KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, January 15, 2017

RACUN DI SAWAH PADI - Part 1

TANAMAN PADI (Oryza sativa) merupakan tanaman penting yang diberikan penekanan oleh beberapa negara sebagai 'makanan keselamatan' yang menggunakan beras sebagai makanan ruji (staple foods). Malaysia antara negara yang menanam padi dengan kawasan pasel padi seluas lebih 670,000 hektar terutama dikawasan Jeplapang Padi Negara. Penghasilan padi antara satu negara dengan satu negara berbeza disebabkan oleh kerana faktur pengurusan tanah, kesuburan tanah, varieti  digunakan dan tahap teknologi yang diamalkan. Kos pengeluaran padi juga kini semakin meningkat setiap tahun dengan peningkatan kos bahan-bahan input, kos tenaga kerja dan kerugian disebabkan oleh kerosakan tanaman dan bencana alam. Didalam industri tanaman padi, penggunaan racun kimia merupakan satu amalan kovensional untuk mempastikan produktiviti dan kualiti padi terus produktif. Tanaman padi dinegara ini adalah komoditi yang paling banyak menerima insentif daripada kerajaan untuk mempastikan tahap sara diri (SSL) beras dalam negara pada keadaan mencukupi. Kementerian petanian mensasarkan sekitar 70% kadar kecukupan beras dalam negara setiap masa sementara bakinya adalah beras yang diimport. Beras import ini terdiri daripada jenis beras berkualiti tinggi seperti Beras Wangi, Beras Pulut dan Beras Organik. Dalam artikel lain saya ada menyatakan yang jelas bahawa pendekatan alternatif untuk pengurusan perosak padi diperlukan khususnya bagi mengatasi serangan penyakit dan perosak utama padi. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa isu penggunaan racun dalam industri penanaman padi untuk dijadikan bacaan ringan.


Kita di Malaysia berterimakaseh kepada kerajaan kerana dasar pemberian insentif tanaman padi termasuk insentif baja padi, insentif harga padi, insentif pengeluaran padi, kemudahan sistem pengairan dan juga penggunaan racun perosak melalui beberapa skim. Ramai pesawah telah menikmati skim insentif ini demi menjamin pengeluaran beras mencukupi untuk digunakan oleh rakyat Malaysia. Di seluruh dunia, terdapat banyak peraturan penggunaan racun serangga dimana ia dikawal dengan cara penguatkuasaan lebih ketat terutama di beberapa negara pengeluar beras. Di negara kita juga pengurusan perosak bersepadu (IPM) kini adalah satu kaedah atau pendekatan yang telah berjaya dibangunkan supaya petani digalakkan untuk menyekat penggunaan racun perosak sehingga perosak mencapai tahap kerosakan ekonomik. Penulis blog anim agro juga mendapati terdapat beberapa tekanan oleh pihak tertentu seperti NGO, kumpulan persatuan pengguna dimana mendesak agar penggunaan racun perosak yang tinggi bagi tanaman padi dikawal atau dikurangkan. Ini berhubung  dengan kesan racun kimia itu sendiri dimana terdapat bukti-bukti jelas penggunaan racun perosak bagi kawalan serangga dan penyakit sering menjadi tidak produktif kerana kesan buruk ke atas organisma berfaedah dan keseimbangan semulajadi. Dikalangan mereka yang terlibat dengan industri pengeluaran beras saya dapati seperti petani, pembuat dasar, dan pegawai-pegawai pengembangan telah terbiasa untuk menggunakan racun perosak sebagai "ubat" bagi tujuan untuk menyembuhkan masalah perosak. Ini agak berbeza dengan sifat racun kimia itu sendiri yang mana ia sebenarnya memberikan kesan kepada alam sekitar jika tidak dikawal mengikut peraturan.


