Mengetut Pokok (Marcotting) adalah salah satu daripada kaedah pembiakan tampang (vegetative propagation). Pembiakan Tanaman dijalankan melalui pelbagai kaedah iaiitu Cara Sexual dan Asexual. Cara sexual adalah dengan menggunakan Biji Benih (Seed) yang dihasilkan melalui proses pendebungaan bunga jantan dan betina. Kaedah Pembiakan Asexual ialah dengan Cara Pembiakan Tampang (Vegetative) dimana sebahagian daripada bahagian tumbuhan itu digunakan sebagai asas untuk pembiakan. Artikel inii akan menbincangkan salah satu daripada proses pembiakan tampang iaitu TUT (Marcotting) berdasarkan kepada pengalaman penulis dalam bidang pertanian dan proses pembelajaran ketika di university dulu. Thesis saya pada tahun akhir dulu ialah kajian pembiakan tampang tanaman koko terpilih menggunakan kaedah keratin batang/pucuk pada tahun 1982! ..

Teknik dan Cara-cara mengetut


Langkah-langkah mengetut
Pembaca perlu mempunyai kemahiran didalam membuat aktiviti mengetut. Walau pun kerja ini Nampak agak mudah tetapi kadang-kadang yang dibuat tidak menjadi. Langkah-langkah berikut perlu di fahami sebelum membuat pembiakan secara tut.
a) Sediakan kepalan campuran tanah sebesar telur ayam dan direnjis air sehingga lembab atau GP7 yang telah di lembabkan.
b) Pilih dahan yang sesuai serta buangkan daun-daun dan ranting-ranting di bawah kelaran
yang akan dibuat.
c) Buatkan kelaran keliling, pertama di bawah mata tunas dan kelaran kedua dibuat
sekurang-kurangnya 3cm di bawah dari kelaran pertama.
d) Kupas kulit di antara dua kelaran dan kikiskan (kambium) hingga ke kayu.
e) Sapukan hormon penggalak akar di kelaran atas

f) Ikatkan plastik di bahagian kelaran bawah.
g) Dekatkan tanah yang telah dikepal di bahagian dahan yang telah dikikis tadi, tentukan tanah itu padat dan melekat dengan baik.
h) Bungkuskan kepalan tanah dengan kertas plastik dan diikat pada kedua-dua hujungnya.
i) Selepas 2 - 3 bulan, tut ini akan mengeluarkan akar dan boleh dipotong bahagian bawah dan diubah ke dalam polibeg plastic untuk proses pembesaran anak benih.
Proses mengetut tanaman dijalankan oleh pengusaha tapak semaian sebagai sumber pendapatan perniagaan. Pokok buah-buahan dan beberapa jenis bunga merupakan antara tanaman yang dibiakkan secara mengetut (Marcotting). Kkajian awal penulis mendapati kos untuk mengetut antara RM 0.50 – RM 0.80 satu unit. Penulis memang rajin membuat tut tanaman jambu batu (Klon GU 8) dan baru-baru ni mengetut Jambu Batu Giant (Lohan). Nampaknya tangan penulis agak sejuk kerana hasilnya 90% tut Berjaya!!!
PEMBIAKAN TAMPANG…MENGETUT POKOK….
POKOK DIPILIH… SUBUR DAN TIDAK BURUK…
ANAK BENIK TUT…CIRI SEPERTI INDUK….
BOLEH CUBA MENGETUT….BUAT BUSINESES KUT…
By
M Anem
Putrajaya
Malaysia
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.