KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, December 26, 2017

AYAM SERAMA - HARGA DAN FENOMENA

AYAM SERAMA merupakan sejenis ayam hiasan yang cantik dan menarik yang mempunyai nilai tersendiri untuk dipelihara. Di negara kita ia juga dikenali sebagai Ayam Serama Malaysia adalah sejenis baka ayam katik yang berasal dari Malaysia semenjak 50 tahun lepas. Ayam Serama merupakan sejenis baka yang agak baru dimana sejarah dan asal usulnya yang tepat tidak jelas. Terdapat lagenda yang mengatakan ia merupakan keturunan dari pembiakan silang di antara burung merpati dan ayam. Cerita lain mengisahkan asal bermula dari pemberian hadiah ayam katik oleh Raja Siam kepada sultan tempatan pada zaman dahulu. Ayam Serama dipercayai berasal dari Kelantan dan ia terus dipopularkan di negeri tersebut sebelum ianya berkembang keseluruh negara. Terdapat ramai peminat ayam serama yang berpersatuan untuk tujuan membuat pertandingan ayam seram atercantik setiap tahun. Mereka akan mengadakan perjumpaan ayam serama dengan hadiah pemenang untuk ayam serama yang lumayan. Jangan terkejut mengenai harga ayam serama ini kerana ada pemilik ayam serama yang meletakkan harga sehingga pulohan ribu ringgit kerana nilai estetikanya. Kini baka moden ayam serama dipopularkan oleh Encik Wee Yean Een iaitu seorang aktivis ayam serama dari Kelantan. Beliau yang telah sejak dulu memberi nama "Serama" bersempena dengan Raja Sri Rama iaitu sebuah watak di dalam Wayang Kulit. Baka ayam katek ini pertama kali dipamerkan pada tahun 1990. Seterusnya pada tahun 2000 ayam ini merupakan kemuncak popularitinya di Malaysia. Baka ayam serama ini terjejas teruk semasa wabak selselema burung pada tahun 2004 apabila lebih dari 50,000 ekor ayam serama tersebut telah dihapuskan. Walaubagaimanapun baka ayam ini mendapat kembali kemahsyurannya sejak semula kebelakangan ini. Pada subuh ini saya menulis artikel dalam "Anim Agro Technology" mengenai fenomena dan harga ayam seram asekadar berkongsi info dengan anda semua.

Penulis blog dapati sehingga kini masih tidak terdapat penulisan mengenai piwaian bagi baka ayam serama di Malaysia. Pencirian ayam ini banyak dinyatakan oleh mereka yang pakar didalam kriteria oleh persatuan ayam serama. Kebanyakan maklumat tentang apa yang difahami oleh penternak selalunya akan disebarkan secara lisan. Ramai penternak memiliki kaedah atau jenis ayam serama yang mereka ternak tetapi sering kali penternak menyimpan beberapa kaedah ternakan. Cara atau Stail Ternakan ini sering kali dinamakan sempena gambaran darah keturunan jaguh ayam serama (contohnya. Husin, Mat Awang) dan juga bentuk umum, ciri-ciri atau kelakuan (contoh. bentuk kurus, bentuk bola, bentuk naga, teleng, stail robot). Dengan itu terdapat banyak kepelbagaian di Malaysia. Kesemua stail berlainan berlawan sesama sendiri dalam pertandingan meja terbuka (sering kali digambarkan sebagai "pertandangan cantik") dan dihakimi oleh para hakim. Ayam Serama tempatan adalah tidak terhad oleh satu set piwaian di negara asalnya dimana ini adalah penyebab mengapa Ayam serama Malaysia telah berubah begitu banyak dalam tempoh singkat dan masih berubah sehingga sekarang. Terdapat usaha bagi mengesa satu badan rasmi menentukan satu set piwaian (standard set) bagi pelbagai stail. Bagaimanapun difahamkan sesetengah orang Malaysia menegaskan bahawa piwaian tidak patut ditentukan kerana ia akan menghadkan baka. Salah seorang penternak ayam Serama yang berpengaruh menyamakannya seperti kereta. Sebenarnya penulis dapati reka bentuk bagi sesebuah model kereta sempurna tidak ditetapkan oleh kerajaan tetapi kumpulan mereka perlu juga menetapkannya bagi ayam serama. Teknologi sentiasa maju dan kita belajar dan mereka benda baru.


