mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, December 24, 2017

FOOD TRUCK - KONSEP NIAGA BARU

KONSEP PERNIAGAAN 'FOOD TRUCK' kini merupakan satu cara baru berniaga makanan yang diterima ramai. Penulis blog yang telah membuat penelitian tentang konsep perniagaan ini mendapati ia merupakan satu fenomena yang semakin diterima ramai. Penulis blog bersama KSU MoA juga merasa minuman jus nanas dari Food Truck sempena Fiesta nanas 60 tahun di Bandar Pontian, Johor dimana didapati ia memang canggih (Sila lihat foto diatas). Walaupun penulis blog rasakan perniagaan food truck di Malaysia merupakan satu fenomena baru tetapi konsep perniagaan jenis ini menjadi semakin popular dan meraih perhatian ramai. Food truck kini boleh didapati merata-rata tempat terutama di ibu kota Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor Bahru dan banyak bandar lain diseluruh negara. Semakin banyak kereta food truck sebenarnya dan penulis dapati semakin hebat kadar persaingan dimana seseorang usahawan perlu membuat strategi yang betul. Pada saya penjual makanan ini adalah perlu menawarkan produk jualan yang terbaik bagi pelangan. Jika menjual makanan berkualiti maka makanan yang dijual perlulah menggunakan bahan-bahan yang segar. Memang tidak salah jika penjual juga menghebahkan kepada pelanggan tentang bahan-bahan yang digunakan melalui pelbagai cara. Paling mudah dengan menampalkan iklan pada food truk atau pasang banner yang menjelaskannya. Peniaga boleh juga meletakkan papan tanda di food truck mereka yang mana ia memberitahu pelanggan bahawa penjual hanya menggunakan bahan-bahan organik atau bahan-bahan segar dalam masakkan yang datang dari hasil bahan mentah dari kebun sendiri kepada mereka yang ada kebun. Sudah tentu pelanggan lebih tertarik kepada citarasa dan harga yang ditawarkan. Pastikan juga yang penjual akan menjual makanan yang enak dan sukar ditandingi food truck lain. Kini golongan usahawan muda mampu untuk mendapat pendapatan baik dengan berniaga food truck tetapi perlu mengikut semua syarat-syarat dan peraturan yang ada. Artikel malam ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis potensi berniaga makanan dengan konsep 'Food Truck' sebagai bahan untuk dijadikan bahan rujukkan.

Pada masa ini terdapat banyak bantuan daripada pihak kerajaan, institusi umum kewangan dan sebagainya yang boleh memberikan bantuan untuk memulakan perniagaan food truck. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Program Unit Agropreneur Muda (UAM) adalah salah satu unit adakan program yang memberikan bantuan untuk memulakan perniagaan ini. Pemohonan yang diluluskan kepada pemohon diberikan bantuan sekitar maksima RM20,000 untuk membeli kenderaan food truck mengikut kesesuaian. Mereka yang berminat boleh memohon melalui lamanweb atau jabatan agensi berkaitan untuk diproses. Pada penulis blog dapati kebanyakan peniaga yang memulakan food truck pernah bekerja sebagai chef atau tukang masak. Mungkin ada yang kurang berpengalaman tetapi majoritinya sanggup untuk mengeluarkan wang membeli trak, perkakasan serta bahan mentah kerana mereka mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang masakan. Ada  juga yang mana beliau sanggup berbelanja sedemikian untuk food truck, tidak kedekut atau lokek dengan pelanggan. Ini kerana ramai para pelanggan mengharapkan makanan yang enak dihidangkan menggunakan bahan-bahan berkualiti yang secukupnya. Jika anda menawarkan makanan yang tidak berkualiti maka ada mungkin banyak lagi food truck di luar sana yang boleh menarik pelanggan. Jika apenjual terlalu kedekut dalam penggunaan bahan-bahan mentah dalam masakan, mungkin pelanggan tentunya akan memilih food truck lain. Pada saya jika anda pemilik food truck maka tentunya berkesempatan untuk berbual dengan pelanggan yang datang membeli makanan anda. Ini adalah peluang terbaik anda melakukan penyelidikan tentang kehendak pelanggan. Jangan lepaskan peluang ini dengan membuat perkhidmatan yang terbaik. Gunakan sepenuhnya untuk nakal peniaga bertanya sendiri kepada para pelanggan tentang pendapat mereka iaitu bagaimana tentang makanan di food truck anda dan cara anda boleh baiki untuk menjadikan makanan jualan anda lebih enak dan menarik. 

