KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, September 2, 2014

KESING - APA DIA

KESING (Leptocorisa varicornis) merupakan sejenis serangga dari genus Leptocorisa iaitu kumpulanHemiptera dalam kelas Insecta yang berbau busuk dan sering merosakan tanaman terutamanya padi. Nama lain serangga ini adalah Pianggang dan juga CENAGAU. Serangga ini juga mampu untuk merosakan tanam-tanaman lain yang terdapat di dalam kebun di negara kita. Pianggang merupakan serangga yang digelar sebagai RICE GUNDI BUGS dalam sawah padi dengan menghisap cairan susu semasa pembentukkan padi dari biji padi yang mula terbit. Kita di Malaysia mungkin memberi nama serangga 'Kesing' kerana baunya yang bussuk seperti 'Air Kencing' dan nama 'Pianggang' ini kerana bentuk serangga tersebut yang macam sebutan 'Pinggang' agaknya. Serangga unik Pianggang memang mempunyai bentuk badan yang mudah dikenali dimana warnanya sama ada hijau atau coklat serta mempunyai bentuk badan yang bersegi iaitu dibahagian abdomennya. Serangga ini apabila dipicit akan mengeluarkan bau yang amat busuk dan ini merupakan ciri khusus pada serangga ini. Pianggang bertelur pada tangkai atau daun padi yang rata (flat eggs) dalam satu baris berwarna kehitaman. Pada peringkat nymph ianya berwarna kehijauan yang kurus dengan mempunyai sepasang kepak berwarna jernih dan berkaki. Setakat ini pianggang lebih terkenal sebagai perosak tanaman dan penulis masih belum mendengar pianggang dibuat kajian untuk dijadikan bahan berguna kepada manusia seperti dijadikan makanan kesihatan, produk kosmetik atau lain-lain produk. Generasi baru yang tinggal dibandar mungkin tidak pernah nampak pianggang dan menikmati bau busuk cecairnya berbanding dengan remaja di kampong terutama dikawasan sawah padi. Bagaimana pun generasi 2Y kini mungkin telah melihat pianggang ini dialam maya atau alam cyber melalui internet (kepada mereka yang berminat). Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" sejenis serangga iaitu Kesing untuk kita dapat mengenalinya dan peranannya dalam sektor pertanian. 

Pemerhatian penulis mendapati Serangga Kesing Dewasa berbentuk panjang, mempunyai kaki dan sesungut panjang dan berwarna hijau keperangan (Sila lihat foto disebelah dan diatas). Bagaimana pun warna kesing ini kadang-kadang berbeza mengikut keadaan dipersekitarannya. Ia mempunyai sepasang sesungut (antennae) dan tiga pasang kaki dimana membolehkan ia berjalan. Kaki dibelakang adalah panjang dan kuat membolehkan serangga ini melompat jauh kelokasi lain. Sepasang kepak juga membolehkan serangga kesing ini terbang. Lazimnya kesing akan membiak beberapa generasi atas rumpai sebelum ia akan berpindah ke tanaman padi lain terutama pada peringkat berbunga. Kesing aktif pada awal pagi dan petang dan ia akan berlindung pada rumput atau didalam rumpun padi di waktu panas terik. Kesing lazimnya akan bertelur di atas permukaan daun dalam 2 atau 3 barisan dan setiap barisan mengandungi 10-20 biji telur . Nim dan dewasa menghisap cecair (susu) daripada buah padi yang sedang membentuk yang akan mengakibatkan buah padi kecil dan separuh berisi. Kadar kerosakan dan kehilangan hasil padi lazimnya diantara 5 - 25% bergantung kepada tahap serangan.

Kawalan serangga perosak tanaman Kesing ini boleh dijalankan dengan kaedah Amalan Kultura dan juga cara Kawalan Kimia. Jika hanya terdapat beberapa ekor sahaja dikawasn kebun atau depan rumah boleh dikawal cara mekanikal dengan menangkap dan memicitnya sehingga mati. Bagaimana pun kawalan ini dilakukan apabila tahap serangan mencecah 'treshold level' untuk dibuat kawalan. Bagi kawalan secara kultura lazimnya perlu dijalankan dan jaga kebersihan ladang dengan membersihkan rumput-rumput seperti rumput sambau di sekeliling sawah, batas dan di dalam petak. Rumput ini merupakan tumbuhan yang dijadikan bahan makanan dan rumah altenatif bagi kesing terutama semasa tanaman padi telah dituai. Rumput-rumput ini boleh dikawal dengan menggunakan racun rumpai dan menebas atau kaedah manual lain yang sesuai.  Kaedah mengeringkan air sawah selama 3-5 hari dari kawasan diserang didakwa mampu mengurangkan serangan kesing dikawasan padi. Adalah digalakkan agar amalkan penanaman secara serentak kerana penanaman tidak seragam akan memberi makanan yang berterusan kepada kesing. Oleh itu masa penanaman padi contohnya perlu mengikut jadual penanaman yang disediakan dalam satu-satu kawasan. bagi kaedah kawalan Kimia adalah disyorkan agar petani menggunakan racun serangga bila perlu dan berhemah dan patuhi arahan di label. Antara jenis-jenis racun serangga yang sesuai seperti racun yang mengandungi bahan perawis aktif seperti Dimethoate, Alpha-cypermethrin dan Fipronil. Cara dan masa semburan perlu dilakukan dengan betul agar ia berkesan dalam mengawal serangga kesing. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada anda semua. Wasallam!.
NAMA KESING....PANGGANG JUGA...
BENTUK CANTIK...SUKAR KENALNYA...
BERBAU BUSUK...DARI CECAIRNYA...
PERLU DIKAWAL... IKUT CARANYA....

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 107, Lee Garden Hotel,
Jalan Utama, Bandar Manjung, Lumut,
Perak, Malaysia.
(24 Syawal 1435H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...