Dalam membuat rujukkan dinyatakan dimana pada tahun 2001 ayam serama pertama kali diimport ke Amerika Syarikat oleh KJ Theodore dari Illinois. Dilaporkan dimana ayam serama diimport ini mengandungi gen ayam dari jenis kecil melampau. Aktiviti import oleh Syarikat Schexnayder lebih besar dimana ada kes-kes iaitu berlaku kekurangan gen sebegitu. Kesemua ayam Serama di Amerika Syarikat merupakan keturunan daripada Malaysia yang diimport dahulu. Kini ayam serama telah dijual dengan meluas oleh persatuan yang diasaskan oleh Syarikat Jerry Schexnayder iaitu pemain utama bagi serama dikenali sebagai Majlis Serama Amerika Utara ("The Serama Council of North America - SCNA"). Majlis ini pertama kali berjaya memperkenalkan ayam serama ke Amerika Utara dalam pelbagai pertunjukkan Ayam Kebangsaan. Pada musim bunga 2004 dilaporkan dimana ayam Serama mencapai mercu tanda bilamana ia mempunyai pertunjukkan ayam Seramanya sendiri yang dikenali sebagai Klasik Cajun ("Cajun Classic") di Baton Rouge, Louisiana. Pada masa itu ayam Serama masih pada titik penting penubuhannya. Kini dengan ayam serama semakin popular maka ia telah mula mencipta namanya sendiri. Ayam Serama sedang dalam proses penerimaan oleh Persatuan Ayam Amerika dan Persatuan Bantam Amerika, dengan perjumpaan kelayakan pertama diadakan pada 2011. Ayam Serama di Amerika Syarikat telah menjadi pertikaian mengenai apa yang dianggap ideal atau piwaian yang perlu diterima. Dua corak pemikiran telah diamalkan bagi menternak ayam Serama samaada ia patut kekal stail Malaysia atau samaada ia perlu menyesuaikan dengan citarasa Amerika. Ideologi kedua telah menjadi peneraju dalam penternakan ayam Serama di Amerika, menengelami "perlumbaan bagi penerimaan" pada tahun 2010 dengan perjumpaan kelayakan pertama.


Daripada rujukkan mendapati ayam serama adalah ayam yang agak mudah untuk membiak. Selepas bertelur ia mengambil masa lebih kurang 19-21 hari untuk anak ayam terbentuk dan menetas (Sila lihat foto disebelah). Lazimnya anak ayam lebih lemah pada suhu sejuk jika ia hendak dibanding baka ayam lain kerana bandingan saiz badannya yang kecil. Selepas menetas ia mengambil masa 16-18 minggu untuk ayam matang dan mencapai titik di mana ia sendiri sudah boleh mula bertelur. Telur ayam serama bukanlah baka yang mudah untuk menetas dari telur dimana terdapat beberapa hipotesis mengenai perkara ini. Pertama proses pembiakbakaan dalam sesama sendiri (inbred) yang mungkin salah satu sebabnya dan kedua adalah disebabkan kemungkinan saiz telur agak kecil (mungkin menghampiri had terendah yang mungkin bagi proses untuk menghasilkan telor yang mampu menetas). Tahap kebersihan yang baik,  proses pengeraman dan penternakan stok induk adalah kritikal bagi kejayaan dalam penetasan telur ayam serama. Saiz biasa bagi telur dimana ia tidak terlalu besar sekitar 2 - 3 biji telur puyuh biasa atau pun sekitar 4 - 6 biji bagi telur ayam serama yang mana ia menyerupai saiz dan ketumpatan dengan sebiji saiz telur ayam piwaian. bagi saiz ayam yang lebih kecil terdapat kemungkinannya akan bertelur yang lebih kecil tetapi terlalu kecil untuk berkembang dan menetas.


