KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, October 24, 2017

DAUN KUNYIT - APA GUNA

DAUN KUNYIT merupakan sejenis daun yang selalu dicari terutama dimusim perayaan orang Islam pada Hari Raya Puasa atau Hari Raya Haji.Daun kunyit diambil daripada pokok Kunyit (Cucuma domestica) yang mudah ditanam dalam kebun mahupun dalam pot atau pasu disekeliling rumah. Menanam kunyit mudah sahaja dengan mengambil umbiai kunyit matang yang segar dan ditanam dalam tanah atau media tanaman dalam pasu. Ia akan tumbuh dengan mudah dengan menyiram dan membaja mengikut amalan yang telah ada. Biasanya daun kunyit yang ditanam sendiri disekeliling rumah sesuai digunakan, segar dan selamat dimakan. Pada penulis blog mendapati dimana khasiat dan kegunaan tanaman kunyit tidak asing lagi bagi seluruh warga Malaysia yang telah turun temurun menggunakannya sebagi rempah-rempah dan bahan ubat yang mujarab yang mudah serta murah didapat. Kunyit (Curcuma longa linn. syn. dengan nama Curcuma domestica val. ) tergolong dalam kategori tanaman rempahratus atau herba dijadikan bahan ubatan semulajadi di Asia Tenggara. Tanaman ini kemudian tersebar ke wilayah Indonesia, India, Australia sampai ke Afrika. Rempah Kari yang merupakan komponen penting didalam masakkan India menjadikan makanan ini popuar dinegara kita. Rempah kari dibuat dengan menggunakan komponen serbuk kunyit sebagai bahan utama. Kunyit yang dikelaskan didalam keluarga Zingiberaceae juga dikenali dengan pelbagai nama lain seperti Turmeric ( English), Kurkuma (belanda), Kunyit (Indonesia serta Malaysia), Kunir (Jawa ), Koneng (Sunda), Konyet (Madura) dan sebagainya. Kunyit (Curcuma longa) dari famili Zingiberaceae ini sesuai tumbuh dengan baik ditanah mineral yang gembur dengan banyak bahan organik. Selain daripada bahagian umbisi kunyit yang berad didalam tanah untuk dituai dan digunakan, DAUN KUNYIT juga mempunyai nilai ekonominya yang tersendiri. Artikel subuh ini saya menuis dalam "Anim Agro Technology" megenai daun kunyit dan perkara yang berkaitan dengannya untuk dijadikan bahan rujukkan. 
Kandungan kunyit.

Tanaman kunyit menghasilkan umbisi dan daun yag kesemuanya berguna kerana ia mengandungi bahan yang berkhasiat untuk dijadikan ubat. Bahan tersebut dikenali dengan nama Curkuminoid yang terdiri dari Curkumin, Desmetoksikumin sebanyak 10% dan bahan lain iaitu bahan penting seperti Bisdesmetoksikurkumin sebanyak sekitar 1-5%. Terdapat beberapa zat- zat bermanfaat lainnya seperti minyak pati yang terdiri dari Keton Sesquiterpen, Turmeron, Tumeon 60%, Zingiberen 25%, Felandren , Sabinen, Borneol dan Sineil. Kunyit juga mengandungi bahan Lemak sebanyak 1 -3%, Karbohidrat sebanyak 3%, Protein 30%, Pati 8%, Vitamin C (45-55%) dan garam-garam mineral seperti Ferum, Posforan dan juga Kalium. Pada saya mendapati kuyit segar terasa agak pahit dengan campuran sedikit pedas, berbau khas aromatik, berwarna kuning serta tidak beracun. Kandungan bahan kimia utama yang terdapat didalam jejari kunyit seperti minyak pati serta kurkuminoid. warna kuning kunyit datang dari kurkuminoid yang memiliki kandungan kurkumin. Aroma khasnya yaitu dari minyak pati yang memiliki kandungan alkohol sesquiterpen. Manfaat dan kegunaan kunyit dalam rumah tangga mmang tidak asing lagi. Kunyit boleh menambahkannya perisa enak didalam masakan sebagai di antara ramuan. Kunyit juga dipakai sebagai pewarna semulajadi dalam masakan yang tidak carsinogenik diamana ia tidak menyebabkan sebarang kesan sampingan serta selamat dimakan meskipun didalam jumlah yang agak banyak. Ia memberikan warna kuning dan turut memberikan aroma yang khas serta boleh menutup bau yang tidak enak yang ujud pada telur serta daging.

