segala pengetahuan yang diberikan.


Kertas Ucaptama oleh Dato' Hj Mohd Anim Hosnan, Ketua Pengarah LPNM memberikan tajuk iaitu  'Halatuju Industri Nanas Negara' menyentuh tentang status industri, halatuju industri baah nanas dan cabaran yang ada. Katanya pada masa ini belum ramai tahu bahawa sebanyak 9 varieti nanas telah didaftarkan dibawan Plant Veriety Registration System oleh Jabatan Pertanian. Sebagai contoh Nanas Moris didaftarkan dengan nombor AC1 sementara nanas MD2 didaftarkan dengan rujukkan AC9. Pada tahun 2016 sebanyak 391,714 metrik tan nanas telah dihasilkan di Malaysia iaitu 23.5% daripada jumlah pengeluaran sektor buah-buahan di Malaysia sebanyak 1,664,793 metrik tan. Dari segi nilai pula ia berjumlah RM515.25 juta iaitu ke 3 terpenting selepas Durian (Durio zibethinus) dan Pisang (Musa spp). Diberitahu dimana jumlah eksport nanas dunia berjumlah USD2 billion setahun dimana ianya didahului dengan Costa Rica (USD905 juta), Netherlands (USD265 juta) dan Malaysia pada kedudukan ke 21 dalam perkara ini. Dilaporkan trend penanaman nanas meningkat dengan ketara semenjak tahun 2010 terutana untuk nanas varieti premium. Daripada 13,148 hektar kawasan bertanam nanas, seluas 8,934 hektar adalah erada di Johor atau 68% dari pada keluasan di Malaysia. Pada masa kini kadar untuk produktiviti penanaman nanas untuk pengusaha kecil sekitar 39.6 metrik tan sehektar sementara bagi sektor perladangan adalah 45.9 metrik tan sehektar. Daripada banyak varieti nanas yang ditanam di Malaysia didapati varieti N36 paling luas ditanam pada tahun 2016 iaitu seluas 2,462 hektar (Nilai pengeluaran RM53.4 juta) diikuti dengan nanas Josapine seluas 1,960 hektar bernilai RM73.2 juta. Nanas MD2 yang ditanam seluas 1,477 hektar menghasilkan sejumlah RM132.3 juta dan ke 4 adalah nanas Moris seluas 1,424 hektar dengan nilai pengeluaran RM53.4 juta. Nanas Moris merupakan paling jenis banyak dieksport diikuti dengan nanas Josapine, N36, MD2, Sarawak dan Mas Merah terutama ke Singapura. 


Dalam pada itu beberapa cadangan projek pembangunan nanas yang dilakukan oleh LNPM terdiri daripada 7 program bagi tahun 2018. Program penanaman nanas premium MD2 untuk pasaran premium merupakan paling utama dengan peruntukkan sekitar RM16 juta kerana ia merupakan jenis buah yang dikelaskan didalam Program Tanaman Sumber Kekayaan Baru. Program ini memberikan bantuan khidmat nasehat dan bantuan bekalan benih tanaman MD2. Ia ditumpukan dikawasan tanah yang sesuai bertujuan untuk penghasilan domestik dan pasaran eksport. Selain itu projek penghukuhan tanaman nanas sedia ada diteruskan dengan jumlah bajet sekitar RM3 juta diseluruh negara. Penanam nanas sedia ada akan menerika bantuan berupa bahan input untuk meneruskan tanaman nanas. Negeri Sarawak diberikan bajet khas sekitar RM3 juta setahun untuk membangunkan tanaman nanas dinegeri tersebut. Tumpuan utama projek nanas di sarawak adalah untuk penanam semula dan penanaman baru termasuk untuk pasaran eksport. Beberapa projek berkaitan dengan pemprosesan buah nanas dan bahagian lain tanaman nanas akan diteruskan pada 2018. Antara projek yang akan dimajukan adalah Projek Ladang Benih Nanas bagi menghasilkan benih nanas berkualiti dan mencukupi serta harga bersesuaian. Ini kerana dianggarkan sebanyak 9.5 juta benih nanas MD2 perlu disediakan. KP LPNM seterusnya sehingga kini seluas 965 hektar kawasan telah memohon bantuan tanaman nanas untuk 2018 sedangkan berdasarkan bajet sedia ada LPNM hanya mampu untuk membangunkan sekitar 522 hektar sahaja. Pecahan permohonan sedia ada bagi 2018 adalah 185 orang dengan keluasan 742 hektar bagi tanaman komersil dan seramai 185 usahawan atau swasta dengan keluasan 222 hektar dari gulongan pekebun kecil. Seminar teknologi nanas ini mendedahkan peserta untuk mendapakan info dan teknologi terkini dalam penanaman nanas yang berjaya. Semuga anda semua pembaca 'Anim Agriculture Technology mendapat info berguna. Wasallam!!!.
SEMINAR NANAS .... SUDAH DIADAKAN...
RAMAI PESERTA.... PETANI USAHAWAN...
SAINTIS UNIVERSITI...ADA BUAT KAJIAN...
ILMU DIBERIKAN... PESERTA DISASARAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 301, Hotel Aloha,
Pontian, Johor,
Malaysia.
(15 Disember 2017)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...