KLIK SAYA SOKONG BLOG

Monday, July 22, 2013

BERAS PERANG


BERAS PERANG (Brown Rice) adalah sejenis beras yang tidak dikisar atau separuh dikisar atau pun dikatakan sejenis biji-bijian semula jadi lengkap. Kita di Malaysia jarang-jarang membeli beras perang tetapi selalu membeli beras putih (white rice) untuk dimakan setiap hari. Pelbagai jenama dan gred beras putih yang dijual dipasaran daripada yang murah, sederhana dan beras wangi yang agak makal. Begitu juga penggunaan beras Basmati (Sila baca artikel beras basmati - Klik disini) pada jamuan kenduri yang popular dimasak sebagai nasi minyak atau nasi beriyani. Apakah perbezaan antara kedua jenis beras ini?. Kenapa ada beras putih yang banyak dijual dipasaran dan kurang kita menjumpai beras perang dipasaran?. Dalam membuat kajian ringkas, saya dapati ramai yang mendakwa beras perang mempunyai perisa sedikit berkacang dan juga lebih kenyal. Saintis permakanan juga mengatakan beras perang didakwa lebih berkhasiat daripada beras putih tetapi beras ini apabila menjadi nasi akan menjadi tengik lebih cepat. Mana-mana beras termasuk biji-bijian panjang atau biji-bijian pendek atau jenis beras pulut memang sesuai dimakan sebagai nasi perang jika mudah didapati dan memang kita menyukainya. Artikel subuh Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai Beras Perang dan khasiatnya untuk dijadikan bacaan dan rujukkan sebagai menambahkan ilmu dalam otak kita.


DIidalam membuat banyak rujukkan, saya dapati Beras perang ditakrifkan sebagai beras yang terhasil setelah padi dikupas atau dibuang kulitnya. Ia juga dikenali sebagai ‘brown rice‘, ‘cargo rice‘, ‘loonzain‘, ‘hulled rice‘ atau ‘unpolished rice‘ (Sila rujuk rajah diatas). Apabila beras ini dibersihkan (polished) lagi dimana proses tersebut diulang iaitu apabila dibuang saki baki selaput perang (germa) yang terdapat padanya akhirnya beras itu akan menjadi warna putih (dikenali sebagai endosperm). Hasilnya adalah apa yang kita kenali sebagai beras putih yang biasa kita lihat dijual di pasaran pada hari ini. Beras putih yang dinikmati oleh majoriti rakyat Malaysia hari ini adalah berasal dari beras perang yang telah dicuci (polish) isinya sehingga ia menjadi warna putih. Tujuan dilakukan mencuci selaput perang tersebut agar bijii beras akan menjadi warna putih supaya lebih lembut untuk dimakan ketika masak. Walau pun proses ini memerlukan kos yang lebih kerana melibatkan proses tambahan untuk mencucinya tetapi kebanyakan orang menyukainya.

Apabila kita makan nasi dari beras perang, terdapat kajian menyatakan bahawa nasi beras perang adalah agak 'keras' berbandng dengan nasi beras putih. Ini disebabkan mereka yang memakan beras perang akan juga mengalami sedikit peningkatan dalam metabolisma ketika berlaku proses penghadaman makana. Perkara yang berlaku ini adalah satu keadaan dimana lebih tenaga diperlukan untuk mencernakan nasi perang yang masih ‘keras’ dan yang berselaput itu. Sebaliknya kajian menunjukkan iaitu mereka yang makan nasi putih tidak akan mengalami peningkatan metabolisma ‘sehebat’ itu (meskipun kesan thermogenic tetap ada) kerana mesin di kilang-kilang yang mencuci selaput tersebut. Ketiadaan selaput tersebut sebenarnya telah pun membantu usus dan perut dalam 'mencernakan' bahagian pertama dalam pencernaan nasi. Sistem pencernaan manusia tidak perlu lagi bersusah-payah untuk menghuraikan selaput tersebut.  Nasi putih yang lembut agak mudah untuk dihuraikan didalam sistem penghadaman agar menjadi gula ringkas untuk diserap ke dalam darah. Kepada anda yang hendak mengetahui akan khasiat dan kebaikan nasi beras perang, boleh baca seterusnya dalam artikel berikutnya (Sila klik disini). Wasallam!

Beras Perang Jenama 'Sun Brown'.
BERAS PERANG ... NASI PERANG....
AGAK KERAS... DIMAKAN JARANG...
BERAS PUTIH... DIMINATI ORANG...
LEBIH LEMBUT... MUDAH DITELAN..

By,
M Anem
Senior Agronomist,
Pesta Floria 2013,
Precint 3, Putrajaya,
Malaysia
(28 Jun 2013)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...