KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, January 31, 2017

BUAH MANGGIS - APA KHASIATNYA?

BUAH MANGGIS (Garcinia mangostana Linn) dan Buah MESTA merupakan jenis buah tropika yang termasuk didalam keluarga Clusiaceae. Buah manggis dikenal dengan sebutan 'Queen fruit' atau ratu buah dimana penulis dan pembaca pun telah faham bahawa yang menjadi raja buah adalah Durian (Durio zibethinus Linn). Sementara itu kini buah Nangka (Artocarpus heterophyllus) pula semakin terkenal dengan sebutan 'jack fruit' akan menyebabkan 'angin' apabia memakan terlalu banyak. Buah Manggis sering mendapat pasaran yang baik diluar negara. Manggis tergulung dalam kategori buah-buahan bermusim dimana ia berbunga pada bulan Febuari dan mula matang dari bulan Jun dimana kemuncak penghasilan manggis di Malaysia sekitar bulan Jun hingga bulan Ogos. Empat negeri utama dimana manggis ditanam di Malaysia adalah di Kelantan (1,024 ha), Kedah (730 ha), Johor (788 ha) dan Perak (615 ha) daripada seluas 7,400 hektar pada tahun 2015. Bagaimana pun Pahang mempunyai tanaman Mesta yang luas berbanding dengan negeri lain. Lazimnya tanaman pokok manggis dijalankan sebagai tanaman bercampur dalam dusun bersama dengan tanaman lain seperti durian, duku, rambutan dikawasan dusun atau keliling rumah. Produktiviti pengeluaran buah manggis di Malaysia adalah pada tahap sederhana iaitu purata 7.2 metrik tan sehektar. Satu kajian daripada MARDI (2009) menunjukkan kadar produktiviti manggis paling tinggi direkodkan di Melaka (15 mt/ha) diikuti dengan di Kelantan (10.44 mt/ha) dan Negeri Sembilan (8.5 mt/ha). Jabatan Pertanian memberi kerjasama dalam aktiviti kajian yang dilakukan oleh pakar agronomist dan ekonomi ini bagi tujuan pengeluaran manggis secara komersil. Pelbagai faktur juga telah dikaitkan dengan kadar produktiviti ini yang diantaranya faktur amalan agronomi, serangan perosak, kedudukan pokok manggis dan juga varieti yang ditanam. Rencana pagi Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa kehebatan dan khasiat manggis dan mesta untuk dijadikan bahan rujukan dan bacaan anda.

Buah manggis memiki isi daging berwarna putih dengan tekstur sedikit berserat namun ia adalah agak rangup. Rasanya sangat manis bila cukup masak dan ia menyegarkan disebabkan ia memang mengandungi banyak air (Sila lihat foto Mesta disebelah). Namun siapa sangka pada buah manggis dan mesta terdapat satu lagi bahagian yang mana ia paling bermanfaat  iaitu terdapat pada kulit buahnya. Didapati kelakangan ini kulit buah manggis menjadi begitu popular disebabkan berdasarkan kajian saintis ia memiliki manfaat yang begitu besar untuk meningkatkan tahap kesihatan pengguna. Kajian mendapati kulit buah Manggis
mengandung bahan yang dikenali sebagai Xanthone. Ia didapati merupakan komponen aktif utama dari buah manggis disebut sebagai 'xanthones' iaitu adalah sejenis unsur Polifenol yang baru ditemui saintis yang secara biologinya aktif dan secara strukturnya sama seperti bahan Bioflavanoids. Unsur ini jarang terdapat dalam keadaan semulajadi dan didapati paling banyak ditemui hanya dalam dua keluarga tanaman seperti Clusiaceae. Terdapat sebanyak 200 jenis bahan xhantones semulajadi yang sejauh ini telah diikenalpasti saintis. Bagaimana pun sekitar 40 jenis sahaja yang terdapat dalam buah manggis dan mesta. Bahan Xanthone dan bahan yang serupa dengannya telah terbukti memiliki beberapa manfaat. Ini termasuk anti-inflamasi dan anti-alergi. Ada juga komponen lain dari buah manggis yang memiliki kualiti sebagai bahan ubat termasuk komponen seperti Polisacaride, Sterol, Proanthocyanidins dan Catechin dimana bahan ini selalunya diserap untuk menjaga kesihatan fungsi tubuh.



Buah manggis yag mempunyai kulit tebal dan isi berwarna putih yang manis merupakan jenis buah yang rendah kalori. Selain dari buah ini memiliki rasa yang lazat didakwa buah manggis mempunyai jumlah kaloori yang RENDAH. Buah ini disyorkan untuk dimakan pada mereka yang sedang berdiet untuk menurunkan berat badan. Dilaporkan bahawa terdapat 63 kalori setiap 100 gram buah manggis. Penulis amat suka memetik dan memakan buah manggis dan mesta segar dikebun (Sila lihat foto disebelah). Buah ini juga didapati tidak mengandung lemak tepu dan kolesterol. Jika makan buah manggis juga dapat mencukupi keperluan untuk serat tubuh sebanyak 13% bagi setiap100 gram isi buah manggis. Manggis memang kaya dengan Vitamin C. Buah manggis dapat memenuhi keperluan vitamin C tubuh kita sekitar 12% bagi setiap 100 gram isi buah manggis. Kini kandungan vitamin C dalam buah manggis merupakan vitamin larut air yang bertindak aktif sebagai antioksidan. Ini membolehkan ianya membantu meningkatkan daya tahan tubuh terhadap serangan penyakit seperti demam, flu, infeksi sehingga masaalah kanser. Selain vitamin C, buah manggis dan mesta kaya dengan Vitamin B Kompleks. Buah manggis juga mengandung vitamin B kompleks seperti thiamin, niacin, dan folate dimana ia bertindak sebagai 'co-factor' dalam memetabolisma karbohidrat, protein dan lemak. Pada penulis yang suka makan buah manggis memang akan rasa sihat dan memudahkan pencernaan.


