KLIK SAYA SOKONG BLOG

Wednesday, July 24, 2013

TELUR AYAM - GRED DAN HARGA

TELUR AYAM (Chicken Eggs) merupakan satu keperluan asas kepada manusia yang diambil boleh dikatakan setiap orang pada setiap hari. Agaknya berapa banyak seorang penduduk di Malaysia makan telur?. Menurut laporan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (Laporan Agro Makanan Tahun 2011) menyatakan bahawa penggunaan perkapita telur dinegara kita adalah sebanyak 295 biji seorang setahun. Nasib baiklah kerana Malaysia mempunyai bekalan telur ayam yang mencukupi iaitu pada kadar kecukupan (Seif sufficient level - SSL) sekitar 115% pada tahun 2012. Saya juga dapat tahu yang purata pengeluaran telur ayam di negara kita adalah sebanyak 25 juta biji setahun (Laporan oleh Jabatan Perkhidmatan Verterinar Malaysia 2012). Kadar pengeluaran ini lazimnya akan meningkat kepada 36 - 37 juta biji dalam musim perayaan seperti pada musim Hari Raya Puasa, Hari Raya Cina dan musim cuti sekolah. Musim cuti memang tidak dapat dinafikan permintaan yang amat tinggi kerana ia digunakan oleh masyarakat Melayu yang memberikan 'telur' dalam majlis kenduri perkahwinan sama ada ia telur rebus atau telur pindang. Artikel subuh Jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai telur dan kegunaan serta gred telur di Malaysia untuk bacaan umum. 

Di Malaysia telur ayam saya dapati dipasarkan berdasarkan sen sebiji mengikut gred. Pada masa ini gred telur amat mudah dikenali mengikut sistem penggredan yang telah dibangunkan. Lazimnya telur ayam akan dikelaskan kepada beberapa gred berasaskan berat. Gred-gred tersebut adalah gred AA , A , B , C , D , E dan F (Sila rujuk Jadual dibawah). Bagi Gred AA ia mempunyai berat lebih daripada 70 gram sebiji, Gred B pula mempunyai berat diantara 75 - 70 gram sebiji manakala Gred C antara 55-60 gram sebiji. Gred D (antara 50-55 gram sebiji) dan Gred E pula diantara 45-50 gram sebiji. Paling kecil adalah Gred F iaitu dibawah 45 gram sebiji. Harga telur ayam juga turun-naik mengikut permintaan dan bekalan dan ditentukan oleh pasaran. Bagaimana pun pada waktu tertentu kerajaan ada mengawal harga telur ayam mengikut Skim Kawalan Harga di musim perayaan.

                            Gred Telur Ayam mengikut Berat
   AA     Lebih dari 70 gram     
    A   65-70 gram
    B   60-65 gram
    C   55-60 gram
    D   50-55 gram
    E   45-50 gram
    F   Dibawah 45 gram


Dalam menternak ayam telur, lazimnya penternak akan mahir bagaimana kadar penghasilan telur ayam mengikut gred. Daripada Jadual dibawah, kita akan dapat lihat bahawa sebahagian besar telur ayam adalah dihasilkan dalam gred B, C dan Gred D iaitu sebanyak 77% daripada keseluruhan gred telur yang dihasilkan. Bagaimana pun keadaan inibanyak bergantung kepada beberapa faktur seperti baka ayam telur, jenis permakanan, cara atau pun kaedah pengurusan, umur ayam telur dan sebagainya. Bagaimana pun harga telur ayam ini banyak bergantung kepada banyak faktur.