Daripada apa yang penulis blog perhatikan, iklan promosi jualan racun padi dididorong oleh motif untuk meningkatkan keuntungan terdapat beberapa syarikat-syarikat kimia melalui beberapa kempen pemasaran dan intensif. Cara kempen melalui promosi ini ada yang menjalankan atau yang diterajui oleh mereka yang pakar atau sekumpulan jurujual yang hadir dalam kawasan tanaman padi. Pada masa ini dengan perlaksanaan upah minima pekerja (RM900 sebulan di Malaysia) maka penggunaan bahan kimia lebih praktikal. Racun rumpai kini telah meluas digunakan bagi menggantikan amalan mencabut rumpai secara manual. Pada masa ini teknologi menanam dengan 'mencedung' aamat jarang dilakukan dikawasan utama penanaman padi dan digantikan dengan kaedah menanam tabur terus. Kajian saintis menunjukkan hampir semua kawasan di kawasan selatan Vietnam, Thailand, Myanmar dan Semenanjung Malaysia kaedah menanam padi adalah secara tabur terus. Kini kaedah penanaman padi dengan mencedung hanya dijalankan dibeberapa negara seperti di Indonesia (Kawasan sawah padi pergunungan dan cerun kontour), India dan juga Bangladesh. Dalam analisis ekonomi penanaman padi, keujudan rumpai adalah punca kerugian hasil tertinggi yang kronik dalam penghasilan padi. Rumpai perlu dikawal rapi bermula daripada peringkat penyediaan tanah sawah sehingga peringkat hampir menuai.


Kini teknologi dalam pendekatan IPM sering mengandungi maklumat yang terlalu intensif dimana beberapa negara amalan ini didapati telah mengamalkan kaedah inovatif dengan kos rendah. Cara memberi kempen kesedaran kepada petani dijalankan bagi menentukan ramai petani yang mengamalkan IPM dengan mesej secara berterusan. Jika di bandingkan dengan penyampaian maklumat daripada syarikat-syarikat kimia yang berulang-ulang, ianya akan lebih kerap untuk mendominasi dan menyebabkan amalan serta pendekatan kawalan IPM berkurangan. Didalam teknologi biakbaka padi, kini dapati varieti padi utama yang ditanam di kawasan yang besar masih terdedah kepada perosak atau rintangan varietal. Ini sewajarnya boleh diatasi oleh perosak walaupun kemajuan yang berterusan dalam pembiakan bagi ciri kerintangan berganda dalam varieti padi yang ditanam. Penggunaan racun serangga dengan dos yang tinggi akan mempercepatkan lagi pecahan kerintangan dalam varieti yang rintang (Pokok padi mudah diserang perosak). Terdapat laporan dibeberapa negara yang mana petani telah lama dengan menggunakan racun perosak terutamanya jenis organophosphate dan carbamate pada kadar yang kekal dominan (35% daripada semburan) memberikan kesan negatif. Kaedah kita mengurangkan penggunaan racun serangga pada tanaman padi terutamanya di peringkat awal tanaman akan menyababkan biodiversiti musuh semulajadi akan kembali. Laporan tersebut bagaimana pun disangkal oleh sesetengah pihak akan kesimpulan ini. Mereka yang sering menyangkal termasuk pembuat dasar atau polisi yang mempunyai pengaruh dalam dasar racun perosak negara dan pengeluar-pengeluar produk racun kimia. Pada masa ini kita perlu merancang untuk masa depan pengurusan perosak dalam padi agar kita dapat menjanjikan kejadian perosak dalam sawah dapat dikurangkan dan akhirnya mengurangkan penggunaan racun perosak. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Sila baca artikel Racun di Sawah Padi Part 2 (Sila klik disini). Wasallam!!!.
MENANAM PADI ...TANAMAN UTAMA...
JELAPANG PADI...DIJAGA IADA MADA...
MENYEMBUR RACUN...AMALANNYA...
PASTIKAN HASIL...DIHASILKAN JUGA...

By,
M Anem
Senior Agronomist,
Room 111, Bella Vista Resorts,
Kuah, Pulau Langkawi,
Kedah,
Malaysia.
(24 JamadilAwal 2434H) 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...