mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Wednesday, December 6, 2017

KHASIAT MINYAK KELAPA

MINYAK KELAPA (Coconut oil) adalah satu daripada pelbagai produk yang dihasilkan daripada pokok Kelapa (Cocos nucifera). Pokok kelapa ditanam dibanyak negara dikawasan tropika diseluruh dunia semenjak zaman dahulu sama ada ditanam secara estet komersil atau tanaman kecil-kecilan keliling rumah. Terdapat lebih daripada 110,000 hektar tanaman kelapa di Malaysia yang dilaporkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia (2013) tetapi hanya tinggal 86,000 hektar sahaja pada tahun 2017 akibat banyak kawasan tanaman kelapa telah bertukar kepada tanaman lain tertamanya kelapa sawit (Elaeis guineensis). Beberapa produk dari pokok kelapa adalah seperti Buah kelapa Segar, Minyak kelapa dara (VCO), Santan kelapa, Air kelapa, Nira, Gula Melaka, Jelly air kelapa, Lidi penyapu, Kayu dari batang kelapa, Sarung ketupat, Sungkupan tanaman dan banyak lagi. Satu produk yang telah lama ianya diusahakan secara tradisional adalah MINYAK KELAPA. Pengeluaran minyak kelapa dunia pada tahun 2012 dilaporkan FAO adalah sebanyak 6.24 juta metrik tan atau hanya 2.5% daripada pengeluaran minyak sayur dunia. Minyak kelapa merupakan bahan kulineri yang paling asasi semenjak digunakan oleh manusia kerana khasiatnya dalam menjamin kesihatan manusia. Ia dikaitkan dengan kemampuannya untuk tujuan membersihkan saluran darah, mengatasi masaalah dalam kardiovaskular, menguatkan otot-otot, membaiki kulit dan juga nyembuhkan luka. Minyak kelapa juga digunakan secara meluas dalam menyediakan produk kesihatan asas serta kebanyakkan minyak urut memang berasaskan minyak kelapa. Walau pun rakyat Malaysia kini lebih biasa dengan minyak kelapa sawit, tetapi permintaan terhadap minyak kelapa terus meningkat saban tahun dalam pasaran khusus. Indonesia antara negara yang banyak menghasilkan minyak kelapa dirantau ini dengan kemampuannya untuk pasaran domestik dan ekspot. Artikel petang Ahad ini saya menulis mengenai khasiat minyak kelapa hasil daripada beberapa rujukkan semasa lawatan dengan warga Johor beberapa tahun dahulu ke Indonesia untuk meninjau teknologi berkaitan. Artikel dalam "Anim Agro Technology" ini adalah untuk bacaan dan juga rujukkan anda semua.

Khasiat minyak kelapa telah banyak dibuat kajian dan testimoni semenjak lama dan merupakan bahan asas yang penting dikalangan semua masyarakat  tempatan sebelum ujudnya perubatan moden. Tahukah anda dalam usaha untuk memperoleh kecantikan memang dilaporkan kita boleh menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti minyak kelapa. Buah Kelapa yang disaluti dengan lapisan kulit tebal dan tempurung mengandungi lapisan isi berwarna putih yang didalamnya ada bahan berkhasiat (Sila lihat fotoo disebelah). Buah kelapa akan matang dalam masa satu tahun selepas proses pendebungaa dengan kemudian ia gurur atau dipetik. Isi kelapa ini yang akan diproses melalui mesih perah santa untuk menghasilkan santan yang mana ia mengandungi bahan lemak serta bahan lain yang berbagai kegunaannya. Selain itu kelapa matang ini juga mengandungi air kelapa yang kini diproses untuk dijadikan air minuman berkhasiat dengan teknologi pemprosesan yang khusus. Penulis blog banyak melawat kilang memproses buah kelapa menjadi santan kelapa, kerisik, pes dan sebagainya dahulu diseluruh negara. Pada masa ini kadar pengeluaran kelapa tempatan sekitar 650 juta biji dan sebanyak 100 juta biji diimport dari Indonesia setiap tahun menjadikan jumlah keperluan kelapa sebanyak 750 juta biji setahun. Permintaa buah kelapa semakin meningkat setiap tahun dan ianya perlu ada program khas pengeluaran kelaa dalam negara untuk jangkamasa akan datang.

