KLIK SAYA SOKONG BLOG

Wednesday, February 8, 2012

ANGSA

ANGSA (Anser cygnoides) adalah sejenis haiwan dari keluarga Anatidae iaitu haiwan unggas kategori Burung yang mempunyai sepasang kaki dan kepak. Apa yang istimewa tentang angsa adalah kerana haiwan ini mempunyai leher yang panjang dan mampu mengeluarkan bunyi yang kuat. Angsa juga tidak banyak perbezaan rupabentuk diantara Angsa Betina dengan Angsa Jantan kecuali dari segi saiz dan juga organ pembiakannya. Angsa dipanggil sebagai Swan Goose (English) dipercayai native dari kawasan Mongolia, China, Khazakstan serta kawasan Rusia kini dikategorikan sebagai haiwan yang hampir pupus kerana jumlahnya semakin berkurangan saban tahun. Walau pun pada zaman dahulu angsa adalah sejenis haiwan liar tetapi kini telah banyak spesis angsa yang telah di ternak untuk tujuan komersil. Penternakan angsa di Malaysia kurang popular jika dibandingkan dengan ternakan ayam daging, ayam penelur mahu pun ternakan burung puyoh dan itek. Tidak ada maklumat rasmi mengenai jumlah populasi angsa yang direkodkan di Malaysia (jumlah ternakan kategori itek pada 2010 ialah 7.927 juta - JPV). Artikel malam ini saya menulis informasi mengenai angsa berdasarkan pengalaman dan rujukan dari pelbagai sumber.


Angsa boleh di ternak bagi mendapatkan telur, daging dan bulunya. Penternakan angsa memerlukan kawasan yang sesuai dengan kawasan yang ada sumber air dan berpagar.  Keperluan ruang setiap ekor angsa minima adalah 1 meter persegi dan 4m kawasan lapang. Walau pun kini tidak ramai yang menternak angsa di negara kita sama ada di kampong tradisional atau secara komersial, yang pasti haiwan ini merupakan sejenis haiwan yang tahan lasak, cepat membesar dan jarang mempunyai masaalah serangan penyakit atau perosak. Penggunaan ubatan atau makanan khusus tidak kritikal untuk menternak angsa. Malahan pengalaman saya mendapati angsa merupakan 'HAIWAN JAGA' iaitu ianya akan berbunyi kuat apabila penceroboh datang kekawasan rumah kita tidak mengira waktu. 


Pemilihan jenis angsa yang sesuai untuk diternak penting untuk mereka yang ingin mulakan penternakan angsa sama ada secara komersil atau tujuan hobi sahaja. Jika ingin menternak untuk hobi memadai dengan membeli anak angsa beberapa ekor (5-10 ekor) dari jenis yang cantik, cepat membesar , tahan lasak, bersifat boleh menjaga kawasan rumah dan juga senang dapat bakanya.  Bagi tujuan penternakan angsa komersil perlu dipilih jenis yang sepat membesar, banyak telur dan tidak memerlukan kos permulaan yang banyak. Lazimnya pasaran untuk daging angsa agak baik semasa musim perayaan sahaja dan angsa daging perlukan masa 4-6 bulan sebelum sesuai untuk dijual. Kepada mereka yang baru hendak mula menternak angsa mulakan dengan bilangan yang sedikit dahulu dan tambah bilangannya secara berperingkat. Memang agak sukar untuk memasarkan produk daging angsa di kalangan masyarakat kita di Malaysia kerana ada 'persepsi' yang daging angsa sama dengan daging itek yang berbau 'hanyir' dan suka menyodok lumpur didalam reban. Persepsi ini terus menganggu penerimaan pasaran daging angsa dinegara kita. Berapa ramai diantara pembaca yang pernah makan daging angsa?


Antara beberapa jenis angsa yang boleh diternak adalah seperti Angsa Embden, Angsa Afrika, Angsa China, Angsa Toulouse (Angsa Perancis), Angsa Norweigeia dan Angsa Pilgrim. Setiap jenis mempunyai saiz badan, warna bulu, kapasiti tumbesaraan dan ciri-ciri khas lainnya yang berbeza-beza. Bagi mempastikan pulangan pelaburan makan kita perlu mencari baka angsa yang cepat membesar dan mampu menghasilkan telur yang banyak dan berkualiti. Sediakan reban yang mempunyai kawasan berteduh dari angin dan hujan dengan setiap seekor perlukan kawasan seluas 1m x 1m dan kawasan untuk angsa berlegar-legar seluas 4m x 1 meter setiap ekor. Angsa adalah haiwan yang suka bergerak dan tidak duduk diam. Kawasan berteduh diperbuat dengan beratap dan dinding kukuh yang bertujuan untuk teduhan dan diletakkan bekas makanan didalamnya dan pastikan selalu kering (Jangan biarkan atap bocor). Bekas makanan perlu kering dalam reban dan bekas minuman boleh diletakkan diluar reban dilokasi yang sesuai. Jika angsa sudah mula bertelur sediakan kotak kayu yang dilapik dengan rumput, kain atau bahan lembut lain agar angsa bertelur didalamnya. Pengalaman saya jika tidak diletakan tempat bertelur angsa akan bertelur diatas tanah dan telur akan rosak.


