KLIK SAYA SOKONG BLOG

Thursday, September 4, 2014

BAWANG MERAH - JENIS PEROSAK

BAWANG MERAH (Allium spp) merupakan tanaman kontan yang ditanam daripada keluarga Alliaceae serta dalam order Asparagales. Bawang merah (Shallots) lebih kecil serta lebih manis rasanya berbanding daripada bawang besar (Onion). Bawang merah merupakan tanaman semusim yang ditanam secara komersil untuk umbisi dan juga daun bawang dinegara jiran tetapi bukan di Malaysia. Ia memiliki umbisi yang berlapis (bulb), berakar jenis serabut dan daun berbentuk silinder berongga. Umbisinya terbentuk daripada pangkal daun yang bersatu dan akan membentuk batang yang kemudian berubah bentuk dan fungsinya yang seakan-akan umbi berlapis. Apa yang saya perhatikan umbisi bawang merah bukanlan ubi sebenarnya seperti ubi kentang ataupun ubi keledek. Ia terbentuk dari lapisan-lapisan daun yang membesar dan kemudiannya bersatu. Rasa bawang merah adalah sedikit pedas dan berangin. Tumbuhan herba ini adalah kecil setinggi 30-45 cm mempunyai jenis akar serabut dubahagian bawah umbisi. Marfologi daunnya adah jenis daun tunggal yang mempunyai susunan berpilin, ia adalah panjang dengan hujung meruncing dan dibahagian tengah daun selalunya berlubang. Daun bawang berwarna hijau muda dengan permukaan berkulat dan mempunyai aroma yang kuat. Terdapat spesis yang memang khusus ditanam untuk penghasilan daun bawang. Bunga bawang merah jenis majmuk berwarna putih dan terdapat dalam jambak bunga di atas tangkai bunga yang panjang. Bunga bawang lazimnya akan keluar atau tumbuh di hujung daun. Buah atau biji-biji bawang bersaiz kecil berwarna kehitaman. Bebawang adalah daun (daun terubah suai) berisi yang berlapis-lapis diameter kurang dari 3 cm. Artikel malam saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi tanaman bawang merah berkaitan dengan perosak tanaman utama kepada Bawang Merah untuk rujukan anda.


Bawang merah merupakan salah satu komoditi utama yang memberikan punca pendapatan kepada ramai petani khususnya di kawasan penanaman bawang merah di negara jiran iaitu Indonesia. Bawang merah adalah satu dari komoditi tanaman jangka pendek yang banyak digunakan sebagai bahan masakan di hampir semua masakan Melayu dimana kadar permintaan bawang merah adalah terus stabil dan ia berlaku peningkatan kadar permintaan setiap tahun. Malaysia adalah 'net importer' bawang merah daripada luar negara kerana tidak ada penanaman komersil. Permintaan untuk bawang merah yang terus meningkat menyebabkan harganya dipasaran tidak menentu. Dinegara pengeluar utama yang menanam bawang merah banyak terdedah kepada ancaman seperti bencana alam, serangan penyakit dan persaingan dengan komoditi lain yang mengganggu pengeluaran. Serangan penyakit serta perosak bawang merah sering menjejaskan produktiviti dan pengekspotan kepada negara pengimpot. Terdapat beberapa jenis perosak utama bawang merah yang boleh kita teliti untuk mereka yang ingin terus menanam bawang merah. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada pertengahan Jun 2014 ada menyatakan kenapa kawasan Acheh di Indonesia yang mempunyai cuaca dan iklim yang sama mampu menghasilkan banyak bawang merah untuk kegunaan domestik dan ekspot tetapi ianya tidak dapat dilakukan di Malaysia?. Apakah negara kita berkeupayaan untuk menanam bawang merah sendiri bagi mengurangkan kadar kebergantungan bawang merah yang diimpot?. Perlu ada penelitian atas isu ini. Bagaimana pun penulis yang berkunjung ke negara jiran sempat membuat tinjauan dibererapa lokasi penanaman bawang merah untuk mengetahui apakah jenis perosak tanaman bawang ini untuk dikongsi maklumat. Berikut adalah beberapa jenis perosak tanaman bawang merah yang utama dimana ia seringkali menyebabkan berkurangnya pengeluaran hasil bawang merah.

