KLIK SAYA SOKONG BLOG

Saturday, October 14, 2017

EKSPORT NANAS PERTAMA KE CHINA

MALAYSIA berjaya menghantar satu kontena nanas ke negara China pada 12 Oktober 2017 sebagai satu langkah mula proses pengeksportan buah nanas premium tersebut. Nanas (Ananas comosus) merupakan salah satu daripada buah-buahan tropika dari negara kita yang telah diterima oleh negara China setelah perundingan mengenai pasaran eksport ini dirundingkan semenjak 13 tahun dulu. Pihak Jabatan Pertanian bersama dengan beberapa pihak lain terlibat bagaimana pun mula serius dengan proses dalam penyediaan protokol pengksportan buah nanas ini pada tahun 2013 sehingga ianya berjaya ditandatangani oleh Perdana Menteri Malaysia dengan Kerajaan China pada 13 Mei 2017. Protokol mengandungi 8 perkara ini perlu dipatuhi pihak pengeksport dalam mempastikan negara ini mampu menyumbang kepada sektor eksport didalam industri nanas negara. Potensi pasaran nanas pada peringkat permulaan ini sebanyak RM320 juta setahun menjelang 2020 dimana lebih kawasan nanas varieti MD2 perlu ditanam untuk pasaran dometik dan eksport. Menurut pemilik Syarikat Top Fruit, Dr Tan permintaan tinggi buah nanas di China bermula daripada bulan Ogos - Febuari sebelum ia menjadi sederhana untuk dua bulan. Permintaan buah nanas dinegara tersebut bagaimana pun rendah pada bulan April - Julai kerana ada pengeluaran daripada Taiwan dan China sendiri. Harga buah nanas MD2 sekitar RM2,000 satu metrik tan di negara tersebt dan turun nak bergantung kepada banyak faktur. Penghantaran hanya kepada 3 pelabuhan sahaja untuk buah nanas dengan mengambil masa 11-12 hari melalui kapallaut daripada Pelabuhan Kelang ke China. Teknologi rawatan buah nanas MD2 untuk pasaran eksport kini telah menggunakan Rawatan Vapormate dimana amat praktikal. Artikel subuh hari ini didalam "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai satu sejarah penghantaran satu kontena nanas MD2 ke negara China sebagai satu permulaan kepada industri nanas negara ke China seperti dilaporkan oleh beberapa akhbar tempatan.

Pada peringkat awal ini terdapat 2 syarikat yang telah diluluskan sebagai pengeksport nanas ke China iaitu Syarikat Top Fruit dan Rompine (RIPP) sementara 2 syarikat iaitu KPF dan NAZA dalam proses kelulusan. Kedua-dua syarikat ini telah diperiksa oleh Jabatan Pertanian Malaysia memenuhi syarat-syarat untuk proses pengeksportan nanas MD2 ke China seperti keperluan protokol. Penulis yang turut melihat kemudahan rawatan untuk eksport dapati Dr Tan menggunakan 2 unit kontena untuk proses rawatan vapourmate (Sila lihat foto disebelah). Setiap satu kontena dengan ukuran sepanjang 40 kaki mampu diisi sebanyak 1,000 kotak berisi nanas dimana beratnya sekitar 2kg/kotak. Kotak ini mengandungi sebanyak 8 biji atau 9 biji atau10 biji buah nanas yang disusun dan dilabel. Semua buah ini akan melalui proses fumigasi dengan gas vapourmate selama 4 jam. Kadar bahan yang digunakan sekitar 19 kg bahan Etil bromide bagi setiap satu kontena.Proses fumigasi didalam chamber yang mana keluasan chamber yang ada sekarang cuma mampu menampung hanya untuk 1,000 kotak sahaja. Oleh itu bagi mendapatkan kesan rawatan optima perlu disusun hanya kepada hanya 5 lapisan sahaja. Ini adalah membolehkan dan mempastikan proses fumigasi ini boleh berlaku dalam keadaan yang sempurna. Kesemua nanas yang dirawat akan dimasukan kedalam sebuah kontena 40 kaki EVERGREEN dengan kapasiti sebanyak 1,500 kotak (carton) menyebabkan perlu rawatan yang lain untuk dijalankan.