Angsa merupakan haiwan yang 'PELAHAP' atau kuat makan serta cepat membesar. Kalau angsa lapar akan berbunyi kuat 'Mintak Makan'. Makanan komersil tersedia seperti pelet makanan ayam boleh digunakan tetapi angsa akan memerlukan kuantiti yang banyak berbanding dengan unggas lain. Lazimnya angsa akan makan apa sahaja yang dihidangkan sama ada sisa makanan, sisa produk kebun seperti reja sayuran, buah-buahan dan juga rumpai serta daun tumbuhan yang sesuai. Bagi tujuan penghasilan telur perlu ditambah 15% tambahan protin disamping bahan mineral yang lain. Pemberian makanan pelet yang berterusan akan memberikan berat badan antara 5.5 - 7.0 kg selepas berumur 12-14 minggu. Saiz ini kita sudah boleh mengurangkan kadar makanan pelet kerana telah capai kadar pertumbuhan optima.  Tambahkan dengan makanan seperti daun dan lain-lain jenis makanan yang sesuai untuk jimatkan kos.


Paling istimewa mengenai angsa adalah keupayaanya di dalam memilih jodoh atau pasangannya dan terus setia sehinga 10 tahun tanpa bertukar pasangan. Walau pun pada peringkat memilih pasangan angsa perkasa jantan 'mengurat' 4-5 ekor angsa betina tetapi apabila 'sudah ngam' akan tetap dengan pasangannya. Selepas mengawan angsa betina akan bertelur  mengikut umur dan makanan yang diberikan. Telur perlu dikutip setiap 2 hari kerana kelewatan akan menyebabkan kadar penetasan telur berkurangan. Simpan telur dalam suhu 7-13 celsius dengan kelembapan 70%. Telur angsa tahan disimpan selama 10-14 hari dalam keadaan masih segar untuk dimakan. Bagi tujuan penetasan telur angsa perlukan masa selama lebihkurang 30 hari diletakkan didalam inkubator. Anak angsa boleh diternak atau dijual kepada mereka yang berminat.


Daging angsa saya paling suka dimasak sebagai RENDANG ANGSA (lihat foto) terutama dimusim perayaan Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Qurban yang dimakan dengan ketupat dan lodeh. Rasanya yang lemak, kenyal dan lembut menyebabkan resepi daging angsa manjadi kegemaran para tetapu yang datang menjamu selera. Daging angsa juga boleh dimasak kari, masak kurmak, masak rendang tok, masak kuzi, masak pecel dan paling istimewa adalah 'ANGSA PANGGANG'. Perapkan ramuan rempah atau perlu dilumurkan pada daging angsa beberapa jam dan masukkan dalam oven atau panggang diatas bara kayu arang. Kepakaran menyediakan menu angsa akan membuatkan kita akan berminat untuk makan daging angsa. Tetapi dimana ada restoran yang menghidangkan daging angsa di Kuala Lumpur dan Putrajaya apabila kempunan?....


LEHERNYA PANJANG...ITU ADALAH ANGSA...
BUNYINYA KUAT....SUKA KEJAR MANGSA....
KEBANYAKAN SPESIS...DARI LUAR NEGARA...
DIMASAK RENDANG...LAMA TAK DAPAT RASA...


By,
M Anem
Pct 11, Putrajaya,
Malaysia
(15 RabiulAwal 1433H)   

4 comments:

  1. AsSalam..Mana nak cari telur angsa ek?

    ReplyDelete
  2. kenapa x leh nak download........please aktikel ini memang menarik bg buat kerja folio saya.....

    ReplyDelete
  3. mana nk dapatkan daging angsa..especially tulang leher AREA KL..YANG TELAH SIAP DISEMBELIH..

    ReplyDelete
  4. Berapa harga pasaran daging angsa?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...