KLIK SAYA SOKONG BLOG

Monday, February 20, 2012

BLOG FOLLOWERS

Asalamualaikum wbt...
Hari ini blog 'Anim Agro Technology' telah menerima followers yang ke 300 dan berterimakaseh 'Cik Qynhiou' seorang budak U entah U mana. Kunjungan dan pautan blog ini telah mencapai purata 900 hingga 1,400 sehari oleh mereka yang berminat dengan teknologi pertanian. Sehingga kini seramai  359,215 pelawat selepas setahun tidak dikira. Berikut adalah kaunter pelawat sempena menyambut followers yang ke 300 dalam blog ini. Ramai rakan yang setia dengan blog ini tetapi tidak jadi followers. OK lah tu...

Hari ini saya cuti dan pergi Muar serta Melaka sempat melawat Kompleks PBU Pagoh dan TKPM Fertigasi Pagoh. Dalam perbincangan dengan pegawai dan peserta (2 orang) dapat memberikan beberapa tips mengenai teknologi tanaman cili fertigasi dan melon fertigasi. Ini akan dibincang dalam entry akan datang. Di kampong Jalan Hj Kusai pula nampak pokok dokong yang ada masaalah serangaan mati pucuk pokok dengan serius. Bahagian pucuk pokok kering dan daun gugur dengan teruk. Sebelahnya ada pokok nangka yang penuh dengan tumbuhan parasit 'duit-duit' dan putik buahnya gugur tidak melekat. Dahulu pokok ini menghasilkan buah nangka yang banyak dan manis, sekarang peringkat putik pun dah gugur....kesan serangan pokok parasit...baca dalam Pokok Duit-duit (Klik sini).

Berikut adalah maklumat mengenai followers yang ke 300....

By,
M Anem
Pt Amal, Jalan Dato Hj Kusai,
Muar, Johor, Malaysia.
(227 Rabiulawal 1433H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...