1. ULAT BAWANG (Spodopthera exigua)

Perosak yang merupakan Ulat Bawang adalah serangga yang menyengat berwarna kelabu (Sila lihat foto disebelah). Serangga dewasa akan bertelur pada daun yang diletakkan secara berkelompok. Apabila telur ini menetas dan menjadi larva (ulat), maka ulat berwarna hijau atau coklat memakan daun bawang. Akibat serangan dikenali dengan tanda simptom iaitu ada bekas gigitan pada daun bawang merah sehingga 'transparent' pada daun. Serangga ini perlu dikawal dengan cara ayang betul.

2. PENGGOREK DAUN (Liriomyza sp.)

Perosak ini adalah jenis serangga dimana yang serangga dewasa berupa lalat berukuran 2 mm (Sila lihat foto sebelah). Lazimnya pada peringkat larva serangga pada peringkat ini akan merosakkan tanaman dengan cara 'menggorok daun' (Siapa faham perkataan ini). Dalam pada itu serangga dewasa menusuk 'stylet'nya dan menghisap cairan dalam daun bawang merah. Simptom serangan dapat dikenali apabila terdapat gejala adanya bintik putih dan alur korekan pada daun.


3. PENYAKIT ANTRAKNOS

Peyakit antraknos boleh menyerang tanaman bawang pada banyak peringkat. Penyakit ini adalah disebabkan oleh jenis kulat iaitu Coletotricum gioesporiodes. Lazimnya kejadian serangan antraknos adalah masa hujan dimana pada masa ini kadar kelembapan adalah tinggi. Lazimnya cara serangan penyakit ini akan berlaku dalam masa singkat yang boleh menyebabkan hasil bawang merah akan menurun. Tanda serangan apabila terdapat bintik berpusar berwarna putih pada daun yang kemudian membentuk lekukan yang akhirnya menyebabkan patahnya daun-daun bawang (Sila lihat foto sebelah). Ia perlu dikawal dengan kaedah kawalan betul.

4. PENYAKIT BINTIK UNGU

Penyakit ini adalah disebabkan oleh jenis kulat iaitu jenis Altenaria porii yang akan berkembang dengan cepat pada masa kelembaban tinggi dan suhu diatas 26C. Walau pun penulis tidak dapat melihat dikebun ketika lawatan tetapi dimaklumkan bahawa gejala serangan mempunyai simptom dimana terdapat bintik-bintik kecil melekuk berwarna putih atau ungu pada daun (Sila lihat foto disebelah). Ia akan menjadi serius dan daun akan merosakan daun bawang merah.

5. PENYAKIT LAYU FUSARIUM


Penyakit ini disebabkan oleh Fusarium oxysporum terhadap tanaman bawang merah. Serangan boleh berlaku dibanyak peringkat penanaman tetapi mudah ketikan peringkat awal menanam untuk dikesan. Daripada pemerhatian penilis dapati antara tanda serangan adalah daun baeang menjadi warna kuning, bergulung dan akhirnya (Sila lihat foto disebelah). Jika dicabut dan diperiksa dibahagian akarnya juga membusuk atau reput. Cara penyebaran penyakit ini melalui benih tanaman bawang merah, tanah, udara dan air. Petani akan rugi banyak jika serangan ini berlaku.

PEROSAK BAWANG...BANYAKNYA...
PERLU DIKENALI...OLEH SEMUA...
DAPAT KAWAL... HASIL BAIKNYA...
IMPOT BAWANG... TINGGI JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1913, Hotel New York,
Jalan Abdullah Tahir,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(4 September 2014)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...