KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, July 14, 2013

DAUN LIMAU PURUT

DAUN LIMAU PURUT atau nama saintifiknya sebagai Citrus hystrix merupakan sejenis daun yang sangat berguna didalam masakan dikalangan masyarakat kita. Anda boleh baca artikel mengenai Limau Purut yang saya tulis pada bulan April tahun 2010 (Sila Klik disini). Ramai telah tahu akan kehebatan dari daun limau purut sehingga banyak kegunaan lain selain daripada masakkan. Selain daripada daun limau purut, buah limau purut juga mempunyai permintaan yang baik untuk tujuan perubatan tradisional dan tujuan pemprosesan. Ramai kenal akan daun limau purut ini yang bentukknya seperti nombor '8' iaitu mempunyai lekukan ditengahnya dan mempunyai aroma yang harum. Daun limau purut mengandungi sejenis minyak yang beraroma wangi yang kuat iaitu bakah kimia yang didapati dalam Citrus hystrix ini sebanyak 14% bagi bahan Sabinine dan 15% bagi Liminene. Daun limau purut juga  tidak ubah seperti limau biasa kecuali daunnya beranak manakala buahnya bulat tetapi menggerutu dengan rasa masam dan pahit. Bagi suri rumah daun limau purut menjadi pilihan sebagai ramuan atau perisa makanan untuk memasak lauk tomyam, asam pedas, rendang dan laksa. Selain itu saya dapati bahagian buahnya selalu dijadikan sebagai bahan yang penting dalam upacara mandi bunga dan mandi wap yang pasti akan menjanjikan kesegarannya. Artikel petang Ahad 5 Ramadan ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai khasiat limau purut untuk bacaan dan rujukkan anda semua.

Dalam membincangkan khasiat dan kegunaan daun limau purut paling utama adalah kita mndapat bekalan daun limau purut yang masih segar. Ini boleh kita perolehi daripada pokok yang ditanam sendiri dikawasan rumah atau dibeli satu atau dua ranting daripada pasar. Daun limau purut (Lihat foto sebelah) yang segar berwarna hijau gelap dan apabila kering maka ianya kurang sesuai digunakan. Antara khasiat Limau Purut dimana daun limau purut banyak digunakan dalam masakan seperti tomyam kerana bau dan rasanya yang unik. Masakan rendang dan asam pedas serta tomyam tanpa daun limau purut akan berkurang kelazatannya. Lazimnya daun limau purut akan diletakkan diperingkat akhir masakkan. Seterusnya daun limau purut juga digunakan sebagai ramuan ubatan terutama dalam perubatan tradisional dan juga bahan untuk mandi wap. Aroma harum yang terdapat pada daun dan buah limau purut mampu memberikan kesan 'Aroma Terapi' kepada pesakit. Saya juga pernah lihat bagaimana daun limau purut digunakan oleh bomoh untuk aksi perubatan memulihkan masaalah pesakit berkaitan gangguan makhluk halus. Bagi mereka yang mandi air mengandungi limau purut akan menyegarkan lagi dan kurangkan bau badan.

Daun Limau Purut juga selain berkesan sebagai penggalak antitumor atau pencegah kanser, ia boleh digunakan untuk mencuci rambut (shampoo rambut) dan menghilangkan bau mulut serta boleh membunuh pacat. Terdapat beberapa syarikat sepert Syarikat SAFI yang menghasilkan shampoo Limau Purut dipasaran Malaysia yang sesuai untuk mereka yang menghadapi masaalah rambut (Lihat foto sebelah).  Adalah lebih mudah membeli shampoo dipasaraya daripada kita membuatnya sendiri. Selain itu didakwa bahawa Ekstrak minyak pati Limau Purut juga boleh digunakan sebagai aromatherapi, nutraseutikal dan produk penjagaan diri. Walau pun banyak produk berasaskan limau purut dipasaran, pengguna perlu berhati-hati dengan produk tiruan yang ada dijual dipasaran. Maklum sahajalah bukan mudah pihak kilang mendapatkan bahan daun limau purut asli dari kebun-kebun yang menanam limau purut di Malaysia. Kajian juga menunjukkan bahawa daun dan buah limau purut boleh digunakan dalam merawat luka, lebam dan kesan gigitan serangga berbisa. Inipati limau purut juga akan merangsang perjalanan darah yang menyebabkan kita akan menjadi lebih sihat.

Khasiat Limau Purut sebenarnya boleh dibincangkan berkait dengan kesihatan manusia. Diantara khasiat yang tinggi dalam dunia perubatan oleh limau purut kerana ia mengandungi bahan aktif berubat seperti anti hysteria, anti tumor, pencuci asli, anti septic, anti bacteria dan banyak lagi. Kita juga boleh memasukkan pati minyak limau purut dalam mandian dapat menghilangkan bau badan serta melembutkan kulit. ia juga dapat melancarkan sistem pernafasan dengan menyapukan pati minyak limau purut pada dada, tengkuk dan belakang badan. Dengan sedikit garam dan daun limau purut yang ditumbuk halus dapat mengelak dari masalah kekuningan pada gigi. Sesuai digunakan sebagai wangian dalam aromaterapi. Bauan dari limau purut juga boleh meningkatkan kesegaran dan bau nyaman disekeliling ruang dalam  rumah atau pejabat. Paling utama tetap dinyatakan bahawa daun limau purut akan memberi aroma pada masakan hingga membangkitkan selera makan.

LUMAU PURUT ... GUNA DAUNNYA...
DAUN HIJAU... DIPETIK SEGARNYA...
RAMUAN MASAKAN... ADUH ENAKNYA...
KHASIAT LAIN... BACA ARTIKELNYA...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Taman Pertanian 
Putrajaya
Malaysia
(5 Ramadan 1434H) 

.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...