Daripada tinjauan penulis mendapati dimana sumber buah nanas Syarikat TopFruits dibeli melalui sistem 'contract farming' dengan ladang yang ada persijilan MyGAP. Pada masa ini dua buah ladang tersebut adalah  FIMA Sdn. Bhd di Kluang dan juga Zuan Yuan Tani di Simpang Rengam, Johor. Dimaklumkan pada masa ini syarikat membeli buah nanas dengan harga belian sekitar RM2.05 sekilogram atau pun sekitar RM2,050/tan iaitu belian pada harga ladang. Ini kini merupakan satu tawaran harga yang menarik kepada pekebun nanas MD2 tempatan. Bagaimana pun daripada semua buah yang dibeli oleh syarikat sekitar 85% sahaja yang menepati piawaian untuk eksport ke China dan bakinya adalah untuk pasaran domestik atau diproses. Syor LPNM bagi kualiti buah untuk dieksport melalui tempoh tuaian diantara 135 -145 hari selepas pproses menghormone.  Pada masa ini tahap indeks kematangan diantara diantara indeks 0 hingga indeks 1. Daripada analisa penulis telah mendapati bagi keperluan untuk eksport dijangka perlukan kawasan seluas 1 ekar bagi mengisi satu kontena. Kini untuk tahun pertama (2017) hanya 3 pelabuhan yang dibenarkan pihak AQSIQ China untuk pendaratan buah nanas yang dieksport ke China menggunakan 3 pelabuhan iaitu Pelabuhan Shenzhen, Shanghai dan pelabuhan Liaoning. Proses mengeksport selama 10 hari perjalanan  daripada pelabuhan Port Klang ke Shanghai melibatkan 2 hari untuk kelulusan kastam (custom clearance). Pihak Top Fruits telah pun membuat ujian makmal seperti beberapa parameters iaitu tahap pH dan kelembapan. Pihak DOA akan datang untuk pemeriksaan sijil Phytosanitari untuk setiap kali proses eksport. Pihak LPNM akan bantu untuk mendapatkan sampel buah untuk ujian di makmal. Jadual Eksport Top Fruits dilakukan pada setiap hari Selasa dan Khamis (Dua hari seminggu dengan kapasiti 8 kontena sebulan). Didakwa pada masa ini jumlah permintaan sebenar daripada agen pembeli di China yang bersedia menerima sebanyaak 20 kontena seminggu atau kapasiti sebanyak 80 kontena sebulan.

