KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, June 25, 2017

ANIM AGRO TECHNOLOGY - INFO RAYA 2017

SELAMAT HARI RAYA AIRILFITRI 1438 HIJRAH!.
Saya mengucapkan kepada muslimin dan muslimat seluruh dunia dengan ucapan "Selamat Hari Raya... Maaf Zahir Batin". Artikel sempena hari raya ini saya membuat analisa mengenai blog "Anim Agro Technology" yang mencecah pautan melebihi 11.25 juta secara langsung dan lebih daripada 9.5 juta dalam url lain yang mempunyai direct akses. Didalam kesibukan aktiviti harian penulis blog masih sempat melapangkan masa untuk menulis dalam blog sehingga kini mencapai sebanyak 4,371 rencana dimana sebanyak 2,753 rencana telah pun di upload sementara bakinya sebanyak 1,618 rencana menunggu masa untuk dibaca mengikut giliran. Setiap hari satu rencana akan dimuatnaik kedalam blog ini dengan tidak pernah 'miss' ama hampir 9 tahun. Penulis blog akan terus muatnaik rencana walau pun dimana berada sama ada dalam negara atau pun diluarnegara. Alhamdulillah kini dengan adanya smartphone memang mudah untuk mendapat aksesibiliti untuk muat naik rencana terutama selapas jam 12.00 tengah malam atau waktu subuh pagi hari. Artikel pada subuh 1 Syawal 1438 Hijrah ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" analisa blog yang masih aktif dan menjadi rujukkan.


Sehingga hari ini seramai 11,247,525 orang telah akses blog ini dari seluruh dunia dimana sebahagian besar dari mereka adalah dari Malaysia. Rakyat Indonesia adalah golongan kedua yang sering membaca dan mengakses blog ini diikuti dengan warga USA, Singapura, Brunei, Jepun, Gritain, India dan sebagainya. Mereka dari 3 negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei kerana faham akan bahasa tulisan yang digunakan iaitu Bahasa Malaysia. Bagaimana pun rakyat Malaysia yang berada diluar negara ada membuat akses. Bagi mereka yang tidak faham akan Bahasa Malaysia akan menggunakan google translate untuk membacanya. Terdapat lebih daripada 12 URL yang mengambil akses terus daripada blog tulisan saya setiap hari dengan membuat 'direct link' atau kaedah lain. Di Indonesia ia diakses menggunakan alamat xxx.coid yang pengunjungnya tidak masuk dalam kiraan ini.


Diantara beberapa tajuk rencana yang terus mendapat pautan adalah rencana bertajuk "KELAPA - MENANAM MATAG"  yang ditulis pada 28 Januari 2015 dengan jumlah hits sebanyak 54,630 (Sila lihat rajah diatas). Tajuk ini telah diakses kebanyakannya dari Malaysia yang ingin tahu mengenai penanaman kelapa Matag yang menghadapi isu kekurangan benih. Tinjauan penulis mendapati ramai petani dan orang awam yang mungkin 'tertipu' membeli benih kelapa Matag dari generasi F2 yang 'Tidak Boleh' dijadikan anakbenih tanaman. Hanya Jabatan Pertanian Malaysia yang boleh mengedar atau mengesahkan benih kelapa Matag tersebut generasi F1 yang sesuai dijadikan bahan tanaman. Tajuk kedua adalah "CILI PADI - SENANG TANAMNYA" yang mencecah hits sebanyak 38,688 dimana ini bermakna ramai yang ingin tahu kaedah menanam cili padi untuk kawasan keliling rumah. Pengambilan cili di Malaysia termasuk cili padi adalah tinggi yang mana ia menarik minat ramai pembaca. Rencana ketiga adalah "RACUN RUMPAI" diikuti dengan rencana "AYAM KAMPONG - CARA TERNAKAN" dan yang ke 5 paling dibaca adalah rencana bertajuk "RUMPAI MIANG MEXICO _ MERBAHAYA". Bagaimana pun beberapa tajuk lain ada yang mendapat hits yang agak tinggi mengikut isu-isu semasa.


Dalam ranking dunia oleh Alexa Rank History Chart menunjukkan blog anim agro technology terus meningkat capainnya kepada kedudukan 333,362 didunia menunjukkan satu peringat capaian yang terbaik. Ia jauh berbeza dengan capaian pada tahun 2010 pada kedudukan ranking terendah yang pernah dicapai iaitu 968,790 diseluruh dunia. Blog ini juga mendapat ranking sangat baik di Malaysia berdasarkan kepada Alexa Ranking History Chart. Ramai pembaca akan menggunakan google search untuk mendapatkan tajuk-tajuk rencana dan sebahagian daripada mereka kini menggunakan handphone sahaja yang paling ramai untuk mengaksesnya. Sempena Hari Raya Puasa tahun ini saya bersyukur kepada Allah swt yang terus memberikan kekuatan, kelapangan masa, idea yang tidak putus-putus untuk menulis rencana dan kesihatan minda serta fizikal untuk terus berkarya. Saya pohon doa daripada semua pembaca blog ini, rakan taulan dan sesiapa jua yang membaca blog ini untuk mendoakan saya agar panjang umur, bahagia dan mampu un tuk terus menulis dalam blog ini. Inysallah!!!.
SELAMAT HARI RAYA.... MAAF DZAHIR BATIN...


HARI INI... HARI RAYA PUASA...
MASIH MENULIS...HATII SUKA...
MENJADI RUJUKAN... SEMUA...
AMPUN MAAF...SEMUGA BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(1 Shawal 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...