KLIK SAYA SOKONG BLOG

Saturday, February 11, 2012

KLON KOKO

KOKO (Theobroma cacao) merupakan sejenis tanaman ladang yang penting di negara kita pada satu masa dulu dimana keluasan kawasan penanaman koko mencapai 123,855 hektar pada tahun 1980 dan meningkat paling luas pada tahun 1984 seluas 414,326 hektar tetapi kemudian menurun kepada 75,299 pada tahun 2000. Pada masa ini keluasan tanaman koko terus mengurang hanya 20,243 hektar sahaja iaitu seluas 4,293 hektar di Semenanjung Malaysia, 7,421 hektar di Sabah dan seluas 8,529 hektar di Sarawak.  Keluasan kawasan penanaman koko paling rendah direkodkan pada tahun 2009 iaitu cuma seluas 18,623 hektar dengan cuma seluas 3,991 hektar sahaja ditanam di Semenanjung Malaysia dengan tumpuan di Pahang, Johor dan Perak sahaja. Rujukan yang saya buat dari Lembaga Koko Malaysia menunjukkan ada usaha untuk memajukan semula industri tanaman koko tetapi agak  kurang mendapat sambutan. Ramai petani tidak mahu memilih menanam koko kerana masaalah serangan penyakit Ulat Pengorek Buah Koko (UPBK), harga koko yang kurang memberangsangkan, persaingan dengan tanaman lain dan beberapa faktur lain. Artikel malam ini saya akan menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa klon koko untuk makluman pembaca.


Pembacaan saya menunjukkan bahawa koko mula di bawa masuk kenegara kita oleh penjajah Spanyol pada tahun 1778 di Melaka dengan percubaan awal penanaman di Pusat Pertanian Serdang dan di Silam , Sabah. Penanaman koko begitu popular sekitar awal tahun 1980'an sehingga pertengahan 1980'an dimana Jabatan Pertanian banyak menjalankan program penanaman koko melalui intensifikasi tanaman koko dibawah kawasan kelapa dan buah-buahan. Ramai petani diberikan latihan dan bantuan subsidi anak benih, input baja dan teknologi lepas tuai hasil koko. Pusat pemprosesan dan pembelian biji koko diujudkan dibanyak tempat dan harga koko disiarkan melalui suratkhabar dan media elektronik setiap hari. Tetapi selepas serangan ulat UPBK dan program pemusnahan tanaman koko dilancarkan, prestasi dan penanaman koko terus merudum sehingga kini.


Kini cuma sekitar 20,243 hektar sahaja keluasan tanaman koko yang masih ada walaupun Lembaga Koko Malaysia telah memperkenalkan pelbagai insentif untuk tanaman koko. Tidak banyak klon koko baru yang diketengahkan sehingga kinii oleh pusat penyelidikan kerajaan dan swasta seperti dulu. Hanya beberapa klon KKM improved yang dihasilkan dengan sedikit penambahbaik dalam baka tersebut. Hanya dua klon koko yang dipopularkan semenjak dulu iaitu Klon KKM (Klon Koko MARDI) dan Klon PBC (Prang Besar Clone - Kini dah jadi Putrajaya). Klon KKM ada sebanyak 28 jenis daripada KKM1 hingga KKM28 sementara klon PBC ada 12 jenis (nombor tidak ikut siri - dari siri PBC 113 higga siri.PBC 247). Kesemua klon koko mempunyai ciri marfologi tumbuhan yang berbeza-beza untuk ditanam mengikut jenis tanah dan lokaliti.




Klon KKM1 contohnya mempunyai purata buah 56 biji sepokok dengan jumlah biji sebanyak 54 biji sila rujuk rajah diatas.  Bagi kriteria klon PBC adalah seperti rajah dibawah:-


  
Klon Koko yang tulin perlu disahkan oleh LKM jika hendak mendapatkan bekalan anakbenih. Pada bulan ini semasa artikel ditulis harga biji koko juga saya dapati telah mencapai tahap stabil iaitu Harga Biji Basah di Tawau RM 1.69 /kg, di Raub (RM 2.29 /kg), di Bagan Datok Perak (RM 1.35 /kg). Koko Malaysia telah di gredkan kepada 3 gred iaitu SMC 1, SMC2 dan SMC 3 (Standard Malaysian Cocoa). Harga SMC1 di Tawau sekarang ialah RM 6,561 satu tan dan di Raub RM 6,936 (iaitu lebih tinggi hampir RM400). Harga SMC2 di Tawau pula pada RM 6,483 /mt dan di Raub sebanyak RM 6,880/mt , di Muar RM 5,815 dan di bagan Datok (RM 5,414/mt).  Kaedah penggredan dan kawalan kualiti di Raub adalah antara yag terbaik di Malaysia dimana ramai petani dikawasan Raub, Pahang yang saya pernah lawati menggunakan Amalan Pertanian Baik dengan baja yang mahal dan kawalan pasca tuai yang sistematik. 


KLON KOKO..YANG LAMA MASIH DIGUNAKAN...
KAWASAN PENANAMAN...TERUS BERKURANGAN...
HARGA STABIL...PALING TINNGI DIRAUB SAKAN...
KALAU BERMINAT...BINCANG DENGAN LKM...


By,
M Anem
Pct 11, Putrajaya (Dulu Prang Besar Estate),
Malaysia.
(18 Rabiulawal 1433H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...