Support My Blog

Sunday, February 16, 2014

JAMBU BATU MERAH - KHASIATNYA

JAMBU BATU MERAH (Psidium guava Linn) atau lebih mudah dipanggil sebagai Pink Guava merupakan sejenis varieti jambu untuk tujuan diproses. Perbezaan jambu batu merah ini dengan jambu batu varieti biasa seperti Varieti Kampuchea (GU8) dan Varieti Lo Han (GU16) adalah kerana isinya mempunyai warna merah jambu (pink colour). Walau pun ramai diantara kita yang pernah melihat gambar buahnya dalam internet, saya agak lebih ramai yang belum melihat pokok dan ladangnya. Foto diatas mengesahkan bahawa isi jambu varieti ini memang merah jambu (Mungkin perkataan 'merah jambu' ini berasal dari warna jambu varieti ini). Kini di Malaysia terdapat satu syarikat Sime Darby Food and Bevereages Sdn Bhd yang telah menanam jambu ini secara komersil di Setiawan, Perak seluas 1,289 hektar untuk tujuan komersil secara pengurusan estet. Syarikat ini dilaporkan menghasilkan sebanyak 9 juta metrik tan jambu batu merah setiap tahun untuk diproses menjadikan produk 'pink guava puree' yang di gunakan sebagai asas untuk dijadikan minuman bes berasaskan jambu batu yang dipasarkan keseluruh dunia. Syarikat juga dilaporkan menguasai 15% daripada pasaran produk jambu batu merah ini diseluruh dunia. Artikel petang Ahad ini bagaimana pun saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai khasiat jambu batu merah jambu untuk bacaan dan juga rujukkan anda semua.

Khasiat Jambu Batu Merah

Jambu Batu Merah dipercayai mempunyai sumber vitamin C yang sangat tinggi di dalam bentuk asid askorbik. Secara perbandingan kandungan asid askorbiknya jauh lebih tinggi daripada buah-buahan yang lain. Ia mengandungi 3 hingga 6 kali ganda lebih banyak vitamin C berbanding dengan buah oren (Citrus spp), 10 - 30 kali lebih banyak berbanding dengan pisang (Musa spp) dan kira-kira 10 kali lebih banyak berbanding dengan buah betik (Carica papaya).  Selain daripada kandungan vitamin C yang tinggi, jambu batu merah jambu juga didapati mengandungi kandungan vitamin A yang agak banyak. Kultivar isi merah jambu mempuyai paras kandungan vitamin yang lebih tinggi (3.1mg/100g) berbanding kultivar isi putih. Jambu batu juga mempuyai sedikit vitamin B-tiamina (B1), riboflavin (B2), asid nikotinik dan asid pantotenik. Contohnya ialah kultivar isi merah mempuyai 0.17mg/100g asid pantotenik dan sebanyak 0.05mg/100g amina. Jambu batu merah juga didapati mengandungi jumlah fosforus dan Kalsium yang sederhana dan juga sedikit besi, kalium dan natrium. Buah jambu batu mengandungi 74-87% kelembapan, 13-26% bahan kering, 0.5-1% abu, 0.4-0.7% lemak mentah dan 0.8-1.5% protein mentah. Keasidan dan pH mesokarpa yang telah dilaporkan berbeza, masing-masing dari 0.33 hingga 0.99% sama ada kultivar isi merah atau isi putih.

Berdasarkan kepada komposisi biokimia yang terdapat pada jambu batu merah jambu ini, ia merupakan salah satu buah yang begitu berkhasiat untuk diambil oleh semua lapisan masyarakat. Kandungan vitamin C nya yang tinggi sesuai dimakan oleh semua golongan kerana pengambilan jambu batu secara harian mampu mengekalkan vitamin C di dalam badan manusia. Zat besi dan Kalsium yang sederhana juga sesuai di ambil khususnya golongan tua dan kanak-kanak untuk tujuan tumbesaran tulang yang baik dan juga ubtuk proses memperbaiki sel-sel tulang yang rosak atau rapuh. Jambu batu adalah salah satu buah-buahan tempatan yang begitu berkhasiat berbanding dengan buah-buahan yang lain. Khasiatnya memang hebat dan baik untuk kesihatan kita. Persoalannya dimanakah untuk kita hendak mendapatkan bekalan yang berterusan dengan harga yang berpatutan?.

Khasiat dan manfaat Jambu Batu Merah dilaporkan juga menngandungi Vitamin C, 5 kali ganda lebih daripada oren selain kandungan tinggi dalam kalsium dan iron. Khasiat yang dinyatakan menyatakan ia mampu membaiki keadaan cirit-birit, megurangkan kesakitan, Anti free radicals, mengurangkan kekejangan dan mampu meningkatkan fungsi jantung. Ia juga akan mengurangkan paras gula dalam darah badan. Lazimnya diberitahu bahawa jambu batu Merah adalah berserat yang tinggi dimana ia memang disahkan mempunyai jumlah kandungan serat pemakanan yang tinggi, iaitu antara 56.6 - 76.1 peratus dengan nisbah serat pemakanan larut terhadap tidak larut menyamai nisbah yang terdapat dalam bijirin, dan mengandungi nilai kalori yang rendah (97.1 - 249 kcal/100 g). Produk berkenaan berwarna perang cerah dan berkeupayaan membendung air (3.75 - 12.17 g air/ g serat), minyak (2.20 - 6.88 g minyak/g serat) dan mengembang (11.8 - 14.2 mL of air/g serat) dengan baik. Produk berkenaan bukan sahaja boleh memperkaya serat diet dan mengurangkan nilai tenaga dalam makanan, tetapi boleh digunakan sebagai bahan-bahan dalam pelbagai produk makanan. Kajian menunjukkan serbuk serat diet mengandungi fruktooligosakarid (FOS) yang merupakan agen prebiotik. 

Di samping itu, produk tersebut mempunyai kandungan aktiviti antioksidan (52 - 91.4 AOA peratus,) kesan radikal scavenging (85.4 - 91.7 peratus), dan fenolik (156 - 227.6 FAE mg/g) yang tinggi. Kajian in-vitro dan in-vivo menunjukkan serbuk serat diet daripada hasil sampingan jambu batu merah bersifat prebiotik di samping terdapat pengurangan mesofili bakteria dan penambahan bifidobakteria. Kajian juga menunjukkan serbuk serat diet mempunyai kesan hipokolesterolemik yang amat ketara, dalam mengurangkan paras serum jumlah kolesterol (43 peratus) dan LDL (51 peratus) dalam tikus. Aktiviti antioksidan yang tinggi dan kesan prebiotik dan hipokolesterolemik pada serbuk serat diet ini berpotensi sebagai ramuan makanan. Kini kita di Malaysia boleh  mendapatkan produk siap guna jambu air merah keluaran GHSB yang berjenama Sunrise dan boleh didapati di banyak outlet serta jualan terus.  Walau pun harga sati karton (24 kotak) sekitar RM 152 tetapi ia memberikan khasiat kesihatan berganda kepada pengguna. 


JAMBU BATU MERAH... MACAMANA....
DI MALAYSIA DITANAM...ESTETNYA...
BANYAK KHASIAT... IA BERGUNA...
PINK GUAVA... POPULAR NAMANYA...

By,
M Anem, 
Senior Agronomist,
Petak Repositori Jambu Batu,
Pusat Pertanian Lekir,
Manjung, Perak,
Malaysia.
(12 abiulawal 1345H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...