KLIK SAYA SOKONG BLOG

Thursday, June 8, 2017

BURGER 'BIG MAC' - ENAKNYA!

BURGER BIG MAC merupakan sejenis makanan segera yang terkenal diseluruh dunia termasuk di Malaysia. Ia hanya dijual dirangkaian restoran Fast Food Mc Donald diseluruh dunia yang berkonsepkan mesra pelanggan dan kualiti makanan yang tinggi. Dari segi sejarah rangkaoan francais Mc Donald telah diperkenalkan di Pittsburgh, USA pada tahun 1967 dan menyebar keseluruh duna pada tahun 1968. Big Mac adalah sejenis Hamburger yang menjadi ikon kepada rantaian restoren McDonald. Mungkin ramai rakyat Malaysia yang telah makan, melihat atau berkunjung ke restoren Big Mac atau setidak-tidaknya melihat Big Mac di dada akhbar atau di TV. Syarikat makanan segera ini telah berbenanja berjuta-juta ringit untuk menjalankan promosi diseluruh Malaysia apalagi kalau nilai promosi diseluruh dunia. Semua golongan daripada kanak-kanak, remaja, dewasa malahan orang berumur suka makan burger Big Mac ini setiap masa. Ini kerana dibandar-bandar besar dinegara kita pun telah banyak restoren Mc Donalds yang dibuka 24 jam atau terkini membeli melalui lorong pandu lalu sahaja (Drive-in). Penulis pun amat suka makan burger Big Mac jika berkunjung ke restoren Mc Donalds kerana ia enak, rasa yang sesuai, mengenyangkan walau pun harganya kini agak mahal untuk kita makan selalu. Bagaimana pun didakwa dalam beberapa akhbar dan lamanweb menyatakan harga burger Big Mac di Malaysia jauh lebih murah jika dibanding dengan harga Big Mac dinegara-negara lain semasa duit Ringgit (RM) jatuh merudum tidak lama dulu. Mungkin memang benar dakwaan ini. Artikel petang Ahad 5 Syawal 1437H ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai makanan segera jenama Big Mac sekadar untuk dijadikan bahan rujukan anda.


Jenama Burger Big Mac memang dikawal kualitinya diseluruh dunia sehinggakan jika anda makan di Kuala Lumpur dan di Tokyo ianya akan memberikan rasa yang sama. Cuma diluar negara tidak ada jaminan HALAL sahaja bezanya. Big Mac adalah unik kerana ia dihidangkan dengan dua keping daging (sekeping beratnya 45.4 gram) yang dibuat dari 100% daging lembu (di Malaysia mesti gunakan daging halal). Ia disusun bertingkat dengan dibubuh Iceberg Lettuce, American Cheese, Jeruk Timun (Cucumber pickles), Bawang Besar (Onions) yang mana keseluruhan hiasan ini dipanggil sebagai 'Thousands Island Dressing'. Apa yang unik juga ia disusun dengan roti bun yang ada bijan diatasnya dan lembut. Masa dulu penulis ingat harga makanan ini cuma RM3.50 sahaja satu unit tetapi kini ia dijual dengan harga promosi RM8.95 daripada harga biasa iaitu RM9.95 (Sila lihat iklan disebelah). Biasanya jika hendak membeli Big Mac akan ditawarkan beberapa Set Promosi yang berlainan item dan harganya. Pelanggan akan membeli set untuk mendapatkan Burger Big Mac, Air Karbonat, Kentang Goreng (Set Asas). Set lain pula boleh dicampur dengan makanan lain seperti pie, ayam goreng, kentang putar, coeslaw dan banyak pilihan lagi. Ini bermakna kalau anda bawa RM10.00 sahaja memang tidak mampu membeli satu biji Big Mac kerana ada lagi cukai GST sebanyak 6% akan dikenakan. 


Burger Big Mac sebagai makanan dimana burger ini direka cipta pada 1967 iaitu oleh seorang daripada pemilik francais McDonald’s yang kemudiannya diserap ke seluruh restoran makanan segera ini di seluruh dunia sehingga menjadi begitu popular. Rangkaian restoran McDonald’s asalnya jual hot dog dimana pada tahun 1030-an, dua beradik iaitu Dick dan Mac McDonald yang mengusahakan pawagam di California mendapati gerai hot dog berdekatan lebih ramai pengunjung berbanding dengan pawagam mereka. Dengan dana pinjaman AS$5,000 mereka berdua memulakan gerai hot dog Airdrome pada 1937. Fokus niaga daripada hot dog kepada burger hanya dilakukan pada 1948. Mc Donalds adalah salah satu dari pengedar alat permainan terbesar di dunia. Sebagai syarikat makanan, McDonald’s mengejutkan banyak pihak bila didapati secara tidak langsung ia juga pengedar alatan permainan terbesar dunia menerusi 20 peratus penjualan Happy Meals iaitu pek makanan untuk kanak-kanak yang disertakan alat permainan. Persoalan siapa pemilik saham McDonald’s?. McDonald’s adalah syarikat tersenarai awam di Bursa Saham New York sejak tahun 1965 dan ini juga bermakna pemilikan syarikat adalah mengikut pegangan saham. Ia mempunyai lebih daripada 1.8 juta pemegang saham sehingga Mac 2014 dan tiada seorang pun antara mereka ini yang memegang lebih daripada 10 peratus pegangan saham. Ia tidak dimiliki oleh kumpulan khusus.

Pada masa ini konsep perniagaan yang dilakukan dengan ujud dan terdapatnya 36,000 cawangan restorannya di seluruh dunia. Sebanyak 80% daripadanya adalah dimiliki dan dikendalikan oleh pemilik francais yang terdiri daripada usahawan tempatan di negara-negara berkenaan. Bagi kita di di Malaysia pada masa ini terdapat lebih 260 buah restoran McDonald’s di Malaysia yang menggaji 12,000 kakitangan. Kira-kira 70 buah restoran itu dimiliki dan juga telah dikendalikan oleh usahawan tempatan secara francais.  Ia menyasarkan untuk menambah bilangan restorannya kepada 500 buah menjelang 2020, yang bakal mewujudkan peluang kerja sebanyak 13,000 kepada penduduk negara ini. Selain itu, McDonald’s Malaysia turut berurusan dengan lebih daripada 400 pembekal tempatan. Fakta lebih menarik dimana pembekal utama McDonald’s di Malaysia iaitu MacFood Malaysia juga turut membekalkan hasil keluaran mereka ke 14 buah negara lain di rantau Asia Pasifik dan Asia Barat. Konsep Francais syarikat ini memang berkesan dimana sebanyak 25 peratus restoran McDonald’s di negara ini dimiliki dan dikendali oleh francaisi warga tempatan yang diberi hak mengikut masa tertentu tempoh francais. Francaisi ini bukan pekerja McDonald’s tetapi seorang usahawan tempatan yang mengendalikan perniagaan mengikut sistem francais McDonald’s. Mc Donalds juga sangat aktif dalam kebajikan. Persatuan Kebajikan Ronald Mcdonald Malaysia (RMHC) ditubuhkan pada 1990 dan sehingga kini telah dapat menyalurkan lebih RM11 juta bagi membantu 20,000 kanak-kanak kurang bernasib baik di seluruh negara. Ingat Big Mac akan anda ingat Mc Donalds. Wasallam!!...
BURGER BIG MAC... SEDAP RASANYA...
HARGANYA MAHAL.. PERGI BELI JUGA...
KINI DIMALAYSIA...ASAS MAKANAN USA...
BACA ARTIKEL... BERMANAFAAT JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Restoren McDonald,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(6 Syawal 1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...