Mengenali tumbuhan kunyit ini mudah kepada mereka yang selalu berkebun atau kepasar untuk membelinya. Kunyit sudah digunapakai semenjak lebih 2,500 tahun dulu iaitu di India. Mereka telah lama menggunakan bahan kunyit didalam cara perubatan tradisional termasuk Ayurverda. Kunyit banyak dipakai disebabkan ai memang mempunyai mutu antiseptik serta antibakteria terbaik disamping mampu untuk memberikan kesan yang sama juga dengan Fluoride untuk gigi, mengubati Psoriasis serta peradangan sendi dan mengatasi masalah pencernaan serta tekanan (depression). Pada tanaan kunyit antara cirinya seperti batangnya tidak bercabang, bentuknya memanjang dan merupakan batang perdu yang tertutup rapat oleh pelepah daun, berwarna hijau agak keunguan (Sila lihat foto disebelah). Setiap tumbuhan dewasa ada daun 3-8 helai daun, panjang daun beserta pelepahnya sekitar 70 cm, tanpa lidah daun, berambut halus jarang-jarang, helai daunnya berbentuk lanset lebar, hujung daun tirus dengan panjangnya 28-85 cm dan lebar 10-25 cm. Biasanya bahagian tepi daun rata, tulang daun menyirip dengan bentuk umbisi sempurna bercabang-cabang yang selalunya berwarna jingga dan berbau aromatik. Morfologi akar kunyit selalunya berbentuk bulat dan panjang dengan diameter 1-2 cm serta panjang 3-6 cm dari ruas-ruasnya dapat tumbuh tunas baru yang akan berkembang menjadi tanaman baru. Tangkai bunga selalu berambut, bersisik, daun kelopak berambut, bentuk lanset. Kelopak bunga berbentuk tabung dengan ukuran panjang 9-13 mm. Tanaman kunyit perlukan tanah subur dengan saliran yang baik dan mudah dijaga.

DAUN KUNYIT kini telah dikomersilkan sebagai salah satu bahan pnting untuk masakkan. Sebut sahaja masakan rendang daging atau endang ayam pastinya daun kunyit diperlukan sebagai bahan ramuan penting. Keenakan rendang ini memang berkait dengan hirisan daun kunyit yang ditabut didalamnya. Begitu juga ikan dibalut dengan daun kunyit yang memberikan citarasa tersendiri akan rasa dan aromanya (Sila lihat foto disebelah). Ikan ini enak dimakan bersama nasi putih dan dihidangkan semasa suam panas bersama ahli keluarga. Ayam Goreng Balut Daun Kunyit atau Daun Pandan juga kini menjadi pilihan ramai kerana rasa dan aromanya yang memang enak. Tanpa daun kunyit penulis blog fikir masakan pindang ikan memang kurang keenakannya. Daun kunyit yang dimasukkan didalam masaakan pindang bersama halia, tomato, serai dan sebagainya akan memberikan kenakkan dan menghilangkan bau hanyir ikan yang dimasak. Ada juga dikalangan suri rumah yang menjadikan daun kkunyit sebagai bahan hiasan masakkan mereka. Selain daripada khaiat dari daun kunyit dan ia mudah didapati, adalah amat digalakkan agar lebih ramai dikalangan kita menanamnya sendri dalam pasu disekeliling rumah sendiri. Ia mudah dijaga jika ditanam dengan menggunakan media tanaman seperti cocopeat dan sebagainya. Daun kunyit yang ditanam ini boleh diguna sendiri, dihadiahkan kepada jiran atau dijual kepada orang yang memerlukannya. Semuga tulisan ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
TANAM KUNYIT... MUDAH SAHAJA...
DALAM PASU... COCOPEAT DIGUNA...
SELALU DISIRAM...ELAK SERANGGA...
GUNA SENDIRI... SEGAR ENAKNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(27 Muharam 1439H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...