              Jadual peratus penghasilan telur mengikut Gred.
   AA           4 %
    A
      12%            
    B
      28%
    C
      31%
    D
      18%
    E
       5%
    F
       2%

Harga telur ayam sentiasa berubah-ubah dengan banyak bergantung kepada kos pengeluaran diladang ayam. Jadual dibawah menunjukkan trend harga telur ayam daripada tahun 1996 sehingga tahun 1999 mengikut gred untuk dibuat rujukkan. bagi gred A dan B yang paling banyak dipasarkan didapati harga adalah didalam julat diantara 16 - 18 sen sebiji pada waktu tersebut. Kajian penulis pada bulan Jun mendapati harga telur ayam untuk Gred a dipasaran adalah sekitar 35-36 sen sebiji, Gred B sekitar 34 - 36 sen sebiji dan bagi Gred C 33 - 35 sen sebiji. Anda lohat sahaja dalam 4-5 tahun kenaikan harga telur ayam telah meningkat sebanyak lebih dripada 80%. mampukan kita membeli telur ayam pada masa akan datang?. Kos menternak ayam banyak bergantung kepada kos makanan yang menggunakan bahas asas jagung birijin yang diimpot dari luar negara. Saya fikir harga telur ayam ini memang akan meningkat pada masa akan datang dengan signifikan. 

      Jadual trend harga telur mengikut gred 1997 - 2013
 Tahun    
AA
A
B
C
D
E
F
        Jun 2013     

  35-36    
 34-36    
  33-35   



1997
   17.65   
17.16
16.55
15.78
14.78   
13.78   
11.10   
1998
18.52
17.83
16.94
16.16
15.21
14.21
13.21
1999
19.59
19.09
18.55
18.03
17.53
16.53
15.53 

Jadual diatas saya dapati amat signifikan untuk kita buat analisis mengenai trend harga telur ayam. Mengambil contoh harga telur ayam dalam kategori Gred A, pada tahun 1977 cuma 17.16 sen sebiji telah meningkat kepada 17.83 sen sebiji pada tahun 1998 (naik 0.067 sen) dan 19.09 pada tahun 1999 (naik sebanyak 1.26 sen sebiji). Bagaimanapun, pada tahun 2013 harga telur ayam sekitar 35.5 sen sebiji dimana ini telah menunjukkan kenaikan sebanyak 16.41 sen sebiji. Kenaikan sebanyak 86% harga telur ayam Gred A daripada tahun 1999 dengan 2013 amat membimbangkan pengguna. Mengikut kajian umum, kenaikan harga telur ini banyak disebabkan oleh isu kos pengeluaran telur ayam yang mana ianya banyak melibatkan pengimpotan bahan makanan ayam. Selain itu kos belian anak ayam telur, tenaga kerja, perubatan, utiliti (minyak, eletrik, air dsb) juga menyumbang kepada kos pengeluaran telur ayam. Kepada mereka yang berpendapatan tetap dan ingin membuat perbandingan anggaran kenaikan pendapatan bulanan berbanding dengan kenaikan harga telur ayam boleh membuat analisis sendiri.

Artikel ini diharap memberikan ilmu berguna kepada pembaca semua. Saya dapati memang kerap atau setiap hari kita makan telur ayam tidak mengira waktu dan bulan. Kita ada Telur Ayam yang direbus, digoreng, dibuat kueh, dalam mee goreng, dalam nasi goreng, dalam sayuran, dalam roti, roti telur, sambal telur, biskut, kek, kuih raya, telur dadar dan banyak lagi. Melihat foto sebelah juga merupakan perkara biasa dimana dalam mee goreng telah dibubuh sebiji telur tetapi kita tambah sebiji lagi telur mata kerbau diatasnya (Sila Klik disini - untuk baca arteikel telur mata kerbau).  Tanpa telur saya fikir makan tidak sedap dan kurang berkhasiat. Wasallam.


TELUR AYAM... GRED BERBAGAI...
AYAM TELUR.. BERTELUR HARI-HARI...
AYAM PENCEN... ENAK DIBUAT KARI...
HARGA TELUR... NAIKNYA BERLARI...

By,
M Anem
Senior Agrologist
Jalan Istana,
Air Keroh, Melaka,
Malaysia.
(16 Syaaban 1434H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...