KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, December 12, 2017

KEHABATAN KHASIAT SIREH (PART 2)

DAUN SIREH (Piper betle) merupakan sejenis tumbuhan herba dari keluarga PIPERACEAE yang tumbuh dan natif dari negara kita. Daun Sireh merupakan sejenis daun tumbuhan yang digunakan oleh masyarakat Melayu di negara kita dalam adat istiadat perkahwinan, perubatan tradisional dan juga sebagai daun pelbagai guna membantu meningkatkan kesihatan manusia. Daun Sireh juga adalah merupakan satu komponen penting dalam aktiviti makan daun sireh bersama buah pinang, gambir serta kapor oleh nenek moyang kita dulu. Masyarakat India pula lama telah menggunakan daun sireh dalam banyak acara-acara berkait keagamaannya di Malaysia. Nama beberapa jenis daun sireh adalah seperti Sirih Tempatan, Sireh Jawa, Sireh Belanda, Sireh Hitam dan Sireh Cengkih. Pokok sireh dipercayai berasal dari Malaysia walau pun terdapat juga di Sri Lanka, Indonesia, Thailand dan saya lihat banyak di Myanmar. Sireh juga dipanggil Ikmo (Filipina), Trau (Vietnam), Pu (Laos), Paan (Hindu) dan Plu' (Thailand). Penanaman sireh mudah dilakukan dikawasan rumah secara kecil-kecilan atau ditanam dalam kebun secara komersil. Penulis merujuk kepada statistik perangkaan tanaman Jabatan Pertanian tidak menunjukkan keluasan tanaman sireh tetapi telah menganggarkan mungkin sekitar 120 hektar pada 2017. Orang lelaki Myanmar memakan sireh dengan kapor sebagai satu kemestian apabila daun ini bersama kapor dijual di merata penjuru semua pekan di negara tersebut semasa saya melawat Myanmar pada 2009. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai khasiat dan kehebatan yang ada pada daun sireh untuk tujuan bacaan umum bagi semua.

Kehebatan dan kegunaan daun sireh yang ke 9 dimana kepada mereka yang ada masaalah sakit kepala akibat faktur alam sekitar atau ada masaalah pemikiran atau gangguan semulajadi boleh dirawat dengan daun sireh. Daripada beberapa pengalam perubatan tradisional dimaklumkan dimana anda jangan risau kerana daun sireh didapati boleh menghilangkan sakit kepala, menghilangkan gatal dan kelemumur. Caranya juga amat mudah sahaja iaitu dengan ambil sedikit daun sireh segar dan kunyah dalam mulut. Dalam pada itu bagi tujuan untuk menghilangkan masaalah kelumumur pada rambut juga mudah dilakukan dengan melumatkan daun sireh dan jadikan shampoo pada rambut basah sehingga ia hilang. Anda boleh ulangi perbuatan tersebut sehingga masaalah kelulumur dan kegatalan pada kelapa hilang sepenohnya. Apa yang menarik lagi mengenai daun sireh yang ke 10 dimana kepada mereka yang ingin menjadi cantik, daun sireh mungkin jalan penyelesaiannya yang murah dan berkesan. Ini kerana dipercayai daun sireh dapat digunakan untuk kecantikkan seperti menghilangkan parut jerawat, jeragat, menegangkan kulit, mencerahkan kulit, melembabkan kulit, melebatkan bulu kening dan digunakan sebagai masker. Ini merupakan kos untuk rawatan kecantikan yang murah, mudah dan berkesan serta memberikan impak yang juga signifikan. Daun sieh yang ditanam sendiri disekeliling rumah juga mudah diperolehi.

Kehebatan yang ke 11 adalah kepada mereka ahli sukan atau menghadapi masaalah seperti masaalah terseliuh atau luka-luka maka  daun sireh boleh dijadikan bahan pembalut untuk tangan terseliuh atau patah. Rawatan ini dapat dilakukan dengan cara meletakkan daun sireh yang dilayur dan diletakkan pada tangan atau kaki dan balut dengan kain pembalut (Bandage). Amalkan sehingga rasa sakit berkurangan atau sembuh. Jika ada luka-luka juga pelu dibersihkan dan dibubuh daun sireh yang telah dilumatkan pada bahagian luka dan balut (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun jika masaalah terseliuh tersebut masih berterusan adalah dinasihatkan untuk tujuan mendapatkan rawatan daripada doktor atau tukang urut.  Apa yang diberitahu dimana kehebatan ke 12 dimana daun sireh juga mampu untuk merawat penyakit sendi dan bisa-bisa tulang. Caranya juga sama dengan menggunakan daun sien segar dan dihancurkan serta disapu atau tampal kepada sendi yang sakit sebelum diikat. Perlu diulangi sehingga sendi yang sakit menjadi sembuh. Akhirnya kehunaan atau khasiat daun sireh yang ke 13 dimana kepada mereka yang bermasaalah penyakit resdung maka rawtan dengan cara menggunakan daun sireh boleh dilakukan. Rawatan ini juga lazim dijalankan kerana daun ini boleh digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit resdung, penyakit malaria dan sakit mata.

Seterusnya apa yang masih menjadi topik perbualan adalah dimana daun sireh mampu untuk membuat rawatan mata. Titisan air daun sireh yang digunakan didakwa mampu memberikan mata yang terang untuk melihat. Ia juga sesuai digunakan dengan cara meletakkan sekeping daun sireh diatas kelopak mata semasa anda baring untuk tidur beberapa lama. Kesannya dimana daun sireh tersebut akan dapat menjadikan otot-otot mata menjadi rehat dan membolehkan rawatan cara ini berkesan. Kegunaan daun sireh ini memang sinonim dengan masyarakat Melayu. Daun sireh bagaimana pun kini lebih popular digunakan sebagai bahan hantaran ketika urusan meminang atau majlis persandingan semasa Majlis Perkahwinan. Daun sireh yang disusun menjadi 'Sireh Junjung' ini menjadi satu simbol didalam adat istiadat sahaja. Mungkin masih ramai kurang mengetahui kehebatan dan kegunan daun sireh. Sila baca bersama Artikel Part 1 untuk dapatkan info berkaitan. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
DAUN SIREH ...BANYAK KHASIATNYA....
MUDAH DITANAM...DIKELILING KITA...
SUDAH BACA... BANYAK ILMUNYA...
SUDAH AMALKAN...SIHAT SEJAHTERA...



By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Parit Bengkok,
Gersik, Daerah Ledang,
Johor, 
Malaysia.
(20 JamadilAkhir 1434H) 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...