mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Monday, December 4, 2017

KERISEK KELAPA -SATU TESTIMONI

KERISEK KELAPA (Coconut paste) merupakan salah satu produk berasaskan kelapa selain daripada produk santan, air kelapa, minyak kelapa dara, minyak masak dan sebagainya. Kelapa (Cocos nucifera) adalah sejenus tumbuhan serba guna yang mana ianya daripada keluarga Arecaceae. Kerisek merupakan sejenis rempah yang dibuat daripada kelapa. Didalam kaedah penyediaan produk kerisek secara tradisional lazimnya kelapa matang diambil isinya dan ia kemudian ia diparut atau dikukur seterusnya akan digoreng (tanpa minyak). Kelapa parut ini kemudiannya digiling hingga lumat dan lembap. Kerisik tadisional yang asli akan berwarna coklat gelap dimana ia enak jika terus digunakan sebagai bahan masakan. Kerisek sebenarnya boleh dibuat sendiri atau dibeli dari kedai-kedai runcit. Kerisik digunakan untuk beberapa masakan tradisional seperti rendang dan laksa serta beberapa resepi lain bagi tujuan menambah kenakan masakkan tersebut. Kajian menunjukkan penggunaannya amat popular di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia dan Singapura sejak dulu. Kini enghasilan kerisek telah dikomersilkan dengan menggunakan mesin dan peralatan yang moden untuk menghasilkan produk kerisek yang banyak dengan kawalan kualitii yang baik. Kerisek yang dijual dipasaran kini perlukan sijil Mesti dan Halal untuk menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa. Kini selain daripada kelapa tempatan, pengilang produk kerisek sering menggunakan kelapa yang diimport dari Indonesia. Artikel malam Ahad ini saya terus menulis dalam "Anim Agro Technology" tentang perusahaan membuat kerisek seperti yang dilaporkan oleh akhbar tempatan untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan nda semua.

Dalam akhbar tempatan bertajuk "Mahu eksport kerisik ke pasaran dunia" oleh wartawan NAZRUL AZIM  menyatakan iaitu bagaimana seorang usahawan mahu mengeksport produk keriseknya. Foto disebelah menunjukkan dimana simpanan kerisek yang telah siap dimasak sebelum menjalani proses pembungkusan. Penusaha Abdul Latiff 25 tahhun ini iaitu En Osman telah memegang falsafah dan semangat Arab, 'sujaah' yang bermaksud keberanian. Kini sejak berumur 15 tahun dalam perniagaan asas kelapa ini telah banyak membantunya memahami cabaran sebagai seorang usahawan. Beliau yang memang minat berniaga dan menjadikan prinsip hidup berani mengambil risiko sebagai pendorong untuk berjaya dalam bidang ini. Pada peringkat awal pendedahan membuat kerisek diterima daripada ayah ketika membantunya mengusahakan kepada perniagaan kerisik. Beliau mengusahakan kerisek sendiri di Kampung Laneh, Kuala Kangsar, Perak. ktanya sebaik tamat sekolah menengah beliau yang juga anak sulung daripada 10 beradik itu menyambung pengajian Diploma Syariah di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Ipoh, Perak. Dia kemudiannya mendapat tawaran meneruskan pengajian Ijazah Syariah Undang-Undang di Mesir tetapi mengambil keputusan untuk menangguhkannya kerana ingin memberi fokus kepada perniagaan. Pada peringkat awal dulu dengan bermodalkan wang hasil simpanannya dia telah membuka kilang memproses kerisik di Kuala Kangsar selepas beliau menamatkan pengajian diplomanya. Pada tahun 2008 pula dia telah membuat pinjaman bernilai RM50,000 daripada Agrobank sebagai usaha memperkembangkan operasi kilang.


Pada masa ini dia boleh menghela nafas lega kerana syarikatnya yang dibangunkan menerusi penjenamaan Sujaah Enterprise telah mempunyai beberapa cawangan di Ipoh dan juga di Bagan Datoh, Perak. Dalam usha untuk memastikan produk kerisiknya mempunyai kualiti yang baik, sedap dan wangi dimana dia telah mempelajari teknik memasak makanan itu daripada bapanya. Dakwanya memang ramai orang tahu buat kerisik akan tetapi tidak semua mengikut cara yang betul. Sebenarnya jenis kelapa tua sangat sesuai digunakan untuk menghasilkan kerisik selain perlu dicampur dengan kelapa muda bagi tujuan mengeluarkan bau wangi. Abdul Latif memberitahu dimana cara penetapan tempoh memasak itu adalah berdasarkan permintaan pelanggan. Tempoh ini akan menentukan warna kerisik kerana lebih lama ia dimasak dimana warnanya akan menjadi lebih gelap mengikut kadar pecahan minyak. Ia sesuai digunakan dalam penyediaan hidangan seperti rendang, kari, kerabu dan inti roti. Kerisik yang telah siap dimasak akan dipek dalam bungkusan kemas dengan pilihan berat 100 gram, setengah kilogram (kg) dan satu kg. Bagi mengurangkan bahan buangan kilangnya kini dia mengambil langkah membakar tempurung kelapa yang tidak digunakan untuk membentuk kiub arang sebelum dijual kepada syarikat yang memerlukannya.


