KLIK SAYA SOKONG BLOG

Saturday, February 18, 2012

LALA

LALA adalah sejenis haiwan dari katergori Kerang-kerangan yang terdapat dikawasan tepi laut dikawasan Asia Tenggara dan beberapa lokasi lain. Saya dulu tidak kenal akan Lala ini berbanding dengan Kerang yang lebih banyak diternak dikawasan seperti Pantai Perak, Melaka, Pulau Pinang dan Selangor. Dalam bahasa lain lala ini dipanggil sebagai 'Clams' yang mana lala mempunyai kulit yang lembut berbanding dengann Kerang. Populariti lala kini bertambah kerana telah pun dijual di Hypermarket dengan kaedah pembungkusan dan pameran di rak yang cantik dan tersusun. Kita boleh membeli lala di Pasaraya Jusci, Pasaraya Maydin, Pasaraya Econsave dan sebagainya dalam pek khas selain daripada dijual dipasar ikan biasa. Artikel pagi Sabtu ini saya menulis sedikit maklumat mengenai lala walau pun agak sukar mendapatkan maklumat marfologi dan penciriannya.


Mencari lala dijalankan oleh mereka yang pakar dikawasan tepi pantai dengan menggunakan cara menggali lumpur atau lumpur berpasir di lokasi yang selalunya ada lala. Sejenis alat seperti besi digunakan untuk mengorek lapisan tanah lumpur sehingga menjumpai lala dan dikutip untuk dimasukkan kedalam bakul plastik (Lihat foto sebelah). Kalau musim sesuai mungkin kita boleh dapat banyak lala dalam masa yang singkat tetapi jika bukan musim memang sukar untuk mendapat lala...buat penat sahaja!. Lala yang kotor dengan lumpur ini kikumpulkan dan dibasuk sehingga bersih dan boleh digredkan mengikut saiz.  Sebaiknya lala dimasak segera untuk mendapatkan citara kesegarannya. Lala yang dikutip banyak bergantung kepada keadaan tanah dimana ianya dijumpai samaada berwarna kekuningan cerah atau agak kelabu kegelapan..


Lala berbeza dengan kerang , kulit lala adalah nipis dan agak lembut serta mempunyai bentuk yang leper dan ada dua cengkerang. Saiz lala antara 3-6 cm panjang dan 2-4 cm lebar dengan corak bergaris-garis atau berketak-ketak pada kulit cengkerangnya yang cantik dan menarik. Kulit Kerang adalah keras dengan mengerutu dan kecil berbentuk separa bulat tetapi lala berbentuk nipis. Jika dibuka, lala mempunyai isi yang berwarna kuning keputihan dan bahagian isi nilah yang dimakan setelah dimasak. Warna cengkerang lala adal yang cerah kekuningan dan ada yang kehitaman terutama dikawasan tanah berlumpur yang hitam. Setelah dituai lala akan cepat mati jika tidak dimasukkan dalam air atau tidak disimpan dalam peti sejuk. Kajian saya di Pasar Borong Selangor mendapati lala dijual dengan harga RM 8.00 - RM 10.00 sekilogram bergantung kepada musim. Kerang pula dijual dengan harga RM 4.00 sekilogram jenis kecil dan RM 5.00 sekilogram jenis besar.


Menu masakan lala yang paling sedap adalah Lala Masak Lemak Pedas, Lala Masak Sambal atau Pun Lala Masak Halia , Lala Masak Serai dan sebagainya. Cara masak lala juga sangat mudah dan saya percaya semua orang mampu masak lala dengan sedap. Berikut adalah resepi Lala Masak Serai untuk hidangan makan tengahari:-


Bahan-bahan:
500 gram Lala Segar
3 ulas Bawang Putih - diketuk
1 inci halia dihiris panjang2
3 batang serai dipotong serong
5 biji cili api
1 susu besar sos tiram
1 biji bawang besar dipotong bulat
Daun bawang dan tomato ceri
2 sudu besar minyak masak dan
Garam dan Gula sebagai perasa


Cara menyediakan:
Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bawang putih dan halia digoreng sehingga wangi. Masukkan serai dan cili api sehingga wangi dan masukan garam, sos tiram dan gula secukup rasa. Kacau ramuan tadi sehingga sebati dan kemudian masukkan lala kedalam kuali. Tutup kuali dan tunggu sehingga 3 minit atau apabila kita nampak kulit lala telah berubah warnanya. Kalau agak kering masukkan sedikit air kemudian masukkan tomato ceri, bawang besar dan daun bawang sebelum ditutup api. Masukan kedalam mangkuk dan sedia untuk dihidangkan bersama dengan nasi putih. Makan lala diwaktu tengahari ini amat sedap terutama ketika perut sangat lapar......


NAMANYA LALA....JENIS SIPUT AGAKNYA....
KADANG-KADANG BANYAK...MURAH HARGANYA...
DI MASAK LEMAK PEDAS...AMBOI SEDAPNYA....
NAK PUAS MAKAN...MASAK SENDIRI JAWABNNYA..


Artikel berkaitan:
1. Serai (Klik disini)
2. Giant Prawn (Klik disini)
3. Kerang (Klik disini)
4. Kupang (Klik isini)
5. Belut (Klik disini)


By,
M Anem
Gersik, Muar,
Johor, Malaysia
(25 Rabiulawal 1433H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...