KLIK SAYA SOKONG BLOG

Saturday, June 10, 2017

KETUMBAR - SEJENIS REMPAH RATUS


KETUMBAR (Coriandrum sativum) merupakan sejenis tanaman dari keluarga Apiaceae yang dikategorikan sebagai tanaman rempahratus. Tanaman ini dipercayai berasal dari kawasan Eropah Selatan, Benua Afrika Utara dan Kawasan Asia Barat. Rakyat Malaysia menggunakan ketumbar dalam bentuk biji ketumbar dan juga kini popular menggunakan daun ketumbar dalam makanan mereka. Saya rasa ketumbar mesti ada setiap masa dalam simpanan di dapur kerana khasiatnya dan memberikan rasa makanan yang sangat lazat. Nama lain bagi tumbuhan ini seperti Ketumbar (Malaysia/ Indonesia), Coriander or Chinese Parsley (English), Cilantro (USA), Dhania (India), Phak Chee (Thailand) dan berbagai lagi. Tanaman Ketumbar bukan tanaman popular di Malaysia untuk menghasilkan bijirin ketumbar tetapi ia ada ditanam terutama dikawasan tanah tinggi untuk menghasilkan daun ketumbar bagii tujuan masakkan. Kajian penulis mendapati tidak ada maklumat rasmi mengenai tanaman ketumbar di Malaysia setiap tahun kerana ia amat kecil dan kurang signifikan dikumpulkan. Daun ketumbar ada dijual sebagai 'daun ketumbar segar' untuk bahan masakkan. Tumbuhan ketumbar adalah sejenis tumbuhan yang lembut dengan ketinggian mampu mencapai sehingga 50 cm dengan batang yang lembut. Daun ketumbar berwarna hijau, bergigi dan berbentuk 'open lobed' serta berbagai bentuk lain. Daun ketumbar mempunyai aroma yang kuat dan sering dijadikan ramuan penting masakan Thai Tomyam atau nasi minyak. Batang Ketumbar berwarna hijau yang sederhana lembut. Bunganya berwarna putih atau merah jambu yang lebar 5-6 cm dan lebar 2-3 cm. Akar ketumbarseperti 'annual herbs' yang lain mempunyai akar serabut. Komponen terpenting ketumbar adalah bijinya yang buat berwarna cokklat kekuningan bersaic garispusat 1-2 mm. Biji-biji ketumbar kering merupakan bahagian yang dikomersilkan sebagai produk ekspot beberapa negara pengeluar didunia. Artikel kali ini penulis berkongsi maklumat dalam "Anim Agro Technology" mengenai Teknologi Tanaman Ketumbar berdasarkan ilmu pengetahuan yang ada sebagai 'orang otai pertanian' yang banyak membuat pemerhatian dan pembacaan tentang pertanian.

Tanaman ketumbar di Malaysia hampir kesemuanya adalah untuk penghasilan daun dan saya belum jumpa penanaman ketumbar untuk penghasilan biji ketumbar komersil di Malaysia. Kaedah tanaman juga hanya sedikit yang ditanam secara bersistem seperti di Cameroon Highland dan Kundasang untuk penghasilan daun dimana yang lainnya ditanam secara kecil-kecilan atau tanaman hobi sahaja. Penulis menganggarkan seluas 20-30 hektar CHE tanaman ketumbar di tanam di Malaysia setiap tahun untuk kegunaan domestik dan sedikit untuk diekspot ke Singapura dan Brunei. Oleh kerana ketumbar di Malaysia untuk kegunaan segar sahaja maka ianya merupakan jenis sayur yang cepat rosak tanpa kaedah penyimpanan yang sempurna. Ketumbar di tanam dengan menggunakan biji benih yang dipilih dari pokok yang matang dan menyemai terus diatas batas dengan jarak 4 cm x 35 cm kerana jika disemai ditempat lain kemudiah diubah ianya mudah terencat (Sila lihat foto disebelah). Kawasan yang sesuai untuk tanaman ketumbar mestilah dari jenis gembur berpasir yang tidak mudah ditenggelami air. Ketumbar memerlukan sistem pengairan sempurna seperti mikro-sprinkler atau spray jet. Kawasan batas perlu di gemburkan dan gaulkan dengan baja organik (180-200 kg/ha) dan kapor (2-3 mt/ha) untuk meningkatkan kesuburan tanah. Elakkan daripada menggunakan baja Nitrojen yang berlebihan kerana ianya akan mengurangkan kualiti ketumbar dan melambatkan proses pembentukkan bunga dan biji. Buat penyiraman selepas menanam dan jalankan penjarangan dengan jarak 20 cm selepas 7-10 hari apabia tumbuh setinggi 4-5 cm atau ada petani yang langsung tak buat penjarangan. Kawalan rumpai sebaiknya dijalankan dengan cara menyembur racun pra-cambah seperti Atrazine diatas batas sebelum menanam dan elakkan penggunaan racun rumpai diatas batas untuk pasaran segar daun dan batang. Pembajaan dengan baja 15:15:15 sebanyak 10-12 gram/pokok pada hari ke 14 dan juga sedikit baja urea. Penggunaan baja semburan daun (Baja Foliar) akan menjadikan pokok ketumbar akan menjadi lebih subur. Antara perosak tanaman ketumbar seperti Ulat Makan Daun dan juga ulat pengorek batang yang boleh dikawal dengan Amalan Pertanian baik dan racun yang sesuai. Penyakit yang menyerang tanaman ketumbar seperti Bintik Daun Bakteria (disebabkan oleh patogen iaitu Pseudomonas syringe yang menyerang daun kemudiah bertukar jadi hitam dan buruk. Bakteria ini adalah jenis 'soil borne' yang sukar dikawal dan mudah meebak jika terkena percikan air kepada daun. Tanaman ini merupakan tanaman yang kurang diserang penyakit dan perosak secara serious.