Sebelum ini syarikat telah membuat 'Trial eksport' dimana sebanyak 120 kilogram berjaya telah dihantar untuk pemeriksaan fizikal dan makmal oleh AQSOQ China bagi pemeriksaan untuk kandungan logam berat dan residu yang ujud. Hasil ujian mendapati dimana pemeriksaan fizikal telah diluluskan oleh AQSIQ dan membolehkan pengeksportan pertama ini  dijalankan. Hanya ada sedikit laporan makmal yang masih menunggu kelulusan rasmi walau pun secara tidak rasmi ianya telah berjaya mengatasi tahap kelulusan. Menurut Dr Tan, pada masa ini terdapat 5 pembeli yang bersedia untuk membeli buah nanas segar daripada Top Fruits. Mereka sebenarnya merupakan rakan perniagaan dan pembeli sedia ada yang telah bekerjama untuk import buah durian kenegara tersebut oleh syarikat ini. Jumlah ini juga sebenarnya hanya 10% sahaja daripada keperluan kuantiti eksport. Penilaian penulis mendapati ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki untuk masa akan datang daripada pihak Top Fruits seperti menambah baik terutama sistem persediaan memproses secara otomatik untuk junmlah buah yang banyak. Syarikat merancang untuk membeli peralatan daripada Itali yang mampu memproses buah nanas untuk dimasukkan dalam fumigasi dengan lebih cekap dimasa akan datang. Pihak Jabatan Pertanian dan LPNM perlu pastikan lebih ramai pekebun nanas MD2 mempunyai sistem persijilan MyGAP untuk memenuhi permintaan eksport nanas ke China dan beberapa negara lain. Syarikat ini dan beberapa pengeksport lain merupakan dan dianggap sebagai 'fasilitator' untuk pekebun nanas MD2. Ia akan memberikan kesan 'spill over' kepada pekebun-pekebun nanas terutama di Johor. Perkembangan ini membolehkan industri nanas boleh menikmati jaminan harga yang menarik dan jaminan pasaran. Sebagai perbandingan penulis dapati biasanya harga buah Nanas N36, Nanas Moris dan Nanas Gandul yang dihantar ke kilang hanyalah RM 700 - 800 satu tan. Kini dengan harga nanas MD2 yang ditawarkan oleh Top Fruits sekitar  RM2,050 tan dijangka akan dpat memberikan lebihan pendapatan kepada pekebun-pekebun nanas dengan tambahan sekitar RM 1,250 - RM 1,350 satu tan. Syarikat kini mengmbil semua buah dari kebun kecuali buah nanas MD2 yang bersaiz X-L sahaja. Syarikat ini kini memberi khadmat memetik dan mengangkut buah nanas dari ladang. Kajian juga menunjukkan kadar harga 'contract farming' yang pernah ditawarkan oleh pengeksport lain sebelum ini sekitar RM1,500 satu tan  untuk saiz buah antara 1.3 – 2.00 kg. Biasanya untuk saiz buah yang lain harganya lebih rendah dan kadang-kadang syarikat lain ini juga tidak akan beli semua daripada ladang. Apa pun pihak LPNM perlu bersedia dengan piawaian seperti SIRIM Standard atau pun SOP untuk pengeksportan buah nanas segar.


(1) AKHBAR BERITA HARIAN ONLINE

Nanas Malaysia mula tembusi pasaran China

Oleh Mohamed Farid Noh
BISNES»PasaranKhamis, 12 Oktober 2017 | 6:11pm

KETUA Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, Datuk Mohd Anim Hosman (kanan) bersama Pengarah Pemasaran dan Jualan Top Fruits, Dr Tan Sue Yee (tengah) memegang nanas yang telah lulus untuk dieksport ketika Majlis Perasmian Penghantaran Nanas Segar Perintis ke Negara China di Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Buah Top Fruits di Parit Sulong. - Foto Adi Safri

BATU PAHAT: Malaysia melakar sejarah baharu apabila mula mengeksport nanas ke China hari ini, selepas empat tahun cuba menembusi pasaran terbesar dunia itu. Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Datuk Mohd Anim Hosnan, berkata sebanyak 12 tan metrik atau 12,000 kilogram nanas daripada variati MD2 atau dikenali sebagai nanas madu di pasaran tempatan mula dieksport ke Shanghai sebagai kumpulan perintis nanas segar pertama. Katanya, nanas MD2 keluaran Malaysia diiktiraf sebagai nanas terbaik dunia berikutan rasanya yang manis serta warna keemasannya dan mendapat permintaan tinggi di negara luar termasuk China."Eksport pertama nanas variati MD2 oleh pengedar tempatan, Syarikat Top Fruits Sdn Bhd yang berpangkalan di daerah ini dijangka tiba di Shanghai pada 23 Oktober depan. "Ia sekali gus mencatat sejarah baharu selepas kejayaan kita mengeksport durian Malaysia ke China tahun lalu, hari ini pula kita mula mengeksport nanas MD2 yang sememangnya mendapat permintaan tinggi penduduk dunia dan masyarakat tempatan.