Dalam seseorang itu untuk memulakan perniagaan food truk ini perlu bersedia dengan beberapa soalan. Antaranya seperti adakah pelanggan selalu menerima makanan yang dipesan tepat pada waktunya?. Perlu diketahui sikap pelanggan sama ada mereka pernah datang kelokasi food truck dan makan dengan food truk memberi kesan. Terdapat sesetengah ahli masyarakat yang malu dan takut untuk makan disini akibat memikirkan status dan kebersihan makanan. Makanan yang disukai oleh pelanggan sebaiknya dari menu yang biasa dihidangkan dan jika enak dengan harga berpatutan akan mempastikan pelanggan datang berulang. Sebaliknya jika layanan tidak menarik, makanan pula tidak sedap dan mahal menyebabkan pelanggan akan lari. Pada penulis blog yang juga sering dapatkan makanan daripada food truk mendapati sikap pelanggan mempunyai harapan tinggi terhadap konsep jualan ini. Lazimnya para pelanggan memang mahukan resipi makanan yang berlainan dan enak tanpa memerlukan mereka untuk membuat tempahan di restoran terkemuka. Jika anda dapat menawarkan hal ini pada para pelanggan maka meletakkan tanda harga pada usaha anda. Letakkan tanda harga pada makanan dijual dengan harga berpatutan dan dapat bersaing dengan food truck lain. Pada penulis blog sebenarnya bukan semua food truck menawarkan makan ‘gourmet’. Jika food truck anda hanya menjual burger dan hotdog biasa janganlah pula letakkan tanda harga yang tinggi. Walaupun mungkin pada mulanya pelanggan mungkin tidak sedar tetapi pada lama-kelamaan mereka tentunya akan membeli dari food truck lain yang menawarkan harga yang lebih berpatutan.

Pengalaman berniaga food truk perlu satu kesabaran. Tidak kiralah sudah berapa lama anda telah berkecimpung dalam perniagaan food truck ini kerana anda akan sentiasa mempelajari akan beberapa perkara yang baru setiap masa. Kalau anda telah berpengalaman sebaiknya anda juga mempunyai ilmu yang boleh diajar kepada mereka yang baru hendak mula berniaga. Anda perlu anggap peniaga food truck lain sebagai pesaing tetapi mereka bukanlah musuh dalam perniagaan. Pada pandangan saya seharusnya penjual dan peniaga food truck lain berganding bahu supaya perniagaan food truck ini berkembang sebagai satu aspek persaingan yang sihat. Peniaga semuanya mahukan tahap keuntungan dan sebaiknya bekerjasama bagi pastikan agar semua untung. Peniaga baru lazimnya perlu masa untuk mengenali peniaga food truck lain yang berniaga dan komunikasi berhampiran anda. Mereka mungkin boleh memberi maklumat penting tentang pelanggan yang anda mungkin tidak tahu. Peniaga tahu mungkin pesaing anda boleh menjadi rakan kongsi satu hari nanti. Dalam dunia perniagaan dilaporkan semuanya boleh terjadi. Sebaiknya membuka minda anda dan jangan lepaskan peluang untuk membina pertalian persahabatan yang baik. Secara logiknya tidak mungkin peniaga mahu berkasar dengan pelanggan kerana sumber keuntungan dan pendapatan datangnya dari pelanggan. Semua peniaga tentunya tahu dan arif tentang hal ini. Malahan banyak yang menganggap bahawa ada juga pelanggan patut terhutang budi pada mereka. Kebanyakan chef atau tukang masak merasakan bahawa mereka dapat menghasilkan makanan yang enak dan pelanggan.  

Berniaga dalam food truck mungkin agak kurang selesa kerana ruang sempit, panas dan masaalah lain. Penulis yang mencuba berniaga selama 15 minit dalam food truk menjual kebab nenas daging bersama Dato Seri Dr Ismail, iaitu Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah dapat merasainya (Sila lihat foto disebelah). Acara ini sempena perasmian 6 orang penerima kenderaan Food Truk daripada unit UAM MoA dan melalui Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) sempena Fiesta Nanas 60 tahun di Pontian. Bagimana pun dihadapan pemberita, pelanggan dan orang awam, penulis mampu kontrol mancho semasa menyediakan makanan kebab tersebut dan laku dijual sebanyak 11 keping dalam masa 15 minit sahaja dengan harga promosi. Rupanya resepi kebab daging dengan hirisan nanas manis amat hebat akan rasa enaknya!. Ini merupakan resepi baru yang dijual oleh anak muda dari Selangor yang berniaga di Shah Alam dengan kenderaan food truk yang menerima bantuan daripada UAM. Dalam kes lain lazimnya sama ada food truck anda berada di kawasan pejabat dan menjual makanan tengah hari atau berada di acara keramaian tertentu pastinya para pelanggan mahukan sesuatu yang akan menggembirakan mereka seperti makanan yang lazat. Makanan jualan anda yang dimasak dan disiapkan dengan rapi tentunya akan memberi pelanggan kepuasan. Sebaiknya penjual juga harus merasai nikmat menjalankan perniagaan ini sepenuh hati. Dalam pada itu kini kerap kita baca atau dengar orang berbincang tentang perniagaan food truck dan sekali sekala kita akan dengar pegawai kanan kerajaan atau ADUN menyebut orang muda kini suka berniaga food truck dimana ia seolah-olah kini merupakan satu model perniagaan baharu yang bakal membuka satu pasaran perniagaan yang belum pernah diceburi masyarakat sebelum ini. Tetapi sebenarnya food truck ini bukanlah perkara baharu kerana ia sudah wujud zaman berzaman. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

FOOD TRUK .... CARA BERNIAGA...
MODAL DISEDIA...HENDAK MULA...
MAKANAN ENAK... SELAMAT PULA...
PENDAPATAN BAIK... JIKA BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 301, Hotel Aloha,
Pusat Perdagangan Pontian,
Pontian, Johor,
Malaysia.
(16 Disember 2017).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...