KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, September 7, 2014

KELAPA - TOMBONG

TOMBONG KELAPA (Cocos nucifera) merupakan satu struktur embrio yang terdapat dalam buah kelapa tua yang disimpan untuk proses percambahan (Sila lihat foto diatas). Tombong kelapa sebenarnya adalah embrio kecil didalam buah kelapa yang terjadi semasa biji kelapa tua hendak bercambah. Pada masa sama tombong kelapa telah juga dikenalpasti sebagai makanan yang enak kepada mereka yang menggemarinya. Ia dikatakan sebagai sejenis makanan yang unik dan kurang dikomersilkan untuk tujuan khusus. Mungkin ramai antara kalangan generasi 2Y kini yang kurang mengenali tombong berbanding dengan orang sebaya saya yang tinggal dikampong dahulu. Dikampong saya ia dipanggil sebagai 'Kentos' dan ada dikawasan lain tombong kelapa ini dipanggil sebagai 'Buntat'. Belum banyak kajian dilakukan mengenai bagaimana untuk kita menghasilkan tombong kelapa secara besar-besaran yang bersifat komersil untuk dijadikan makanan kesihatan dan juga produk-produk lain. Pada saya teknologi untuk menghasilkan tombong kelapa atau kentos ini amat mudah dengan melakukan teknik penyemaian kelapa yang betul setelah memetik buah kelapa tua. Lazimnya ketika surirumah memecahkan kelapa biji tua yang gugur dari pokok dekat rumah atau dibeli dari kedai secara kebetulan mereka akan menjumpai tombong kelapa didalamnya. Semasa membuat kenduri kahwin, lazimnya penanggah akan memecahkan kelapa dan akan jumpa tombong untuk dimakan. Lazimnya ia mempunyai rasa yang lembut dan manis. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu produk yang belum dikomersilkan lagi iaitu tombong kelapa atau juga dipanggil sebagai kentos untuk rujukan anda.


Tombong Kelapa merupakan embrio kelapa berwarna putih krim kekuningan yang berada melekat dibahagian dalam biji kelapa yang bercambah (Sila lihat foto disebelah). Lazimnya ia berbentuk bulat, lonjong atau berbentuk seperti 'pearl' bergantung kepada umur dan jenis kelapa. Saiz tombong paling besar mencecah sehingga hampir memenohi ruang dalam biji kelapa. Embrio ini tumbuh secara semulajadi dalam proses untuk biji kelapa tua menghasilkan tunas dalam pembiakan buah kelapa. Ketika peringkat awal pertumbuhan tombong lazimnya bersaiz kecil dimana masih terdapat banyak air lagi didalamnya. Bagaimana pun apabila tombong membesar maka kandungan air kelapa berkurangan sehingga habis semuanya. Pada masa sama pembesaran tombong kelapa berkait dengan penipisan isi atau daging kelapa dan santan akan berkurangan. Buah kelapa yang telah mengeluarkan tunas tidak berbunyi lagi air didalamnya bermakna embrio telah membesar. 


Melihat kepada foto sebelah pastinya kita akan dapat lihat saiz tombong yang masih segar dan enak untuk dimakan. Biji kelapa yang baru dipecahkan dan ada tombong didalamnya boleh dikeluarkan dengan mudah. Lazimnya terdapat air kelapa didalam tombong kelapa yang boleh terus dimakan atau diperahkan airnya. Rasanya manis seperti air kelapa dengan struktur yang lembut seperti makan kek span. Ini kerana ia berongga didalamnya untuk menyimpan air. Ia juga boleh dipotong-potong sama ada dalam bentuk panjang atau kiub untuk dimakan. Tombong yang banyak dikutip boleh didimpan dalm peti ais dan boleh dimakan dalam keadaan segar jika betul cara dan kaedah penyimpanannya. Kepada meraka yang minat untuk makan tombong kelapa sebanarnya boleh membuatnya sendiri dirumah tetapi perlu pandai dan belajar daripada mereka yang tahu mengenai tekniknya.


Ada dikalangan masyarakat tempatan yang jumpa tombong kelapa yang keras seperti batu yang dipanggil sebagai 'Mustika Kentos'. Terdapat beberapa kepercayaan lama bahawa jika jumpa mustika kentos ini mereka 'bernasib baik' dimana ada yang telah menjadikannya sebagai 'batu cincin' yang menarik (Sila lihat foto sebelah). Mereka yang memakai cincin diperbuat dari tombong kelapa keras seperti batu ini amat bergaya dengan kecantikannya. Harganya juga tinggi jika telah siap menjadi cincin dan amat sukar untuk mendapatkannya. Apakah khasiat yang terdapat pada tombong atau kentos ini?. Banyak kajian menunjukkan ia amat baik untuk mengubati masaalah sakit buah pinggang. Cara amalan pengambilan tombong kelapa untuk merawat masaalah buah pinggang adalah dengan memakannya setiap hari selama dua minggu berterusan. Ambil tombong kelapa segar dan perahkan air dalam tombong tersebut dalam gelas dan minum airnya. Kalau boleh sekurang-kurangnya dua hari sekali selama 2 minggu. Beberapa testimoni daripada pesakit buah pinggang menunjukkan hasil yang positif. Kepada mereka yang ingin mencubanya boleh mendapatkan kelapa tua yang ada tombong didalamnya. Apa juga pun kalau tidak ada apa-apa kesan pastikan membuat pemeriksaan dengan doktor perubatan. Wasallam!
IA EMBRIO....TOMBONG KELAPA...
DIPANGGIL KENTOS...ITU JAWA...
BENTUK BULAT... MANIS RASANYA...
SAKIT BUAH PINGGANG...UBATINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,

Pusat Pertanian Kongkong,
Kongkong, Masai,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.

(12 Zulkaedah 1435H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...