Kini syarikat beliu dengan kapasiti enam orang pekerja telah mampu untuk mereka mengeluarkan enam tan kerisik dalam masa sebulan dimana ia telah menggunakan sebanyak 400 biji kelapa sehari. Mengenai sumber bahan mentah pula dilaporkan dimana 10 peratus bekalan kelapa diperoleh daripada Indonesia manakala selebihnya dia bersama ayahnya memajak kebun kelapa seluas 30 ekar di Kuala Kangsar bagi mengurangkan kos pengeluaran. Kebanyakan kerisik kelapa keluaran syarikatnya akan dipasarkan ke seluruh kawasan Semenanjung termasuk jualan secara borong kepada pasar raya besar. Harganya pasaran kerisek syarikatnya pula adalah sekitar RM6.00 - RM7.00 sekilogram. Rancangan beliau pada hadapan adalah memang berhasrat untuk memperluaskan pasaran kerisik ini ke peringkat global pula. Kini selain bantuan input daripada ayahnya beliau turut mendapat bimbingan perniagaan daripada beberapa jabatan agensi seperti Jabatan Pertanian, Mara dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional. Produk-produk keluarannya turut dipromosikan melalui penyertaan pameran serta ekspo seperti Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA). Kini untuk memperluaskan lagi perniagaannya dia turut menghasilkan pelbagai produk kosmetik dan kesihatan berasaskan buah kelapa dara gred A seperti sabun, minyak rambut, minyak urut, jeli kelapa, nata de coco dan sebagainya. Tidak terhenti setakat itu beliau ketika ini merancang untuk membuka kilang menghasilkan santan segar pula. Menerusi perluasan operasi ini beliau ingin buktikan bahawa belia juga mampu bersaing dalam dunia perniagaan kerana peluang ada di mana-mana.

Dalam testimoni ke 2 dengan tajuk 'Bermula kecil-kecilan kini berjaya kembangkan perniagaan' En Mohamad juga paparkan kejayaannya dalam industri buat kerisek. Beliau terlibat dengan industri ini sejak 22 tahun lalu dengan memulakan perniagaan kelapa dan santan di Pasar Awam Seberang Jaya dan Pasar Pulau Tikus di Pulau Pinang. Masa itu jika terdapat lebihan kelapa yang diparut yang mencetuskan idea untuknya mengusahakan kerisik yang digoreng secara manual di gerainya. Kerisik dihasilkan daripada kelapa parut dan digunakan dalam masakan. Permintaan untuk kerisik keluarannya semakin meningkat sehingga mendorongnya membeli satu unit mesin menggoreng kerisik dengan harga RM43,000. Perusahaan kerisik miliknya mendapat perhatian beberapa agensi kerajaan termasuk Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) yang bukan sahaja agensi tersebut menawarkan mesin baharu tetapi juga kilang untuknya beroperasi dengan lebih selesa. Beliau berhasrat untuk meningkatkan pengeluaran kerisik di bawah syarikat Nuur Anniesah Trading dimana jika sebelum ini pasaran kerisik keluarannya hanya di sekitar Pulau Pinang namun kini hasil pengeluaran menggunakan mesin, pasaran kerisiknya menerusi ejen yang dilantik menjangkau sehingga ke Taiping di Perak, Sungai Petani di Kedah dan Kuantan di Pahang. Kilang ini melibatkan isteri dan dibantu dua pekerja telah menggunakan 250 kilogram (kg) kelapa sehari yang mana ia diperoleh daripada pembekal tempatan. Dia menggunakan kelapa mawar yang diambil dari Perak dan Kelantan kerana kualiti buahnya yang lebih baik berbanding kelapa yang diimport.


Kini kerisik yang dihasilkannya juga telah mendapat sijil halal yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta melalui proses ujian di makmal. Beliau telah mempromosikan kegunaan kerisik yang menjangkaui kegunaan tradisional iaitu dalam masakan rendang, serunding, kerabu dan pajeri semata-mata. Banyak lagi resipi makanan yang menggunakan kerisik antara telur goreng, ikan enam rasa, ayam goreng berempah, ikan rebus berkuah, biskut dan lain-lain. Syarikatnya Nur Anniesak Trading juga ada memaparkan satu resipi satu hari masakan menggunakan kerisik. Ditanya mengenai persaingan pasaran kerisik di negara ini, Muhammad Mahatma berkata, dia tidak risaukan persaingan kerana setiap pengeluar memiliki keistimewaan mereka sendiri termasuk dirinya yang menggunakan resipi sendiri dalam penghasilan kerisik. Kini biarpun menjadi pengusaha kerisik sepenuh masa namun dia tetap meneruskan perniagaan santan dan kelapa miliknya kerana itulah asas perniagaan diceburinya. Beliau bersyukur dengan mengusahakan kerisik ini dimana sudah mampu memperoleh pendapatan yang agak memuaskan dan menyara pendapatan keluarga. Dahulu secara manual usahawan ini hanya mampu mengeluarkan 5,000 peket kerisik sebulan yang dibungkus di dalam plastik biasa tetapi kini dengan menggunakan pek pembungkusan kedap udara serta mesin yang canggih berupaya mengeluarkan 30,000 peket kerisik sebulan. Mesin pembungkus ini mampu membungkus 1,500 peket atau 150 kilogram (kg) kerisik setiap jam. Dengan pembungkusan baharu yang kedap udara ini, kerisik keluaran saya mampu bertahan sehingga setahun dan sering ditempah oleh syarikat kapal untuk kegunaan semasa pelayaran mereka. Rancangan beliau seterusnya mahu mengembangkan perniagaan ke pasaran China, Brunei dan Indonesia. Bernama. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembac blog anim agro technoloy kali ini. Wasallam!!!..

NAMA KERISEK ... ASALNYA KELAPA...
KELAPA DIPARUT...DIGOREN LAMA...
JADII KERISEK...DIPEK KEDAP UDARA...
MUDAH DIMASAK... MAKANAN ENAKNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bandar Baru UDA,
Johor Bahru,
Johor, Malaysia.
(2 Zulhijjah 1438H).
Published on November 2017, Room 1807,
Imperial Heritage Hotel, Bandar Hilir, Melaka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...