"Eksport nanas negara dijangka meningkat dua kali ganda kepada RM320 juta setahun menjelang tahun 2020, berikutan kejayaan menembusi pasaran China diiringi keupayaan industri untuk menambah kapasiti penanaman dan pemprosesan," katanya. Beliau berkata demikian selepas menyaksikan penghantaran 12 tan metrik nanas MD2 ke China di Parit Sulong, hari ini. Yang turut hadir, Setiausaha Bahagian Pemasaran dan Eksport Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Dr Hanisah Hussin. Mohd Anim berkata, kejayaan nanas segar negara menembusi pasaran China selepas kedua-dua negara menandatangani Protokol Keperluan Fitosanitasi pada Mei lalu. Protokol berkenaan ditandatangani ketika kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke negara itu, pada Mei lalu.



(2) Akhbar UTUSAN MALAYSIA ONLINE
12 tan nanas segar pertama dieksport ke China

UTUSAN ONLINE, 12 Oktober 2017 5:30 PM


MOHD. Anim Hosnan (tiga dari kiri) melihat nanas varieti MD2 yang akan dieksport ke China di Kilang Top Fruits Sdn. Bhd. di Parit Sulong, Batu Pahat, Johor, sebentar tadi. - 


BATU PAHAT 12 Okt. - Malaysia melakar sejarah baharu apabila mengeksport sebanyak 12 tan metrik nanas segar ke China susulan kejayaan kedua-dua negara menandatangani Protokol Keperluan Fitosanitasi pada Mei lalu. Eksport pertama nanas varieti MD2 oleh pengedar tempatan, Syarikat Top Fruits Sdn. Bhd. yang berpangkalan di daerah ini dijangka tiba di Shanghai pada 23 Oktober depan. Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Datuk Mohd. Anim Hosnan berkata, pintu pasaran China berjaya dibuka untuk produk nanas Malaysia melalui protokol berkenaan ketika kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke negara tersebut.

“Ini adalah hari yang bersejarah kerana pertama kali usaha Malaysia sejak beberapa tahun lepas untuk mengeksport nanas ke China akhirnya berjaya direalisasikan. “Top Fruits Sdn. Bhd. adalah syarikat pertama yang mengeksport buah premium ini sebelum diikuti oleh tiga syarikat lain yang juga telah memenuhi syarat ketat dalam protokol tersebut,” katanya ketika menyaksikan penghantaran 12 tan nanas MD2 berkenaan, di sini sebentar tadi. Protokol Keperluan Fitosanitasi ditandatangani oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Pentadbiran Am mengenai Pengawasan Kualiti, Pemeriksaan dan Kuarantin China, Zhi Shuping sambil disaksikan Najib dan rakan sejawatnya, Li Keqiang. 

  

(3) SIN CHEW Online
Eksport Nanas 12 mt ke China


(4) CHINA DAILY
China opens pineapple market to Malaysia for first time
Date: 10 Oct 2017

China has opened the market to Malaysian pineapples for the first time, with the first batch of products arriving at the Shanghai Pudong International Airport 30 Sept. According to a statement released by Shanghai Entry-Exit Inspection and Quarantine Bureau, the first batch of pineapples, weighing 120 kilograms, is a small quantity. The fruits will be sold in Shanghai. The governments of China and Malaysia signed the trade protocol in May during the Belt and Road Forum for International Cooperation in Beijing. According to the plan, Malaysia is expected to export 12,000 tons of pineapples worth around 63.9 million yuan ($9.6 million) a year to China. China is the largest trading partner of Malaysia.
Source: China Daily

Semuga sejarah penghantaran pertama nanas MD2 ke China ini menjadi titik mula kejayaan industri nanas negara. Wasallam!!!...
EKSPORT NANAS... KENEGARA CHINA...
SATTU KONTENA....EKSPORT PERTAMA...
SYKT TOP FRUIT...VAPOURMATE DIGUNA...
INDUSTRI NANAS...CERAH MASA DEPANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Syarikat Top Fruit Sdn Bhd,
Parit Sulong, Batu Pahat,
Johor, Malaysia.
(12 Oktober 2017)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...