Dalam laporan sebuah akhbar tempatan bertajuk "Ayam serama kini sumber pendapatan lumayan" mendapati aktiviti menternak ayam serama tidak lagi dilupakan. Fenomena memelihara ayam serama masih segar dalam kalangan penduduk luar bandar dengan ada yang sanggup berbelanja RM12,000 bagi membeli seekor ayam serama. Salah seorang pemelihara ayam serama, Rudiman Mazlan berumur 41 tahun dari Semariang Aman, Petra Jaya, atau lebih dikenali sebagai 'Man K' mengakui ayam serama masih mendapat tempat kerana keunikan dan juga kerana kecantikannya. Beliau kini memelihara 200 ayam serama. Pada mulanya ia dibuat sebagai hobi semata-mata, namun kerana permintaan tinggi saya menukarkannya sebagai sumber pendapatan yang agak lumayan. Ketika ini beliau menjual ayam serama jenis King 650 pada harga RM4,000 yang menjadi juara pada pertandingan ayam serama di Sadong Jaya, Sarawak dan Naib Juara di Simunjan tahun ini. Dberitahu kepada wartawan diman aayam serama jenis popular iaitu Fighter Cock yang menjadi juara pertandingan ayam serama di Simunjan dengan harga RM2,000 nilainya. Seterusnya Rudiman berkata kini nilai ayam serama adalah bergantung kepada kemampuan ayam berkenaan bergaya dengan aksi menarik ketika diperagakan. Kini beliau dakwa boleh dikatakan pendapatan bulanan hasil menjual ayam seramai sekitar RM2,000 dengan setiap ekor baka ayam itu dijual pada harga RM500. Beliau pernah menjual seekor ayam serama baka terbaik pada harga RM12,000 kepada seorang peminta dari Thailand, manakala seekor lagi kepada peminat dari Indonesia pada harga RM7,000. Beliau sebenarnya memang tidak sangka ada yang sanggup menawarkan harga setinggi itu untuk ayam serama peliharaannya.


Dalam info yang penulis blog dapati dari lamanweb Sabung Ayam Online ada mempaparkan harga Ayam Serama Terbaru Di Tahun 2017. Ayam hiasan termasuk jenis ayam serama kini merupakan salah satu haiwan kesukaan ramai yang paling banyak di gemari untuk di jadikan haiwan peliharaan. Dari jenis haiwan seperti ayam batik, ayam cemani, ayam kapas, ayam ketawa, sehingga ayam serama yang biasa di sebut ayam katek maka ia kini sedang sangat popular untuk ianya di jadikan ayam peliharaan di rumah. Minat dan hobi seperti ini selanjutnya telah dijadikan satu perniagaan atau aktiviti bisness yang lumayan disebabkan ada permintaan dipasaran khusus (niche market) dikalangan peminatnya. Kajian penulis mendapati terdapat tawaran harga untuk ayam katek seperti ayam serama yang cukup tinggi. Sebahagian besar aktiviti ini bermula dengan memelihara ayam serama berpunca dari hobi suka-suka sahaja tetapi setelah melihat harga pasaran yang sangat baik maka mereka ini mendapat idea untuk menjual dan menjadikan ia sebagai sumber pendapatan baik dan lumayan. Menternak ayam serama ini mudah asalkan ada ilmu pengetahuan menghuruskan ayam ini dengan baik. Persatuan ayam serama juga ada menganjurkan kursus bagaimana menguruskan penjagaan ayam serama daripada memilih baka ayam, makanan, penjagaan kesihatan dan sebgaainya. Kini harga terbaru ayam serama dari sumber yang dipercayai memang cukup tinggi kerana ia berpunca dari kekurangan ayam serama. Perkara ini memberikan keuntungan sangat baik kepada penternak yang mempunyai baka stok yang berkualiti. Daripada semakan penulis berikut adalah harga ayam serama mengikut umur. Daftar harga Ayam Serama Tempatan pada tahun 2017 yang berumur antara 1-1.5 bulan sekitar RM15.00 seekor. Ayam serama berumur 2 bulan sekitar RM 22.50 seekor, Harga ayam serama yang berumur 3 bulan sekitar RM30.00 seekor dan Ayam serama berumur 4 bulan 45.00 seekor. Seterusnya ayam serama yang berumur 5 bulan boleh dijual dengan harga sekitar RM60.00 seekor. Seterusnya kajian pasaran bagi sepasang ayam serama induk iaitu seekor betina dan seekor jantan RM135.00 sepasang. Bagaimana pun harga ayam serama yang menjadi juara dengan baka dkenalpasti sampai puluhan ribu ringgit adalah bergantung kepada tahap perundingan diantara peminat dan penjual. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology yang mencecah umur 10 tahun lamanya. Wasallam!!!.
AYAM CANTIK ... ITU AYAM SERAMA...
PANDAI BERAKSI... NAIK DADANYA...
SUDAH JUARA... MAHAL HARGANYA...
KEPADA PEMINAT... IA BERMAKNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 301, Hotel Aloha,
Pusat Perdagangan Pontian,
Ponyian, Johor,
Malaysia.
(29 RabiulAwal 1439H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...