KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, January 14, 2014

BUAH - SUHU PENYIMPANAN

SUHU PENYIMPANAN BUAH (Storage temperature) adalah satu perkara penting diketahui oleh kita semua. Penyimpanan dengan Persekitaran Terkawal (Controlled Atomosphere - CA) merupakan teknologi paling sesuai dilakukan kepada banyak jenis sayuran dan buah-buahan di dunia. Suhu rendah didapati membantu melambatkan proses respirasi dan pengeluaran etilin didalam buah dan sayur-sayuran semasa proses penyimpanan. Ini membolehkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang disimpan pada suhu rendah akan lebih tahan lama jangkhayat produk dan juga tahap kesegarannya. Seterusnya suhu rendah ini membantu didalam mengekalkan kualiti dari segi bentuk, tekstur, nutrisi dan juga aroma serta rasa bagi buah-buahan dan sayuran. Pada masa ini teknologi penyimpanan bahan makanan ini telah moden dengan penggunaan bilik sejuk bersaiz besar atau sederhana termasuk bilik sejuk bergerak (portable contena cold storage). Produk makanan kini telah melintasi sempadan dalam jarak jauh melalui kaedah penyimpanan dalam suhu sejuk oleh syarikat-syarikat antarabangsa yang beroperasi pada skala besar. Apa tidaknya, buah-buahan dan sayur-sayuran segar dihantar beribu-ribu kilometer jauhnya dan masih segar ketika dipamerkan di Hypermarket dan Supermarket tempatan. Suhu Rendah memainkan peranan penting didalam teknologi ini. Artikel malam Isnin ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai suhu yang sesuai untuk penyimpanan buah-buahan terpilih berdasarkan pembacaan saya dari banyak sumber dan beberapa buku termasuk buku berjudul 'Tropical Fruit - Valume 2'  terbitan CABI (2011).


Produk ladang segar (Fresh produce) kebanyakannya akan cedera pada suhu beku (Frozen temperature). Melihat kepada buah tropika dengan buah sub-tropika serta buah temperate, didapati mempunyai daya tahan berbeza untuk disimpan dalam CA. Buah epal sebagai contoh lebih tahan lama disimpan dalam CA berbanding dengan buah tropika seperti pisang, jambu batu dan sebagainya. Ketahanan penyimpanan ini juga bergantung kepada faktur lain yang akan dibincangkan kelak. Selain daripada teknologi CA terdapat juga teknologi lain iaitu Pengubahsuaian Persekitaran (Modofoed Atomosphere - MA) yang telah dipekenalkan dalam sistem penyimpanan buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Pemanjangan jangkahayat produk ini akan mempastikan pengguna akan mendapat kualiti yang lebih baik daripada tidak dijalankan sebarang rawatan dalam proses penyimpanan. Kedua-dua teknologi CA dan MA kini mengalami perubahan dan lebih canggih dengan potensi pemanjangan kesegaran buah dan sayuran tiba untuk diambil oleh pengguna.


Banyak laporan mengenai teknologi CA dan MA dijalankan diseluruh dunia oleh negara-negara maju. Malaysia contohnya telah mencuba menggunakan teknologi seperti ini untuk 'Market access' buah-uahan tempatan seperti Belimbing, Betik, Mangga Harumanis, Durian Musang King dan sebaginya bagi pasaran keluar negara. Buah-buahan ini dibungkus dengan meggunakan teknik pembungkusan plastik atau kotak yang sesuai dan disimpan dalam suhu rendah untuk mampastikan ia tahan lama semasa pengangkutan pada jarak yang jauh. Teknologi CA didapati mampu mengurangkan kadar respirasi bagi buah-buahan dan sayuran. bagi sesetengah dalam keadaan CO2 tinggi dan O2 rendah menyebabkan peningkatan proses respirasi atau tiada respirasi. Banyak alasan perkara ini berlaku termasuk kesah penurunan suhu terhadap metabolisma berkurangan. Pada buah jenis klimaterik pula teknik ini akan menyebabkan lambat proses kematangan dan kerosakan buah. 


Kesan sebenar kadar kandungan Oksijen (O2) dan Karban dioksida (CO2) semasa penyimpanan berbeza antara komoditi. Ia banyak ditentukan oleh jenis buah atau spesis tanama n, kultivar, kepekatan gas dalam setor, suhu buah-buahan, tahap kematangan buah-buahan, tahap masak buah jenis klimaterik, keadan tanaman sebelum aktiviti menuai, kehadiran bahan etilin dalam setor dan rawatan dijalankan sebelim penyimpanan.  Kesan gas CO2 dan O2 dalam proses penyimpanan amat perlu diketahui dengan kadar yang tepat dan betul. Kadar CO2 dalam setor untuk proses penyimpanan buah-buahan boleh menyebabkan penurunan tindakbalas sintetik pada buah klimaterik, melambatkan buah mula masak, tindakbalas enzim yang dihalang, metabolisma asid organik akan berlaku, lambat reaksi dalam pemecahan unsur pektik, penguraian klorofil akan lambat, menghasilkan bau kurang enak, menghalang pertumbuhan kulat pada buah, elakkan percambahan (berlaku pada kentang) dan menghalang perubahan warna kulit buah. Sebenarnya teknologi ini sudah lazim digunakan untuk para pengekspot membuat penyimpanan buah epal untuk pasaran keseluruh dunia. Itulah sebabnya kita dapat makan buah epal segar dibeli di pasar malam dengan harga murah tetapi kualiti yang masih baik. Barsambung pada artikel lain. 

TEKNOLOGI PENYIMPANAN...APA DIA...
TEKNIK GAS CO2... SERING DIGUNA...
KAWALAN SUHU...ANTARA CARANYA...
TAHU SEDIKIT...CARI MAKLUMATNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Rawatan Ekspot,
KLIA, Sepang,
Selangor, Malaysia.
(12 Rabiulawal 1435H)    

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...