KLIK SAYA SOKONG BLOG

Thursday, August 26, 2010

PAM PENYEMBUR (Knapsack)

Pam Penyembur Racun atau 'Knapsack Sprayer' merupakan satu alatan pertanian yang digunakan secara meluas dalam sektor pertanian. Artikel ini memberikan maklumat mengenai Pam Penyembur Racun dari segi maklumat asas dan kaedah penggunaan berdasarkan kepada pengalaman penulis dalam bidang pertanian. Knapsack Sprayer merupakan alat yang digunakan untuk menyemburkan larutan (Dalam bahasa Jawa - MENYEMPROT) daripada dalam tong tangki kepada sasaran (biasanya rumpai, daun, batang, buah, tanah dsb) melalui nozel yang bertekanan tinggi.


Knapsack Sprayer terdiri dari Jenis Manual dan Jenis Bermotor (Foto sebelah). Jenis Manual adalah alat yang menggunakan tenaga manusia untuk mengepam menggunakan tangan. Jenis Bermotor adalah alat yang dipasang dengan jentera pengepam yang mampu mengepam secara mekanikal. Lazimnya petani-petani kecil menggunakan pam air manual sebagai pilihan kerana murah, mudah di selenggara, ringan, kecekapan yang tinggi dan penggunaan yang mudah kerana menggunakan teknologi biasa. Knapsack Sprayer jenis Bermotor hanya digunakan untuk ladang yang luas, menjimatkan kos buruh, cepat dan menyembur tempat tinggi walau pun harganya lebih mahal dan kos selenggara yang lebih.

Komponen Knapsack Sprayer Manual terdiri daripada Tong Simpanan, Pam, Sesalur, Nozel dan Tali Pengendong. Tong Simpanan Larutan diperbuat daripada Plastik atau Logam (samaada Tembaga, Zink, Besi dsb) yang mempunyai pelbagai saiz isipadu. Lazimnya dipasaran tong bersaiz 4 gelen (18 liter) paling popular digunakan kerana beratnya apabila diisi larutan lingkungan 20 kg sesuai untuk dipikul oleh pengguna. Terdapat saiz yang lebih kecil seperti 3 gelen dan 2 gelen. Tong Penyembur ini mempunyai lubang bahagian atas untuk memasukan air dan larutan racun dan mempuyai penutup yang Kedap Udara. Terdapat penapis di bahagian lubang untuk masukkan air untuk mempastikan tiada kotoran yang akan masuk kedalam tong yang akan menyebabkan nozel tersumbat. Tong ini mestilah kuat untuk menampung tekanan dari pam untuk menyemburkan air keluar.


Komponen Pam terdiri daripada sistem pam injap mudah dengan digerakkan atas kebawah untuk menghasilkan tekanan udara kedalam tong simpanan. "Handle' yang digerakan dengan tangan digerakan dan menghasilkan tekanan kedalam tong dan akan keluar melalui sesalur dan nozel. Kekuatan tekanan air dalam tong bergantung kepada kekerapan pergerakan pam yang digunakan. Sesalur Knapsack Sprayer dibuat dari besi dan getah yang kuat menerima tekanan. Sesalur ini disambung dengan pam dan akan menghantar larutan bertekanan tinggi kebahagian hujung sesalur iaitu NOZEL. Nozel merupakan alat yang akan memecahkan semburan larutan kesapa sasaran. Terdapat berbagai jenis nozel untuk pelbagai jenis kaedah semburan yang dikehendakki. Kepada nozel ini boleh ditukar-tukar samada untuk semburan tersebar, kuncup, tajam, tinggi dan sebagainya.


Tali Pengendong merupakan 2 unit sejenis nylon berukuran 4-5 cm lebar yang diikat dibahagian atas dan bawah tong penyembur untuk di galas di belakang pengguna. Biasanya kedua-dua unit tali ini mempunyak penyangkut dibahagian bawah untuk memudahkan memasang dan membuka sebelum dan selepas meracun. Bagi pam kecil (Berbentuk bulat dan pam diatas) hanya satu tali pengendong digunakan dan tong tersebutt di'sandang' sahaja.


Cara menggunakan Pam Penyembur Racun amat mudah di fahami. Bagi aktiviti meyembur racun rumpai (Paling lazim digunakan) masukkan air bersih terlebih dahulu melalui tapis. Jangan isi terlalu penoh sehingga paras penutup kerana akan menyukarkan kerja memasukkan racun dan membancuh (stir). Masukkan racun rumpai mengikut sukatan yang disyorkan kedalam air dan bancuh sehingga rata. Tutup sehingga kuat dan kedap udara. Letakkan ditempat yang agak tinggi anggaran 3-4 kaki atas tanah untuk mudahkan kita pasang tali pengendong. Apabila telah digendong mulakan mengepam pada 'handle' sehingga terasa berat menandakan tekanan mencukupi. Halakan nozel pada sasaran rumpai dan lepaskan larutan dengan menarik alat kawalannya.


Kaedah menggunakan alat Knapsack Sprayer mesti betul agar tidak menyakitkan bahu. Pengguna perlu sentiasa berdiri tegak dan membuat perimbangan terutama ketika tong berisi penoh. Pastikan memakai pakaian yang lengkap unttuk menyembur seperti penutup mata, penutup hidung, baju lengan panjang, sarung tangan dan kasut getah yang tidak licin. Elakkan daripada terjatuh tau tergelincir kerana akan mencederakan pengguna. Pastikan arah tiupan angin dahulu sebelum memulakan penyemburan.

Terdapat bermacam-macam model, bentuk, warna dan sistem knapsack spyayer diseluroh dunia. Kajian saya untuk maklumatt di internet mendapati dalam masa 0.17 saat kita boleh lihat lebih 593,000 jenis knapsack sprayer diseluroh dunia dari jenis yang paling kecil hingga kepada jenis yang paling canggih kita boleh lihat. Apa pun fungsinya adalah serupa iaitu untuk 'menyemprot' larutan kepada sasaran dengan bersistematik.


PAM PENYEMBUR....AMAT UNIK...
ADA YANG KECIL,,,WARNA PUN CANTIK...
BIASA DIGUNAKAN....AGAR RUMPUT MATI....
KELAK KEBUN...AKAN JADI CANTIK....


Related article :


1. Racun Rumpai (Klik disini)
2. Cangkul dan Tajak (Klik disini)
3. Kuku Kambing (Klik disini)
4. Inovasi kawalan pintu Walit (Klik disini)
5. Brix Meter (Klik disini)
6. Silvershine Plastic (Click here)
7. Drip Irrigation (Click here)
8. Farm record keeping (Click here)
9. Racun Kulat (Klik disini)
10.Racun Paraquat (Klik disini)


By,
M Anem
Precint 11
Putrajaya
Malaysia
(16 Ramadan 1431H)

2 comments:

  1. Hi,

    tumpang tanye, kat mana boleh cari pam ini? sy duk putrajaya.

    ReplyDelete
  2. Boleh cari kedai pertanian di Kajang, Bangi atau Dengkil. Kedai jual alatan pertanian.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...