Apa yang penulis dapat ilmu daripada beberapa pakar diet adalah bagaimana cara Membuat Jus Kulit Manggis. Ini kerana semasa makan buah manggis, kulit buah lazimnya akan dibuang begitu sahaja. Kini kulit manggis yang dimakan dikumpulkan dalam satu bekas untuk tujuan dijadikan jus yang berkhasiat untuk diminum. Penulis mulakan aktiviti ini semasa makan buah mesta di ladang Tn Hj Shuib d Maran yang menghasilkan banyak buah mesta baru-baru ini. Jika anda hendak membaca artikel berkaitan buah mesta boleh baca disini (Sila klik disini), (Sila Klik Disini), (Sila klik disini) dan beberapa lagi. Kulit manggis tersebut dilaporkan mengandungi bahan berkhasiat yang berguna untuk meningkatkan tahap kesihatan. Kita sebenarnya boleh memanfaatkannya dengan mengolah kulit buah manggis menjadi minuman yang diminum secara rutin. Minuman pati kulit buah manggis mungkin agak pelik bagi mereka yang kali pertama mencubanya. Bagaimana pun terdapat bahan berkhasiat yang dikenali sebagai Xanthone dijadikan sirap yang kita boleh membuatnya sendiri di rumah. Cara untuk membuat jus kulit manggis mudah sahaja iaitu dengan mencuci bersih kulit 2 biji buah manggis segar dan ianya kemudian direbus dalam 4 gelas air. Masak hingga tinggal 2 gelas saja air yang tinggal (50%) dan kemudian ia disejukkan. Sebaiknya ia diminum secara rutin 2-3 kali sehari. Kalau hendak dapatkan rasa lebih enak boleh ditambah madu lebah yang asli dimana ia menyedapkan rasa asli yang dikehendakki. 


Kulit Buah Manggis yang diproses sehingga menjadi jus minuman kini telah ada syarikat swasta yang telah mengkomersilkan. Penulis pernah membeli kordial kulit manggis di Kedah dan diminum semasa Pameran Pesta HPPNK tidak lama dahulu. Ianya telah disesuaikan dengan manisan menyebabkan rasa jus yang dibuat dari kulit manggis ini memang enak diminum. Dalam beberapa kali membuat rujukkan penulis dapati jus ini sesuai untuk mengubati Penyakit Mata Ikan (mouth ulcer). Ini kerana bahan kandungan vitamin C pada manggis juga berfungsi untuk menyembuhkan kesakitan pedih Sakit mata ikan (Di Indonesia ia dipanggil sebagai Sariawan). Cara membuat ramuan untuk merawat sakit mata ikan ini adalah dengan menyediakan kulit buah dari 2 buah manggis segar yang dicuci dan dipotong-potong terlebih dahulu. Rebus kulit manggis dengan 3 gelas air sampai ukuran berkurang sehingga 50%. Setelah air rebusan ini sejuk maka ia ditapis dan kemudian air rebusan tersebut dimasukkan dalam mulut untuk berkumur sehingga penyakit sembuh. Jus buah manggis amat berkesan merawat masaalah Cirit Birit. Minum sahaja air rebusan kulit manggis yang direbus dimana ia akan mengatasi masaalah ini. Air rebusan daun manggis dan kulitnya didakwa mampu untuk mengatasi berbagai gejala penyakit seperti menurunkan suhu tubuh semasa demam, mengatasi cirit birit, ulcer mulut (sariawan) dan juga merawat gangguan saluran kencing. Ada juga kenyataan dimana air kulit manggis mampu digunakan sebagai bahan yang bertindak sebagai 'Anti kanser'. Ini kerana kandungan xanthone dalam kulit dan buah manggis bersifat anti proliferasi dan apoptosisdimana ia didakwa sangat efektif untuk menghalang pertumbuhan dan menghancurkan sel-sel kanser. Kepada mereka yang suka makan buah manggis dan mesta pastikan kulitnya disimpan dalam peti ais atau mengeringkannya dahulu sebelum disimpan kering. Kulit manggis boleh diproses untuk dijadikan bahan untuk merawat tubuh badan agar lebih sihat. Semuga tulisan ini mampu memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
BUAH MANGGIS... HITAM KULITNYA...
BUAH MESTA ... SAMA HEBATNYA...
KULIT MANGGIS... ADA GUNANYA...
PELBAGAI RAWATAN... JIKA DIGUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Ladang Manggis Plot 10,
Pusat Pertanian Serdang,
Kompleks Jabatan Pertanian,
Serdang, Selangor,
Malaysia.
(2 Febuari 2017)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...