Khasiat minyak kelapa untuk kegunaan dalam makanan dan kecantikan dan kulit memang tidak dapat disangkal lagi. Mungin ramai yang elah membaca akan khasiat dan kehebatan minyak kelapa. Ia dihasilkan melalui proses engeringkan kelapa menjadi KOPRA sebelum inya diproses sehingga menjadi minyak kelapa dengan pelbagai gred. Indonesia dilaporkan diantara negara yang banyak menghasilkan minyak dan produk berasaskan kelapa selain daripada Filipina di rantau ini. Apa pun kali ini saya ingin berkongsi info mengenai beberapa khasiat minyak kelapa yang wajar diketahui. Pertama dimana minyak kelapa merupakan bahan Pelembab Kulit dan Bibir. Ini kerana terdapat asid lemak dalam minyak kelapa yang didakwa membantu kulit mengunci kelembapannya. Minyak kelapa boleh digunakan pada bahagian siku dan lutut agar tidak menjadi kasar dan menghitam. Kandungan asid lemak ini juga berguna untuk melembabkan bibir. Jadi disyorkan untuk menyapukan sahaja minyak kelapa sebagai pengganti gincu komersil anda. Kedua memang minyak kelapa telah lama digunakan sebagai MINYAK URUT (Massage Oil).  Jika anda tidak menyukai massage oil terus melekat dan terasa lekit di tubuh maka pilih minyak kelapa boleh menjadi alternatifnya. Meskipun digunakan untuk melancarkan urutan selalunya minyak kelapa mudah menyerap pada kulit sehingga anda tidak lagi rasa melekit setelah berurut.

Mungkin ramai dikalangan kita kurang tahu dimana minyak kelapa sebenarnya merupakan bahan Pembersih Mekap. Ini kerana minyak kelapa merupakan salah satu cecair yang sangat berkesan untuk menanggalkan sisa-sisa mekap pada kawasan sekitar mata. Kandungan anti bakteria dan pelembab semulajadinya dengan lembut menanggalkan kesan solekan mata. Oleh itu sebaiknya gunakan kapas yang telah diletakkan minyak kelapa, kemudian gosok perlahan-lahan dengan gerakan memutar pada area mata untuk membersihkan sisa-sisa solekan tersebut. Minyak kelapa juga merupakan bahan Pembersih Muka (Scrub Badan atau Wajah) yang baik. Caranya dengan mencampurkan minyak kelapa dan gula perang untuk membuat body scrub boleh digunakan untuk membersihkan kulit dari kulit mati yang masih melekat di tubuh. Ini adalah kerana khasiat minyak kelapa yang memiliki kandungan anti kulat. Anda boleh menggunakan skrub untuk membersihkan kaki.Selain untuk tubuh, anda juga boleh membuat skrub kulit wajah menggunakan minyak kelapa yang dicampur dengan baking soda. Gosokkan perlahan pada wajah dan anda akan mendapatkan wajah halus seperti bayi. Minyak kelapa juga sesuai digunakan sebagai Krim Mata yang efektif. Kandungan pelembab pada minyak kelapa dapat membantu anda mengurangi garis-garis halus pada kawasan mata. Kandungan ini akan memberikan nutrisi yang cukup sehingga kulit di sekitar mata akan tetap terjaga kelembapannya.

Dalam dunia perubatan sebenarnya telah lama minyak kelapa digunakan untuk  Mengatasi Kulit Terbakar. Ada juga cadangan agar anda tukar sunblock atau sunscreen yang biasa anda gunakan dengan minyak kelapa. Semburkan minyak kelapa ke kulit ketika anda melakukan aktiviti di bawah terik matahari yang akan membuatkan warna kulit lebih semulajadi tanpa terbakar. Jika kulit anda terlanjur terbakar pun maka anda masih boleh menggunakan minyak kelapa untuk mengatasinya. Minyak kelapa juga dijadikan bahan masakan yang berkhasiat. Kalau dahulu mesyarakat tempatan hanya menggunakan minyak kelapa sahaja maka ia memberikan makanan yang sesuai dimakan. Minyak kelapa juga sering dioleh untuk dijadikan Minyak Rambut yang  berkhasiat. Penduduk kaong dizaman dahulu hanya menggunakan minyak kelapa sebagai minyak rambut membolehkan lambat beruban, rambut tidak gugur dan kekall berkilat. Ia juga mampu membunuh kutu dalam rambut yang menyebabkan kegatalan penduduk luar bandar. Banyak lagi kehebatan dan khasiat mengenai minyak kelapa ini yang anda boleh rujuk pada tulisan lain. Semuga anda mendapat info berguna kepada pembaca blog anim agro technology semua. Wasallam!!!..
TANAM KELAPA.. BUAH DIGUNAKAN...
HASIL SANTAN... UNTUK MASAKKAN...
MINYAK KELAPA... ADA KHASIATNYA....
MENULIS ARTIKEL... UNTUK SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 430, Hotel Dorsett,
WP, Putrajaya,
Malaysia.
(7 Safar 1439H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...