KLIK SAYA SOKONG BLOG

Thursday, January 9, 2014

CILI PADI - SENANG TANAMNYA

CILI PADI (Capsicum frustecens Linn) merupakan sejenis tanaman daripada keluarga Solanaceae yang memberikan rasa pedas kepada makanan. Tanaman cili padi mempunyai banyak musuh dan penyakit jika ditanam secara komersil dan tidak mempunyai teknologi yang sesuai. Pengalaman penulis yang banyak kali menanam cili padi mendapati antara masaalah utama adalah serangan Penyekit Kerinting Daun dan pokok akan cepat mati selepas itu. Banyak teknologi yang telah diaplikasi tetapi belum jumpa yang betul-betul 'baik punya' untuk mengatasi masaalah ini, Bekalan cili padi yang kurang dan serangan penyakit menyebabkan harga cili padi tidak pernah jatuh. Nama lain bagi Cili padi adalah seperti Cili api, Cili rawit (Lombok Rawit), Cabai burung, Lada Jarum atau Lada Tunggeng (kerana buahnya dalam keadaan terbalik) dan bermacam lagi. Pemerhatian yang dibuat saya dapati cili padi ini merupakan sejenis tumbuhan sangat popular di Asia Tenggara terutama di Malaysia, Indonesia dan Thailand.  Penanaman cili padi di Malaysia tidak ada maklumat rasmi mengenai keluasannya kerana tidak spesifik dilaporkan (bersama dengan cili merah atau cili besar). Penanaman cili padi dibuat untuk bekalan tempatan dan menerima permintaan yang tinggi dikalangan masyarakat tempatan setiap hari. Artikel petang ini saya berfikir dan menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kaedah penanaman cili padi yang boleh dijadikan panduan anda.


Adakah anda ingin menanam cili padi? Jika jawapannya 'Ya' maka kali ini saya akan mengupas tentang Cara Menanam Cili Padi Yang Baik dan Betul. Cili Padi atau Lombok Rawit adalah salah satu tanaman yang sangat mudah di tanam kerana dapat ditanam di dataran tanah tinggi maupun di tanah rendah. Tanaman ini banyak tumbuh di negara kita dan negara lain di kawasan Asia Tenggara. Meskipun mempunyai ukuran yang cukup kecil (mini), saya fikir cili padi terkenal mempunyai tahap kepedasan yang cukup tinggi iaitu jika diukur tahap kepedasannya antara 50.000 – 100.000 SHU pada skala Scoville yang dikategorikan sebagai Sederhana Pedas. Apakah jenis cili padi yang anda hendak tanam?. Terdapat 4 (empat) jenis cili padi yang sesuai ditanam dikawasan kita iaitu Cili Padi Mini, Cili Padi Hijau, Cili padi Putih dan juga Cili Padi Siam (Sila baca artikel berikut untuk penjelasan - Sila klik disini), Kesemua jenis cili ini mempunyai ciri tersendiri. 


Teknik menanam cili padi dimulakan dengan aktiviti penyediaan tanah dimana ia boleh dilakukan dengan membajak atau mencangkul sedalam kurang lebih antara 25 – 30 cm hingga tanah menjadi gembur . Sebaiknya ia dibiarkan selama 7-14 hari untuk mendapatkan sinar matahari. Setelah itu perlu menyediakan batas tanaman dengan ukuran Lebar batas 100-120 cm, ketinggian batas sekitar  20- 30 cm dan jarak antara batas dengan batas lain lainnya 30- 45 cm. Sebaiknnya rekabentuk susunan batas adalah memanjang dari utara selatan bagi tanaman mendapatkan sinaran matahari dari pagi hingga petang. Berikan baja asas dengan menggunakan baja organik seperti tahi ayam, tahi kambing atau baja organik komersil. Bagaimana pun baja organik yang baik mempunyai ciri seperti tidak berbau, tidak panas, Berwarna kehitaman, telah teput sepenohnya.

Lazimnya jarak tanaman cili padi disesuaikan dengan keadaan tanah dan kesuburannya tetapi sesuai ditanam dengan jarak 50 x 100 cm, 60 x 70 cm atau pun 50 x 90 cm. Ia boleh juga ditanam didalam polibeg hitam yang disusun dikawasan lapang yang menerima banyak cahaya matahari. Cara menanam cili padi dalam polibeg juga sesuai dijalankan mengikut kehendak kerana ianya boleh dipindahkan (Lihat foto disebelah). Buat lubang tanaman sesuai dengan jarak tanaman tersebut , kemudian beri baja asas lain seperti baja organik (1 kg / lubang), Urea, TSP dan baja KCI. Campurkan ketiga baja sehingga rata dan masukan pada setiap lubang yang telah dibuat. Penyediaan benih dijalankan di tapak semaian cili padi. Sediakan tapak semaian dengan menyediakan btas berukuran 1-1.2 m lebar, 3-5 m panjang dan ketinggian batas adalah 15-20 cm. Sebaiknya ia ditutup dengan jaring kelambu. Keperluann bibi benih cili padi adalah sekitar 300 - 500 gram sehektar. Tabur benih cili diatas batas semaian yang diratakan permukannya dan buat penyiraman mengikut keperluan. 

Benih Cili Padi yang sudah berumur satu (1) bulan dalam semaian lazimnya sesuai untuk dialihkan keatas batas tanaman atau polibeg. Penanaman sebaiknya dibuat pada hari petang agar tanaman tidak layu. Secara mudahnya ciri benih cili padi yang sesuai diubah adalah seperti telah pun berumur satu bulan, Sihat atau tidak terserang hama dan penyakit dan kadar pertumbuhan tanaman seragam.  Cara penanaman benih cili padi adalah dengan menyiiram anakbenih yang akan ditanam. Pilih anakbenih yang akan ditanam dan buang plastik pada media anakbenih. Padatkan tanah disekeliling anakbenih yang telah dimasukan kelubang agar tidak rebah dan setalah itu lakukan pemeliharaan tanaman cili padi mengikut manual tanaman cili. Penyiraman dilakukan 2 kali sehari atau di sesuaikan dengan keadaan tanah. Kawalan rumpai dijalankan mengikut kaedah yang praktikal, murah dan cekap seperti mencabut dengan tangan (tanam sedikit dikeliling rumah). Pembajaan Cili Padi jarang dibincangkan dengan teliti kerana ada beberapa petani mendakwa elakkan menggunakan baja kimia yang boleh menyebabkan penyekit kerinting daun. Bagaimana pun secara teorinya, pembajaan cili padi mengikut syor piawaian iaitu baja UREA (200 kg/ha), TSP (200 kg/ha) dan baja KCI (150 kg.ha). Cili Padi mula berbuah 50 hari selepas ditanam bergantung kepada varieti dan pengurusan tanaman. Kawalan musuh dan penyakit sentiasa dijalankan. Cili padi akan mula berbunga dan mengutip hasil apabila pokok cukup matang. Berapakah produktiviti cili padi yang ditanam secara komersil?. Akan dijawab didalam artikel yang akan datang. InsyAllah!


CILI PADI...SENANG TANAMNYA...
BATAS DISEDIAKAN...IKUT CARA...
BENIH DITANAM...DIBERIKAN BAJA...
LEPAS 2 BULAN...BERBUAHLAH DIA... 

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Komersial Cili Padi,
Kg Air Tawar, Endau,
Mersing, Johor,
Malaysia.
(2 RabiulAwal 1435H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...