KLIK SAYA SOKONG BLOG

Saturday, September 27, 2014

KELULUT - Trigona thoracica (Part 2)

KELULUT (Trigona sp) merupakan sejenis serangga kecil kumpulan lebah yang berwarna gelap dan lazimnya tidak menyengat. Lebah kelulut atau kelulut ialah lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu walau pun saiznya serangga ini kecil. Diseluruh dunia serangga ini dikatakan mempunyai hampir 500 spesis bergantung kepada lokalti dan cuaca persekitaran. Penulis mendapati bahawa lebah kini menjadi popular seperti 'goreng pisang panas' apabila promosi dilakukan oleh usahawan muda. Banyak kursus dan kempen memelihara kelulut walau pun ko permulaan untuk menyediakan kotak kelulut dan koloni kelulut agak tinggi . Kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia daripada kawasan seperti di Australia, Afrika, Asia Tenggara dan kawasan tropika benua Amerika. Bagaimana pun di Malaysia kelulut tempatan memang telah ujud semenjak dulu kala tanpa diminati oleh penduduk dikampong. Peranan kelulut sebagai serangga pendebunga yang signifikan untuk bunga buah-buahan dan tumbuhan lain kurang diperkatakan secara khusus. Artikel malam Hari Malaysia ini (16 September 2014) ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya mempaparkan mengenai beberapa kelulut Trigona thoracica untuk dijadikan bahan bacaan. 


Apa yang menarik mengenai spesis kelulut ini adalah dimana pintu masuk koloni T. thoracica berupa lubang tunggal berdiameter 1,5cm (Sila lihat foto sebelah). Lubang ini yang cukup besar pada permukaan tanah yang dikelilingi oleh kumpulan berbagai bahan asas kukuh sama ada berbentuk silinder dan juga berbentuk corong. Bila diteliti kita akan melihat warna tebing  yang mengelilingi pintu masuk nyaris sama dengan warna tanah atau batuan tebing di sekitar sarang itu. Ini adalah sebagai teknik penyamaran tersebut diperkirakan sebagai usaha pertahanan koloni dari gangguan musuh. Lazimnya sama seperti jenis trigona yang lain pintu maka masuk di jaga oleh sekumpulan trigona jantan yang memiliki perwatakan yang sifatnya galak macam 'Garang'. Kelulut penjaga ini macam hendak menyerang dengan cukup ganas semasa kita mendekati sarang mereka. Rahang kelulut ini cukup kuat sehingga gigitannya akan terasa dan juga agak menyakitkan serta lazimnya akan memberikan bekas selepas ia menggigit kulit. Lebah kelulut spesis endemik di Malaysia dimana antara kehebatan kelulut ini dikenal pasti sebagai salah satu agenpendebunga untuk tanaman seperti durian, rambutan, dan manggis.


Bentuk dan Isian Sarang Kelulut jenis in tidak banyak berbeza dengan kelulut lain. Teknik menggali sarang kelulut ini pada tanah yang ada disarang dilakukan untuk mendapatkan maklumat. Aktiviti penggalian. perlu dilakukan secara hati-hati agar tidak berlaku kerosakan terutama dibahagian utama sarang. Jenis kelulut T. Thoracica ini berbentuk bundar tidak presisi seukuran bola sepak dewasa, mengisi rongga di tebing tanah yang juga berbentuk bundar seukuran sarang (Sila lihat rajah disebelah). Di sekeliling dinding sarang dilapisi oleh lapisan hitam yang keras terdiri dari gam pelekat dan bahan semulajadi alam seperti tanah kering, pasir besi dan batuan kecil. Bila lempengan dinding dipatahkan maka isi patahan yang berwarna coklat tua adalah sangat mirip besi berkarat. Melihat sedikit ke dalam, penggisian sarang terdiri dari jalur pintu masuk, pot untuk penyimpanan larva, pot penyimpanan madu dan pollen. Kelihatan juga adalah interior lainnya seperti jalur-jalur yang menyerupai akar dan percabangan yang dibuat dengan menggunakan propolis. Jalur-jalur tersebut digunakan sebagai jalan atau perlintasan para lebah dari satu tempat ke tempat yang lain serta berguna pula sebagai penyangga struktur bangunan sarang. Bentuk pot penyimpanan telur dan larva lebah berbentuk piringan spiral bukan tumpuk. Apa yang perlu diketahui adalah persentasi penyimpanan telur lebih besar bila dibandingkan pot penyimpanan madu dan pollen.


Produk utama lebah trigona adalah madu dan bee pollen. Pada kes-kes tertentu penulis dapati perbezaan fizikal antara jenis madu T. thoracica dengan madu trigona yang lain adalah dari segi rasa dan warna. Namun perbezaan tersebut saya fikir sudah biasa pada kelulut yang lain juga kerana perbezaan rasa dan warna pada madu trigona sangat dipengaruhi oleh persekitaran habitat, sumber makanan, usia madu dan juga iklim. Madu kelulut  yang biasa dihasilkan adalah berwarna kuning terang hingga kehitaman. Pada spesies ini warna madu lazimnya berwarna violet atau hitam keungu-unguan juga bergantung kepada faktur yang dinyatakan diatas. Bagaimana pun untuk dibezakan dengan madu lebah (Apis spp) memang agak nyata perbandingannya. Ini saya dpati berbeza dari segi rasa dimana ia memiliki rasa manis dan masam (Keasidan tinggi) dan ada diantara pengguna mengatakan bau madu kelulut agak kuat (ada kata macam bau hamis) dimana tidak terdapat kepada kelulut lain. Apa pun madu lebah kelulut trigona mempunyai khasiat yang tinggi setanding dengan madu kelulut lain dengan harga yang dikatakan tinggi mencecah RM 160 - RM200 satu kilogram. Wasallam!.

JENIS KELULUT... T. THORACICA...
BERWARNA COKLAT...CANTIKNYA...
HASILKAN MADU... ADA KUALITINYA...
MUDAH DITERNAK... BAGAIMANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Tambak Paya,
Melaka Tengah,
Melaka, Malaysia.

(1 Zulhijjah 1435H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...