KLIK SAYA SOKONG BLOG

Friday, July 12, 2013

BATANG KELAPA SAWIT

BATANG KELAPA SAWIT (Elaeis guineensis) adalah satu daripada hasil sampingan apabila pokok kelapa sawit tua ditebang untuk penanaman semula. Batang kelapa sawit yang sebelum ini dibuang begitu sahaja, kini boleh menjadi bahan mentah yang penting pembuatan perabot dalam usaha menampung defisit sumber berjumlah 3.85 juta meter padu kayu antara tahun 2006 hingga 2010. Terdapat seluas 4.7 juta hektar tanaman kelapa sawit direkodkan di Malaysia dengan menghasilkan sebanyak 17.6 juta metrik tan minyak sawit mentah (CPO - Crude Palm Oil) pada tahun 2012 (Laporan Statistik MPOB). Nilai pengeluaran kelapa sawit adalah sebanyak RM 4.6 billion yang melibatkan seramai lebih daripada 451,000 keluarga tani daripada pihak pekebun kecil dan estet swasta. Saya juga menyemak terdapat sebanyak 1,246 buah estet atau perladangan kelapa sawit di Malaysia dengan jumlah nilai produk hasilan sawit yang diekspot mencecah sebanyak RM 36.110 billion setahun. Sumbangan tersebut termasuk daripada produk berasaskan batang kelapa sawit yang diproses. 

Selama ini negara kita bergantung kepada bekalan import dari pelbagai sumber bagi memenuhi permintaan industri perabot. Kajian menunjukkan negara bakal menghadapi masalah kekurangan bahan mentah apabila Rancangan Malaysia Kesepuloh bermula iaitu antara tempoh 2011 hingga 2015 dan juga pada RMK ke 11 nanti. negara perlu mengatasi masalah ini dimana salah satu caranya adalah menggunakan batang kelapa sawit. Negara mempunyai banyak ladang kelapa sawit yang terbiar dan ada ditebang serta dibiarkan tanpa dimanfaatkan sepenuhnya. Sekiranya pokok kelapa sawit yang sudah ditebang ini dimanfaatkan sepenuhnya, negara akan dapat mengaplikasikan polisi tanpa sisa dengan berkesan. Ini juga bermakna pokok kelapa sawit akan dapat digunakan 100 peratus dan mendatangkan pendapatan.

Pada masa ini negara mempunyai antara dua juta hingga tiga juta pokok kelapa sawit yang ditebang dan terbiar begitu sahaja pada setiap tahun. Dari segi kos pula adalah dijangkakan pelaburan lebih besar mungkin perlu dibuat untuk mendapatkan teknologi merawat batang kelapa sawit tetapi harga bahan berkenaan lebih murah kerana ia merupakan lebihan bahan yang boleh digunakan. Kira-kira 80 peratus perabot berasaskan kayu menggunakan kayu getah. Daripada jumlah itu diharapkan 20 peratus bekalan sumber mentah industri perabot datang daripada batang pokok kelapa sawit pada masa depan. Penggunaan batang kelapa sawit bukan bertujuan untuk menggantikan kayu getah tetapi sebagai usaha didalam mempelbagaikan sumber bahan mentah terutamanya bagi sektor perabot.

Perancangan seterusnya tidak meletakkan sasaran masa bila bahan mentah itu dapat digunakan sepenuhnya tetapi berharap ia diperluaskan kerana produk yang dihasilkan menggunakan kayu kelapa sawit dapat meningkatkan imej perabot tempatan. Pada masa ini hanya terdapat enam kilang perabot menghasilkan pelbagai produk berasaskan sumber itu di Malaysia (Lihat foto sebalah). Kayu kelapa sawit itu mempunyai ketahanan yang cukup tinggi, malah bahagian yang paling keras iaitu yang terletak di lapisan luar menyamai kekuatan kayu pokok cengal. Permintaan dari negara luar amat memberangsangkan pada masa ini malah ada pengusaha yang tidak dapat memenuhi permintaan. Saya dapati banyak produk perabut berasaskan batang kelapa sawit di bilik pameran dan kedai perabot yang semakin diterima ramai. Selamat membaca dan menambah ilmu pengetahuan anda. Wasallam!

BATANG SAWIT... DIBUANG JANGAN...
BOLEH DIPROSES... MENJADI PAPAN...
2 JUTA HEKTAR... TEBANG SETAHUN...
KILANG PERABUT... DITINGKATKAN...

By,
M Anem
Senior Agrologist
Keratong 21, Pahang,
Malaysia.
(21 Syaaban 1434H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...