Bagi penghasilan untuk batang dan daun segar pokok ketumbar akan di tuai dalam masa 40 - 60 hari bergantung kepada kaedah pengurusan. bagi pengeluaran biji ketumbar dituai selepas 120 hari. Jika tanaman dibiarkan ianya akan mengeluarkan bunga. Tanaman ini sebenarnya boleh di potong batangnya dan dibuat sistem ratoon. Varieti yang ada di Malaysia adalah varieti tempatan yang hanya sesuai untuk tujuan penghasilan daun dan batang. Tuaian dijalankan dengan mencabut pokok yang matang dan di bersihkan dari tanah dengan membasuh sebelum diisikan ke dalam bakul pemasaran. Harga ladang di kawasan Tangkak dan Johor Baru yang saya lawatiu diantara RM 2.00 - RM 3.00 sekilogram. Kajian melalui pembacaan saya mendapati ketumbar mengandungi pelbagai khasiat dari daun, biji dan batangnya. Kandungan khasiat seperti bahan Sabinene, Myrcena, Ocemene, felandren, linalool,Decnal, Geraniol, Transtridecen, Camfena, Asid Petroselinate, d-manite, Skopoletide dan p-semina merupakan komponen penting dalam ketumbar. Ketumbar digunakan sebagai herba perubatan untuk banyak masaalah kesihatan seperti mampu membuang angin badan (kentut), menambah selera atau nafsu makan, meningkatkan prestasi pencernaan perut, kurangan tekanan darah tinggi, elakkan muntah2, buasir, masuk angin malahan ada kata boleh elakkan penyakit campak. Cara menggunakan dengan menumbuk halus atau di kisar untu dijadikan serbuk. Saya paling minat makan "Ayam Ungkep" yang menggunakan ketumbar sebagai komponen utama dan dicampur dengan jintan manis, jintan putih, halia, bawang putih serai, daun limau purut dan juga perasa menggunakan ayam kampong. Masakkan ini sedap dimakan dengan nasi panas dan sayuran. Sate juga memerlukan ketumbar sebagai ramuan utama begitu juga kueh Rempeyek. Orang Jawa didakwa memang banyak menggunakan ketumbar atau dia panggil 'mericho' dalam kebanyakan masakan mereka. Itu mungkin menjadi sebab mengapa orang jawa di Johor dan selangor kuat kerja kerana makan makanan yang mengandungi bahan rempah ratus seperti ketumbar. Kajian dan penulisan mengenai tanaman ketumbar di Malaysia perlu digiatkan dengan mencari varieti2 baru yang sesuai dan kaedah amalan pengurusan tanaman yang menguntungkan. Malaysia merupakan sebuah negara pengimpot biji ketumbar kering dengan nilai yang agak tinggi setiap tahun bersama-sama herba lain seperti Jintan Manis, Jintan Putih, Biji Sawi, Kayu Manis, Bunga Lawang dan sebagainya. Induatri tanaman herba di Malaysia masih jauh ketinggalan dan perlu ada program dan rancangan tersusun untuk membangunkan industri ini. Mungkin satu agensi mengenai tanaman herba perlu diujudkan untuk tujuan tersebut. Kawasan ladang swit dan getah serta buah-buahan boeh dijadikan kawasan pengeluaran bagi herba tertentu yanh sesuai dikawasan bernaung. Tanah Bris, tanah sawah Terbiar dan Tanah Gambut juga boeh dibangunkan untuk herba. Wasallam!.
BIJI KETUMBAR...AMAT BERGUNA...
TANAM KETUMBAR...LUAR NEGARA..
KITA IMPORT...DIBELI DIMANA-MANA...
REMPAH PENTING... MASAKAN KITA...


By,
M Anem
Senior Agronomist
Precint 11, Putrajaya,

WP, Malaysia.
(Ditulis pada 10 Zulhijjah 1346H)
Kemaskini dan posting pada 1 Jun 2017

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...